Pages

Thursday, June 13, 2019

CH2019 | 02 : LATA ISKANDAR

Dalam perjalanan menuju ke Cameron Highlands. Terasa nak singgah di satu port ni.





Mempersilakan........... Lata Mangeshkar.

"Aaaaaaaaaaaaa.. Bole chudiyan, bole kangna"

Keceng keceng keceng....  ( bunyi gelang kaki )

Bukan ! bukan dia. Ni lata lain. Lata Iskandar namanya......................




Lata Iskandar merupakan salah sebuah kawasan rekreasi air terjun yang menarik dengan alam semulajadinya yang mengagumkan dan mudah untuk dikunjungi. Terletak di pertengahan jalan di antara Tapah dan Cameron Highlands, air terjun ini mempunyai kolam-kolam takungan di setiap hujung barisnya, menyediakan satu tempat mandi yang sesuai untuk seisi keluarga. Pengunjung boleh mengambil peluang untuk bermandi-manda di dalam airnya yang sejuk dan segar, yang terbit dari kawasan pergunungan. 

Bagi pencinta alam pula, sedikit masa yang diluang melalui denai-denai hutan yang telah disediakan akan membawa anda kepada keseronokan dan kekayaan flora dan fauna di sekeliling air terjun tersebut.

Di bahagian bawah air terjun ini, terdapat bazar-bazar kraftangan yang menawarkan pelbagai hasil kraftangan yang boleh dibeli mengikut citarasa masing-masing. Hasil-hasil kraftangan di sini bermutu tinggi terutamanya hasil-hasil kraftangan oleh Orang Asli. 

Deretan gerai-gerai yang menyediakan minuman dan makanan ringan juga telah didirikan berhampiran kawasan air terjun untuk keselesaan orang ramai yang singgah untuk menikmati keindahan Lata Iskandar.

sumber

Tak de pun plan awal nak singgah sini tapi masa on the way rasa teruja lak. Lama tak datang





Saja usha usha kawasan sambil tengok orang ramai dengan macam macam aktiviti dan ragam tersendiri.







Agak ramai orang, nak cari port lawa lawa nak lepak pun tak ade. Pasrah je la tak boleh berlama lama.










Lagi teruja anak aku yang pompuan sebab dia tak pernah exposed dengan air air terjun ni. Seronok dia dapat main air walaupun sekejap.

Dan tak sah kalau tak beli benda benda yang di jual di tepi tepi jalan tu.




Ada jualan kraftangan. Buah buahan. Makanan dan macam macam lagi.

Tetiba terasa nak makan durian sebab tengok banyak sangat orang jual durian kat jalan tadi tapi tak berhenti.




Ingat datang Cameron Highlands ni nak kejar makan strawberry tapi tangan bau durian dulu. 



Dah kenyang baru sambung perjalanan semula menuju ke puncak ! Hari dah petang, banyak sangat berhenti ntah pukul berapa nak sampai.

Perut lapar berkeroncong si Endong Endong neh.

bersambung...............

6 comments:

  1. Naik CH dah memang wajib singgah sini. dulu time kita naik, berdua. Skang dah berempat. Auww.

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik la sana selalu kasi tambah lagi satu..

      sejuk sejuk ni mood mengawan dia lain macham....

      hahhaa

      Delete
  2. hahahah... lata mangeshkar... hahaha

    ReplyDelete