Pages

Monday, March 4, 2019

#RoadTripCentralEurope DAY 01 | 01 : The Journey Begins

Mari dekat dekat. Abang bukan nak mengorat. Tapi nak bercerita. Cerita dulukala. Baru nak di kongsi walau sudah basi.

Ini al kisah road trip ke Central Eropah tahun lepas ! Yeah. Dah basi dah pun. Tapi sebelum dia lenyap dari kotak memori aku, aku share apa yang perlu. At least tempek gambar dan cuba cuba mengimbas kenangan lalu.


KLIA. Permulaan perjalanan

Tak pasti berapa banyak entries pasal trip ni, tapi aku try slow slow..

#memangselow



Sudah biasa diriku ditinggalkan
Diacuhkan dan dicampakkan
Oleh orang yang kucinta

Menyakitkan tapi tak kurasakan

Kupasrahkan semua pada Tuhan
Yang telah mengatur semua

Jalanku dan juga jodohku
Di mana pun, kapan pun itu

Karena ku selow, sungguh selow
Sangat selow, tetap selow
Santai, santai, jodoh gak akan kemana

Karena ku selow, sungguh selow
Sangat selow, tetap selow
Santai, santai, kuyakin Tuhan berikan gacoan

Memang sakit hidup tanpa cinta
Lelaki emang inginkan wanita
Dan karena hatiku sering memakan derita
Ku butuh seseorang sebagai P3K

Bila nanti (Dan bila nanti)
Sudah aku dapatkan (Kudapatkan)
Seseorang paling sempurna
Pasti akan s'lalu kujaga

Karena Tuhan telah menitipkan
Seseorang paling terbaik
Bersama-sama arungi

Jalanku dan juga jodohku
Di mana pun, kapan pun itu

Karena ku selow, sungguh selow
Sangat selow, tetap selow
Santai, santai, jodoh gak akan kemana

Karena ku selow, sungguh selow

Sangat selow, tetap selow
Santai, santai, kuyakin Tuhan berikan gacoan

Karena ku selow soal cinta masa bodo
Biar ku sendiri tapi ku memang macam lambo
Ku tak buru buru untuk soal jodoh
Ku butuh manis hubungan bukan asam kaya manggo
Takkan lahir gunung kukejar
Kalo udah jodoh takkan kabur, kau kan kulamar

Karena ku selow (slow), sungguh selow (slow)
Sangat selow (slow), tetap selow (slow)
Santai, santai, jodoh gak akan kemana

Karena ku selow (slow), sungguh selow (slow)
Sangat selow (slow), tetap selow (slow)
Santai, santai, kuyakin Tuhan berikan

Karena ku selow (slow), sungguh selow (slow)
Sangat selow (slow), tetap selow (slow)
Santai, santai, kuyakin Tuhan berikan gacoan

Kuyakin Tuhan berikan

Banyak benda aku dah lupa sebab dah lama sangat ni. Nasib ada gambar gambar boleh lah mengamit memori yang ada. Banyak sangat makan semut macam ni lah. Jadi pelupa.

Aku dah lupa jam berapa aku keluar dari rumah tapi aku sampai di Putrajaya before subuh lagi. IH dan BW turut serta.

Nak kejar train pertama ke KLIA


Tapi still... sebab selowww.. Dapat naik train ke dua pagi tu.

Siap sedia nak berkelana

Kali ni travel dengan premium airlines, so pegi KLIA lah.

First time nak naik Oman Air. Excited jugak sebab rasa macam hebat skit dari biasa. Walhal tiket murah je pun. Tak kisah lah. Janji sampai. Trip ni pun bukannya plan beria ria. Nak redah je. Aku dengan geng geng GBS ni cuma jumpa sekali je lepas beli tiket hari tu, tu pun beberapa hari sebelum berlepas.

Ada hala tuju, tapi tak plan beria sangat. Apa yang bakal kami tempuh nanti, belasah jer lah.

Bag drop di kaunter Oman Air. Awal gak kaunter di buka dan kami antara yang terawal.

