Pages

Wednesday, March 6, 2019

#RoadTripCentralEurope DAY 01 | 03 : Welcome to ZURICH

Lena aku tidur. Sedar sedar di jamu dengan makanan lagi.






Mamai amai orang hulur makanan, kunyah jugak walau mata terpejam. Makan dalam angan dan sedar. 



Mohon selembar harapan
Buatku sedang rawan
Biarpun sekadar cuma senyuman
Ikhlas kau pujaan

Mohon sesaat berangan
Buat ku meleraikan
Apapun hiba dan tangisan
Menawan segala perasaan

Aku sedar siapa diriku
Aku dah tahu siapa aku
Aku sedar dan berasamalu
Aku sangatlah mahu berterima kasih

Sungguh
Langsung tak pernah marah
walaupun sekali seakan memahami
Langsung tak pernah kasar dalam
berbahasa menjaga maruahku
Langsung tak pernah jeling
menunjukkan benci pada diriku ini
Buatku tak pernah akan pernah
menyesal menagih cintamu
biarpun membelai rindu

Mohon secebis kasihan
Janganku dilupakan
Dalam lipatan kenangan
Bercinta dikau di persimpangan

Lalalalalala…
Lalalalalala…

Aku rela merindumu
Aku rela merindumu

Tersedar dan genyeh genyeh mata. Eh rasa macam dah nak sampai. Melewati 7 jam lebih perjalanan.

Puas rasanya dapat tidur tanpa di ganggu. Rasa mengantuk hilang bila flight mula menurun untuk membuat pendaratan. 

Jauh di bawah kelihatan bentuk muka bumi Eropah. Time ni musim panas, semua nampak kering dan cerah.



Pesawat bersedia untuk membuat pendaratan di Zurich Airport, Switzerland.









Waktu hampir menjelang senja sewaktu kami tiba di Zurich, Swiss.

Welcome to Zurich

Home of Zurich Insurance... No ! Kami datang bukan nak beli insurance..........

Tak jugak nak beli belah di Duty Free di Zurich airport ni

Urusan immigration apa semua pantas dan senang. Tak de banyak tanya. Tapi bagasi kami tak di check pun. Punya la takut ingat dia orang strict sampai tak bawak bekalan ayam dan daging lebih lebih. 

Now menyesal tak berguna. Terpaksa diet sepanjang road trip ni nanti.

#mogakurus
#macamtakjerrr

Misi kami hari ni adalah bermalam di Zurich ni sebelum esok ambik kereta dan memulakan perjalanan road trip yang dah di rancang.

Hotel pun kami dah booking malam nanti di sekitar airport. Tapi nak ke sana kena naik tram dan masalah utama kami, kami tak de SwissFranc. Matawang Swiss. Euro memang tak leh pakai di sini, jadi kena tukar duit dia jugak.

Isap rokok dulu panggil idea datang. 


Selesa betul smoking room depa...

Keluar dari airport ada bangunan yang macam mall di panggil sebagai Airport Center. 

Ada banyak benda dalam tu. Tapi exchange tak der. Yang ada dah tutup. Penat aku tunggu. Last resort, IH keluarkan duit ikut ATM. Nasib baik boleh. Masalah aku try tak boleh. Pelik.... Masalah nanti walaupun aku rasa ada cukup cash. Kalau terdesak, pengeluaran di ATM berguna juga.

Airport Center yang macam mall dan jugak ada counter check in juga

Nak tukar duit kaunter tutup

Zurich Airport

Perkhidmatan bas

Kemudahan tram. Kami nak naik tram ni tapi tak de coins nak beli tiket !

Masalah lagi. Tak de duit nak tukar nak beli tiket di machine. Lepas menunggu dan mencari idea, tanya tanya orang, rupanya boleh bayar tiket tu dengan credit card !

Hah. Lega.

Naik tram 2 stations je dah sampai.

Hotel penginapan...

Ibis Budget Hotel....

Nama je budget tapi mahal jugak harga semalam.

Kemudahan not bad lah jugak

Tapi OK la untuk betulkan urat dan bersihkan badan...

Kecik sungguh biliknya.... Bilik air dia kelakar skit. Mandi nampak kaki  !!! Terpaksa masing masing mandi dengan sopan santun jer.

Dan bermula acara malam tu makan makan dan merancang perjalanan esok.

Baru nak collect duit dan merancang perbelanjaan...

Aku turun naik bilik sebab nak merokok. Cuaca dingin jugak time malam malam ni.

Dan malam tu masing masing tidur lena sampai menjelang subuh.





Bangkit dan bersiap sedia untuk perjalanan road trip Central Eropah ini bermula !!!!!! 

Tamat hari pertama yang melebihi 24 jam keseluruhan dari mula perjalanan. Bermula hari ke 2 kembara kami di sini. Semoga dipermudahkan. Amin.

p/s sambung bulan depan !

8 comments:

  1. Awat sambung bulan depan lamanyaaaaa HAHAHA..

    ReplyDelete
  2. laaa esok cite apa plak? kalau cite Tanjung Jara ok gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tunggu turn masing2 untuk muncul.. tgk kerajinan gak mana nak tulis dulu.. haks

      Delete
  3. perghh ayat last sambung bulan depan tu boleh buat kemurungan sebulan nie... ish ish

    ReplyDelete
    Replies
    1. nok buat guane.... kerajinan tu tak selalu datang.

      hahhaa

      Delete
  4. nasib baik jugaklah mandi nampak kaki je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tolak pintu aci nampak semua. tapi lepas tu kang tak selera makan pulop

      Delete