Pages

Tuesday, July 23, 2019

TRAVELGANZA PATATIMO : 04 | TJR - 02 Room

Usha penginapan di TJR ni.

The beautiful Tanjong Jara Resort, a winner of the Aga Khan Award for Architecture, was designed in the style of a 17th-century Malay palace, making room for a piece from the past in the modern life of today

Ini villa paling grand dan paling mahal.... 

Penginapan di kelilingi oleh banyak pokok pokok kelapa dan juga taman taman serta ada yang berdekatan dengan laut lepas.





Ada few jenis bilik penginapan di sini iaitu Bumbung, Serambi dan Anjung.

Setiap satu tu ada pulak Bumbung Room, Bumbung Sea View, Serambi Room, Serambi Sea View, Anjung dan Anjung Seafront. Yang mana ada sea sea tu memang mengadap laut. 

Facing a beautiful crescent-shaped stretch of golden beach, the architecture of Tanjong Jara Resort was inspired by 17th century Malay palaces and won the prestigious Aga Khan Award for Architecture.

Furnished in local timber and rich fabrics, each of Tanjong Jara Resort's rooms commands a view of the South China Sea or the resort’s tropical landscaped gardens.

Our luxury beach accommodation's amenities include comfortable bedding, a writing desk, a powered safe, a day bed, a large open en-suite bathroom with an oversized bathtub, separate shower and two vanity units, and an outdoor verandah.

Bumbung Room terletak di tingkat atas bangunan villa manakala Serambi di bahagian bawah.

Biasanya bilik Bumbung entrance dia ikut belakang, ada tangga naik ke atas.

Yang Serambi entrance ikut depan

Kalau Serambi Sea View ada verandah luas gak siap meja lepak lepak...

Ni bilik Anjung

Lebih privacy...

Standard features and services in all rooms :

• Complimentary WiFi • Tea and coffee making facilities • Flat screen television with satellite channels
• Powered safe • Minibar • Ceiling fan • In-room climate control • Selection of international newspapers

Masa kunjungan yang dulu aku stayed kat Bumbung. Kali ni stay kat Serambi Sea View Room. 






Nampak laut dan balkoni yang besar dan selesa. Beberapa langkah je dah sampai ke pantai. Tapi memang banyak pokok pokok untuk hadang angin kalau musim tengkujuh ke apa.

Jom usha keadaan bilik penginapan di Serambi Sea View Room...










Bedroom. Katil King Size bed, dengan bantal yang empuk dan selesa. Siap ada bantal peluk lagi.












Dia siap bagi repellent untuk nyamuk. 

Ruang katil dipisahkan dengan TV dan Ruang Day Bed... 

Ada sofa bed boleh tidur sorang siap dengan kelambu lagi. Ada working desk dan jugak board games kalau boring boring nak main.










Seterusnya ruang closet dan wardrobe.









Dan kamar mandi....











Besar sungguh bilik air dia. Ada bath tub dan shower room...

Bilik memang selesa. Kalau ada rezeki lebih, sila ambik yang seaview room. Dekat je nak ke pantai.



Kadang kadang pagi pagi ada geng geng palu kompang round satu resort. Staff staff dia jugak lah.

Setiap petang sabtu ada Kampung Suci Murni di buka di tengah resort. Ada jual jaul makanan kampung dan juga ada permainan yang menggambarkan suasana kampung.

Mat Salleh suka la kot.

Housekeeping datang hari hari. Petang petang dia datang turunkan tirai and kemaskan katil pasang ubat nyamuk etc. Balik dinner, dah siap hantar air masak dengan siap siapkan selipar tepi katil. Juga hantar cookies sebagai kudapan.

Banyak details details menarik yang membezakan resort resort YTL ni dengan yang lain.

Overall, accommodation yang sangat bagus di TJR ni.



Oh lupa nak cerita kisah misteri aku kat resort ni.....

Malam kedua aku tidur kat bilik penginapan kami. OR lari tido kat daybed tu sebab dia kesejukan ekon.. Masa tido tu aku mimpi... Ada 5 orang pahlawan Melayu siap pakai persalinan pahlawan zaman Melayu lama dengan tanjak di kepala. Mereka masuk ikut pintu bilik aku, berdiri kat kaki katil pastu masing masing duduk bersimpuh. Dalam mimpi tu aku atas katil dalam posisi berbaring nak tidur.

Lima pahlawan ni cuma duduk bersimpuh dan kumat kamit baca benda aku tak tau. Aku cuak dan ketakutan. Nak mintak tolong panggil OR yang tidur kat daybed tu tapi dia tak dengar. Suara aku pun tak keluar. Berpeluh peluh rasa.

Tiba tiba terjaga. Masa terjaga tu aku berada dalam posisi yang sama macam dalam mimpi tadi. Tengok kat kaki katil tak de pulak 5 pahlawan tu tapi mimpi tu so real.

Misteri ke tak misteri?

Misteri jugak la kot sebab lepas tu aku pegi lari menyemak tidur kat daybed yang sempit tu. 

Tatoooot !

bersambung..................

12 comments:

  1. Apa niiii....Supermeng Malaya kuttttttt !!!!! takkan tatooooott

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau apa tau... ni rahsia pribadi...
      selain kryptonite. supermeng ni takut ular dan hantu....

      Delete
  2. wahh..mimpi pun yg klasik2 jg..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laaa lupa nak tanya..

      "baju sewa kat mana?"

      agak agak dia tikam tak

      Delete
  3. wow. sila sambung ye encik meng, menarik ni. boleh masuk kisah fiksyen shasha :)

    ReplyDelete
  4. Ada jugak dengar kisah misteri tapiiiii cantik kan TJR walaupun tak pernah sampai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. misteri ada di mana mana.....

      kena bawak geng geng seekers dgn abg rambut ketak periksa

      Delete
  5. Assalamualaikum bang, pertama kali komen kat sini, selama ni bertahun-tahun jadi silent reader je.. hehe.. suka baca coretan blog ni.. berinfomasi + tmpt rujukan + dan lawak jgk haha...maju terus yach!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam...

      terima kasih. Baca je lah. Jgn bgtau org. aku ni pemalu....

      Delete
  6. Replies
    1. basuh dowh.... banyok sgt tengok drama purba barangkali

      Delete