"Korang, kalau dia upgrade aku ke Business Class jangan dengki tau !"
"Tak pe setiap 5 minit kita orang pegi melawat kerusi kau"

Baru nak berharap tapi memang kena berhenti berharap. Puas aku kenyit kenyit mata sampai berair, haram dia buat buat tak reti.

"Dah la, dia tak nak upgrade kot, jom lah check in beg sesama"

Hahahaha.

Pastu gi solat subuh.

Surau kat deck pemerhati kat ujung

Ada taman mainan kanak kanak. Kami jumpa hp. Tak tau la orang tertinggal ke apa, tapi tak berani nak ambik takut prank ke apa. Hp pun zaman purba.


Pagi dah cerah. Mentari dah nak mula bersinar


Pastu patah balik ke arrival hall sebab gi ambik pocket wifi yang dah di booking. Senang nanti nak bersosial di luar negara.


Good Morning KLIA !

"Hello traffic controller, tido lagi ke? Make sure flite kami on time hari ni !"

Lepas settle apa semua. Agak agak masa dah mencemburui, kami siap siap nak masuk ke balai berlepas. Naik train ke satellite terminal.

Breakfast di O'briens. Alas perut.


Beli rokok dan isap rokok sat. Usha flight Oman Air dah bersiap sedia di gate pelepasan


Gambar wajib sebab dekat dengan smoking room

 Sebelum ke gate, chret chret dulu kat Jo Malone kasi wangi. Mana lah tau anak dara sunti cantik lawa dok sebelah nanti. Biar dia rasa harum sepanjang perjalanan di sebelah aku.... Hehehe


Di gate nak boarding ke Muscat.


Kapal dah siap....

Dah masuk dan jumpa seat...

Pramugari Oman Air

Seat aku kat belah belakang. 2 seater... Memula aku nak duduk je, dari jauh dah berdoa. Jangan la sebelah dia. Jauh skit pun tak per.........

Tup tup. Memang seat aku sebelah dia. Pasrah ! Dia bangun bagi aku masuk sebab seat aku belah tepi.

BW dengan IH duduk depan aku. Sempat dia orang wassap mengeji.

"Awwwww... Untunglah awek cun kat sebelah !!!"

Awek lah sangat ! Pondan.

Terus gelabah. Buat buat baca magazine

Tak de masalah pun mamat/awek sebelah aku tu. Cuma aku je rasa rengsa sebab saiz dia besar skit jadi macam dia cuba cuba nak ajak aku bergusti. Tapi nampak friendly. Senyum. Sopan santun. Pastu flip rambut blonde dia tu. Pastu sembur perfume. 

Pastu sembur perfume.

Pastu sembur perfume lagi !

Ya Allah. Abis Jo Malone aku tadi hilang bau dah. Bau perfume dia buat aku rasa loya. Overpowering betul. Macam tu la agaknya orang yang biasa duduk sebelah aku kot. Hahaha. Rasainn !

Tak leh tahan.

Stewardess datang bagi menu card. 

Nak je aku tanya.

Ada serve kas kas? Aku tetiba rasa nak khayal dan hanyut ke dunia lain !  Hahaha

Beberapa minit berikutnya suasana sunyi dan sepi. Masing masing sedang cuba selesakan diri. Ada dengar suara pengumuman bersilih ganti. Bacaan doa dan pesawat sudah bersedia untuk bergerak ke landasan.

Ikut queue Nyah ! Weols terbang dulu..................


Up up and away.....................


Dan pesawat di awan biru.............

Aku mengantuk macam nak paksa membuta. Tak leh nak tahan lagi bau semburan 'awek' sebelah. Kejap sembur kat baju. Kejap kat rambut. Aku perasan dia pandang pandang aku, macam cuba cuba ajak berbual. Tapi aku tak de mood nak melayan peminat.

Aku purak purak tidur.

Last sekali dia tengok in flight entertainment. Pastu gelak sorang sorang. Gelak style kuat sampai bergerak gerak badan. Pastu tangan dia pegang lutut aku. Memula aku buat diam je. Pastu berkali kali... eh...

"Sorry. Headphone ni longgar. Kena betul betulkan kat sini"

Aaa................... OK. Bukan dia nak meraba aku. Jangan perasan. Dan benda tu berlaku dua tiga kali lagi selepas itu.

Terpaksa aku pose pose patung cendana sampai la makanan dihidangkan.

Breakfast 30,000 kaki diudara. Tak sedap sangat. Nikmatnya kurang


Pesawat Oman Air terus menyusur langit biru


Macam jauh lagi je. Bila nak sampai ni. Baru lepas India je. Stop la kejap order capati dengan kari !

Nak lelap tak lena. Layan movie seround. Lupa dah cerita apa. 'Awek' sebelah tetap layan cerita dia dan gelak sorang sorang sampai terangkat angkat dada. Nasib bukan turbulence. Hahaha.

Ada sekali aku nak terkencing. Terpaksa tegur dia mintak inzin nak keluar. Dia OK je. Ramah dan senyum manja. Tapi aku lak dah, buat stone je. Mood menyombong malas nak beramah tamah.

Crew Oman Air.. Macam Korean. Malaysian pun ada.

Di jamu dengan kudapan ni. Sedap pulak. Tak malu aku mintak extra.


Rasa rasa macam dah nak sampai Muscat ni...

Akhirnya mendarat di Muscat International Airport


Airport terbaru di Muscat dan yang terbesar di Oman

Masa nak tunggu disembarks dari flight tu, tetiba awek sebelah tegur aku. Baru berani bersuara.

"Abang transit?"

Siap dengan jari jemari menari nari..............

"Haah"
"Nak ke mana?"
"Sorang je ke?"
"First time ke kat Oman ni?"

Banyak pulak tanya. 

Last last aku tertanya dia pulak.

"Transit jugak ke?"
"Haah. Nak balik Dubai..."

Pastu dia start sembur perfume lagi ! Aku kebas hidung dah dengan bau dia.

Dan tanpa aku sedar, aku terlayan cerita dia sebab dia bercerita tak berhenti.................... 

"Kita balik Malaysia sebab ayah kita accident Bang. Kena langgar masa balik masjid. Koma lagi ni. Kita balik la nengok ayah kita. Dah seminggu. Tapi doktor kata tak de perubahan, Doktor suruh kita balik. Kita pun balik. Ni nak balik Dubai la ni. Kesian ayah kita Bang"

Tersyahdu pulak aku dengar cerita dia tu. Cara dia bercerita pun nampak macam bersedih lagi. Kesian lak dia. Semoga ayah dia cepat sembuh.

"Kenapa naik Oman Air? Kan banyak flite direct ke Dubai?" 

Aku cuba cuba alih perhatian.

"Murah Bangggggggggg..................................."

Hahaha. Dah hilang sedih dia. Pastu sambung menyembur lagi. Macam sembur ridsect jer.

Keluar dari flight


Keluar dari flite terus cari transfer gate

Kocoh kocoh cari gate, awek tadi hilang ntah ke mana. Tak sempat nak tanya banyak. Power gak dia leh keje dan survive di Dubai. Jahat aku double standard dengan dia. Padahal dia lagi hebat dari aku !

Ermmm.

Cari IH dengan BW yang keluar awal dari aku. Ntah mana dia orang ni. Nasib terjumpa.

"Abang transit?"

Siap ikut dengan jari jemari menari nari awek tadi..............

Dia orang berdua bantai gelak tak berhenti. Mesti dia orang tak sabar nak tau sebab last last tadi baru berbunyi aku sembang kencang dengan awek-pon wangi semerbak bau kubur tu tadi.

bersambung...................

10 comments:

  1. hahahahaha...you made my day !! err..dedulu memang kerja pelawak ke bang ?? #matiklaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah gi audition.... takut kena rejek awal awal lagi

      Delete
  2. Kau nak jari dia menari ke...atau jari mencuit dagu lalu berkata, abang transit?

    Puas dia meminta perhatian ko meng! bodo amat... lolsss~

    ReplyDelete
  3. hahaa... sembur banyak2 mungkin dia rasa you kejung je taknak berborak dengan dia. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tau apa masalah dia.. nak kata busuk tak la.. memang tabiat kena flip rambut dan sembur setiap 10 minit kot

      Delete