Pages

Wednesday, April 3, 2019

#RoadTripCentralEurope DAY 02 | 02 : VADUZ

Aku ni tak de lah suka membaca. Tapi ada lah jugak baca baca sikit. 

Dan agaknya sebab kurang membaca jadi tak berapa tahu sangat pasal kewujudan negara bernama Liechtenstein ni. Lagi lah tak pernah tahu pun wujudnya bandar benama Vaduz.

Vaduhz. Vaduz. Vaduz. Kok Bahenol lagi tahu banyak dari aku !

Perjalanan merentas banjaran Alps

Liechtenstein

Cuma sebelum memulakan trip ni baru terserempak dengan tempat tempat ni lalu di masukkan dalam siri jelajah.

Perjalanan dari Zurich menuju ke Vaduz mengambil masa lebih kurang satu jam. Perjalanan agak smooth dengan jalanraya yang sangat baik dan paling menarik, pemandangan sepanjang perjalanan memang leka dek keindahan kawasan sejak dari negara Switzerland lagi. 

Nasib IH yang drive. Dia kena hati hati lagi sebab masih belum betul betul familiar dengan driving belah kiri.

Memasuki negara Liechtenstein view tak banyak beza tapi ada di sajikan dengan beberapa istana lama yang kelihatan. Terasa macam kembali ke zaman silam. Zaman fantasi dan penderaan anak tiri.

"BW ! Buat apa tu? Ada makanan lagi tak? Lapar nih !"

Begitu arahan nak makan je keje. Lapar belum sempat makan lagi hari ni.

Salah satu castle lama yang kelihatan

Laluan lebuhraya menuju ke Vaduz

Exit

Memasuki bandar Vaduz kami melintasi kawasan pembandarannya dan terus ke lokasi utama di sini iaitu Vaduz Castle. Dari arah bandar dah boleh nampak tersergam indah binaan istana lama di atas bukit.

Vaduz Castle - Hilltop castle serving as prince's family residence, with scenic city views from adjacent grounds.

Jalanraya di bandar Vaduz agak sempit dan laluan nak naik ke bukit tu pun agak tricky. Kena masuk laluan celah celah rumah orang. Tak tau la kot GPS Aiman Tino tu saja menyakat.






Tapi dekat kawasan castle ni tak boleh parking. Kena terus naik atas lagi park kat atas tu dan turun balik jalan kaki kalau nak pegi dekat dekat.

Kebetulan ada toilet kat atas dan dia orang pun nak kencing, so kami terus bukak bekal dan makan dulu kat bawah pokok atas bukit tu.





Actually Vaduz Castle ni not opened to public pun dan masih ada Putera Raja tinggal di dalamnya. 

Nasib baik kami kenyang, kalau tak... nak jugak hunggah pagar paksa depa ajak kami makan tengahari.

Sebab tak de apa nak buat, masuk pun tak boleh, kami pun membawang pasal Raja ni. Mesti raja ni bosan lah duk istana ni dan banyak habiskan masa shopping online? Ado? Bla bla bla........

Tu ada banglo atas bukit. Mesti kerabat kerabat gak ni

Tapi di lereng bukit tu banyak pokok apple..

Jalan jalan sekitar kawasan istana tu, kami turun bawah lagi ke satu port viewpoint yang boleh tengok bandar Vaduz dari atas bukit. 

Di sini juga laluan turun ke bawah kalau sesiapa yang tak drive di Vaduz dan nak naik ke castle.

Ada couple tengah skodeng view. Kami pun join sama.

Swiss Alps yang menjadi latar belakang Vaduz dan Liechtenstein

Bandar Vaduz

Yang tak besar mana

Tapi tenang dan tak macam ibukota negara negara lain pun.

Bangunan City Hall

Abis abis skodeng, naik balik ke tempat parking kereta. Kena daki balik bukit tadi. Nampak tak tinggi tapi terpongeh jugak dibuatnya.

Menuju puncak..

Sambil sambil tu petik buah apple. Kira ni di taman larangan ke? Makan makan terus keracunan eh.

Dah ambik kereta kami turun ke bandar Vaduz, park kat situ dan ronda ronda sekitar kawasannya. Sekali lagi masalah sebab tak de Swiss Franc kecik nak bayar parking. Kat sini dia orang tak pakai Euro tapi pakai Swiss Franc. 

Terpaksa gi supermarket beli roti nak kecikkan duit.

Vaduz ni tak besar tapi cukup facilities sebagai sebuah bandar

Eventhough semuanya walking distance tapi kalau pemalas tahap dewa, boleh naik tram ni sambil lambai lambai

Kami ke area City Hall dulu

Rathaus (City Hall)

Foyer

Bronze horse statue

Aku baru kejap melilau ambik gambar. Sedar sedar bebudak berdua tu hilang ! Puas aku usha.. Rupanya sibuk beli souvenir dalam kedai. 

Lesap senyap senyap dalam ni

Mahai

Lepas sudah tu kami jalan kaki ke laluan yang menjadi tumpuan di bandar ni iaitu Stadtle yang bermaksud small town.

It is the heart of Liechtenstein's capital and offers visitors the chance to shop, dine, relax and explore the cultural highlights on offer. The area between the government district and the town hall is pedestrianised and closed to cars.

The "Städtle" in the centre of Vaduz really does have everything, from modern art and historical collections to outdoor cafés, restaurants and boutiques.

Bangunan di laluan Stadtle

Bar dan butik

Cafe cafe

Modern sculptures  

Museum

Kunstmuseum Liechtenstein - Museum in a bold, black cubic building featuring a global collection of modern & contemporary art.




Liechtenstein Center

Museum


Council

Government office area

Registrar Office

Vaduz Cathedral - Majestic 19th-century cathedral featuring a soaring, vaulted ceiling & neo-Gothic architecture.

Statues

Dari arah kami menapak

Dah sampai hujung jalan

Patah balik ke kereta dan sedia nak bergerak semula.

Bye bye Vaduz

Memang tak perlu nak spent lama lama kat Vaduz ni. Tak de apa pun ya. Tapi kalau dekat aci je nak singgah dan usha kawasan.

Dari Vaduz kami bergerak ke Innsbruck, Austria. Perjalanan memakan masa 2 jam. Kira elok la sampai sebelum malam. Rasa dah confirm macam tu baru aku riki riki cari penginapan untuk malam ni di sana.

Laluan keluar dari bandar Vaduz

Jalanraya agak sempit

Semasa perjalanan tu, kena lalu traffic light dan tetiba ada bunyi kuat...

Gedegung !!!!

Kami semua tersentak. 

"Kau langgar curb?"
"Rasanya lah !"

Masing masing seram sejuk. Cuak badak. Tapi jalan tu macam 2 lanes tetiba menyempit. Ada pulak kereta kat sebelah.

"Berenti jap la nanti. Tengok teruk ke tak"

Bunyi macam kuat gak. Masing masing terdiam jer. IH memandu slow slow cari simpang nak berhenti. Dup. Dap. Dup. Dap.

Vaduz. Vaduh. Vaduz. Yang kami takuti terjadi jugak sekarang ni. Dah lah Aiman Tino ni kereta baru !

Masa untuk drama !



Selindung di balik wajah indah
Bila kau senyum
Aku bagaikan terpanah oleh
Mentera

Sebenarnya
Lidahmu bercabang dua
Saat ku sedar
Hampir saja aku terlewat untuk
Selamatkan diri

Curiga,madahmu penuh curiga
Setia,bodohnya aku setia
Pendusta,kau seorang pendusta
Yang penuh dengan drama
Dralalalalalalala kau memang DRAMA
Dralalalalalalala kau memang DRAMA

Sebenarnya
Lidahmu bercabang dua
Saat ku sedar
Hampir saja aku terlewat untuk
Selamatkan diri

Curiga,madahmu penuh curiga
Setia,bodohnya aku setia
Pendusta,kau seorang pendusta
Yang penuh dengan drama
Dralalalalalalala kau memang DRAMA
Dralalalalalalala kau memang DRAMA

Dralalalalalalala kau memang DRAMA

Curiga,madahmu penuh curiga
Setia,bodohnya aku setia
Pendusta,kau seorang pendusta
Yang penuh dengan drama

Curiga,madahmu penuh curiga
Setia,bodohnya aku setia
Pendusta,kau seorang pendusta
Yang penuh dengan drama
Dralalalalalalala kau memang DRAMA
Dralalalalalalala kau memang DRAMA

bersambung............ 

16 comments:

  1. Menariknya bdr Vaduz..nmpk bersih..

    ReplyDelete
  2. sila sambung cita dgn segera.kawan tak boleh nk go on ni slagi tak tahu kesudahannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. org johor ke ni?

      sambung dah. xde apa pun. drama je lebih

      Delete
  3. vaduh vaduh...kok geram dgn buah epal liar tu...ko x petik ke meng? hahaha

    btw, sinetron dgn trip berpisah tiada...suspen dgn bunyi gedegang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. petik ! siap makan lagi ( tak basuh )...

      bunyi memang kuat tapi nasib la aiman tino tak parah

      Delete
  4. giler cantek view kat sana...hadoiii...bila nak nyampainya...duit, duit...dimana kau duittttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. menabung laa dari sekarang.. nanti boleh ke vaduz tengok kawasan

      Delete
  5. Lawanya istana tuuu. tak sangka masih ada yg tinggal situ. terbayang cite rapunzel plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada lagi yang lawa... mcm kembali ke zaman silam je

      Delete
  6. tak sangka dapat baca story fresh walaupun event date tahun lepas..hihi..cantik sungguh tmpt2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedang cuba slow slow nak update.. kalau winter/autumn sure cantik lagi kot

      Delete
  7. Adehh..kalau tak suspen bukan supermeng lah..apa yg korang langgar tue..aku pun cuak baca..huhu

    ReplyDelete