Pages

Tuesday, April 23, 2019

JELAJAH2NUSA : 08 | Pulau KANAWA

Hari ke 3 perjalanan belayar di Laut Flores. 

Kami berada di kawasan Pulau Sebayur Besar sebelum menuju ke Pulau Kanawa.

Good morning Flores !


View pagi hari di sekitar Pulau Sebayur Besar.






Pulau Sebayur Besar ni di mana terletaknya Komodo Resort, salah sebuah resort mewah di kepulauan Flores ini. Pulau Sebayur sendiri terbahagi kepada 2 iaitu Sebayur Besar dan Sebayur Kecil.

Pulau Sebayur Besar turut terkenal sebagai port melayan sunset dan juga alam semulajadi yang masih kekal pada ecosystem aslinya.





Dari situ kami belayar terus ke Pulau Kanawa. Destinasi terakhir untuk trip ini sebelum nanti kembali ke dermaga Labuan Bajo.

Menghampiri Pulau Kanawa yang turut dikenali sebagai syurga kecil Flores kerana dipenuhi terumbu karang dan kawasan snorkelling yang indah. Pantainya memutih dan air lautnya tenang dan bening.








Sewaktu kami sampai, air lautnya masih surut. Jelas kelihatan terumbu karang sekitar kawasan pantai.  Pulau seluas 32 hektar ini menyajikan pemandangan alam yang sangat menawan sehingga terlihat seperti pulau persendirian.















Terdapat kemudahan banglo penginapan yang agak basic di sini selain beberapa facilities lain terutamanya bagi yang gemarkan aktiviti snorkeling dan diving. Terdapat sebuah cafe menyediakan minuman dan kudapan ringan bagi tetamu yang singgah di sini selain tandas awam dan gazebos untuk istirehat.

Kerusi rehat juga di sediakan dengan kadar sewa yang berpatutan.

Kami sempat lepak kat cafe, duduk minum dan bersembang.




Macam biasa, aktiviti dia orang ni semua berdrone - dronenan dan aku pun as usual malas nak participate.

Panas dowh. Kang kena buat bulatan lagi lah. Pegang pegang tangan. Aku masih trauma dengan benda benda tu.

Hahaha...




Kami lepak sejam dua jugak kat sini sebab ada yang bersnorkelling di jetty. 







Bye bye Pulau Kanawa. OK jugak lah pulau ni, nampak lawa.

Masa kat sini guide kami bagitau ada kapal karam di Pulau Padar pagi tadi. 2 orang dikhuatiri hilang  kerana kapal mereka dibadai arus kuat. 

Seram sejuk jugak kami di buatnya. Kiranya semalam kami pun merasa ombak mengganas yang luar biasa. Semoga mereka yang hilang di jumpai dan yang lain semua dapat diselamatkan.

Al Fatihah kepada mangsa.

Begitu lah risiko yang terpaksa di hadapi. Tapi memang masa kami pegi ni bukan musim yang baik untuk kapal berlayar terutamanya di kawasan Pulau Padar tu.

APA???? Pulau Padar??? Sudah ! Jangan ingatkan aku dengan kisah lalu, nanti aku berduka pilu.

* peluk fabuloso ketat ketat

Masa naik atas kapal tu crew kapal ada bagitau air tawar dah abis. Aku pulak rasa bersalah sebab aku rasa setengah tangki air tu aku yang guna. Banyaknya sama banyak macam cuci kapal !!

Tapi nak buat cemana, kecemasan kan !! Takpe dah nak balik dah....
  




Sebelum sampai di Labuan Bajo, kami di hidangkan dengan makan tengahari sekali lagi. Makan terakhir trip ni.

Nak di jadikan kes.

Ku sangka panas hingga ke petang. Rupanya hujan di tengah hari.
Ku sangka perut aku dah tough macam badang. Rupanya memulas nak cirit lagi !

Belum sempat abiskan makanan tetiba perut memulas. Slow slow aku undur diri dari meja makan dan terus ke belakang.

Kebetulan pulak tandas ada orang guna. Nak tak nak aku guna tandas crew yang satu lagi. 

Memang tak boleh nak elak. Sekali lagi memburan tak tentu pasal. Bila sibuk nak cebok tetiba bukak paip air tak de !

Alamak ! Ala-ayah... !

Kaget aku dowh. Cemana nak buat ni? Baru teingat air memang dah abis macam yang di beritahu. Aku intip ke luar nampat crew dapur ada kat situ.

"Mas !! Bantuan.... ! Air !!! Air !"

Mamat tu tak de fikir panjang. Ambik timba terus ambik air laut... 

"Lagi Mas ! Lagi !!!"

Hahaha. Mesti dia nak tergelak tengok aku hilang punca dalam jamban tu. 

Sudahnya aku menjirus jirus guna air laut je. Tapi memang ketakutan sungguh. Takut tersadai tak dapat nak basuh.

Apa lah bahana perut aku ni. Tak sudah sudah di timpa bencana !

Nasib semua settle... keluar dan kembali ke meja makan dengan rona rona muka lega dan gembira. Masing masing pandang macam nak bertanya tapi tak jadi sebab cepat cepat aku tukar tajuk.

Pelayaran kami berakhir di sini. Masa untuk belayar pulang ke dermaga Labuan Bajo yang di tinggalkan.



Cukup berharga pengalaman menjadi laksamana yang cherry berry di laut untuk 3 hari ini.

Terima kasih Flores di atas keindahan mu.

Bukan saja pengalaman di badai ombak tapi pengalaman menghadapi perut yang bergelora akan tetap ku kenang sepanjang masa.

Eh ah eh ah..

* zapin skit tanda perut dah okey



Zapin
Hamba dendangkan
Lagu Melayu
Pelipur hati
Pelipur lara

Cahaya manis kilau gemilau
Di Kampung Tapir indah menawan
Hamba menyanyi berzapin riang
Moga hadirin aduhai sayang
Riang gembira

Kembanglah goyang atas kepala
Lipatlah pandang sanggul dipadu
Kita berdendang bersuka ria
lagulah zapin aduhai sayang
Rentak Melayu

Laksamana raja di laut
Bersemayam di Bukit Batu
Ahai hati siapa
Ahai tak terpaut
Mendengar lagu zapin Melayu

Membawa tepak hantaran belanja
Bertakhta Perak indah berseri
Kami bertandang menghidup budaya
Tidak Melayu aduhai sayang
Hilang di bumi

Petinglah gambus sayang lantang berbunyi
Disambut dengan tingkah meruas
Saya menanyi sampai disini
Mudah-mudahan hadirin semua merasa puas

Laksamana raja di laut
Bersemayam di Bukit Batu
Ahai hati siapa
Ahai tak terpaut
Mendengar lagu zapin Melayu

bersambung...............

6 comments: