Pages

Tuesday, February 19, 2019

PAVILION Kuala Lumpur

Pavilion Kuala Lumpur, salah satu mercu tanda beli belah di negara Malaysia ini dan antara mall yang aku paling jarang pegi.

Kenapa? Sebab tak mampu.............. 

* krik krik krik





Berikut adalah 10 fakta menarik mengenai Pavilion Kuala Lumpur ini.

01 : Pavilion Kuala Lumpur adalah pembangunan bandar bercampur bertaraf dunia, yang terletak di tengah-tengah Bukit Bintang, syurga membeli-belah di Malaysia.

02 : Dibuka kepada pelawat pada 20 September 2007, Pavilion Kuala Lumpur menggabungkan dunia runcit dan antarabangsa yang terbaik sebagai ‘Defining authority in fashion, food and urban leisure’.

03 : PAVILION Liuli Crystal Fountain merupakan sebuah national landmark serta dinobatkan oleh Malaysia Book of Record sebagai Liuli Crystal Fountain Tertinggi di Malaysia - 3.6m dalam 6m ketinggian lebar.

04 : Direka oleh Pavilion KL dengan kerjasama Liuligongfang. Mangkuk kristal dibuat di Shanghai, China.

05 : Intipati fountain ini adalah gambaran masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum dan budaya. Air pancur ini memaparkan Bloom of Hibiscus ; sebagai bunga kebangsaan Malaysia, simbol kebanggaan negara, serta semangat dan kemajuan. Tiga mangkuk itu mewakili kaum dan budaya Malaysia yang hidup harmoni dalam perpaduan dan menjadi sebuah aspirasi rakyat yang kekal berkembang.

06 : Pavilion Kuala Lumpur adalah pembangunan bandar bercampur setaraf kelas dunia, yang terdiri daripada pusat membeli-belah premier 7-tingkat, 2 blok Pavilion Residences, Pavilion Blok pejabat menara dan Pavilion Hotel Kuala Lumpur Managed by Banyan Tree, iaitu sebuah hotel 5-bintang yang baru saja di buka akhir 2018.

07 : Mempunyai keluasan seluas 12.6 ekar dengan bangunan mall setinggi 7 tingkat dengan jumlah kedai sebanyak 698 dengan 60% fashion, 24% food and beverages dan 16 % Urban Leisure.

08 : Memiliki 2,500 tempat letak kereta dengan tiga tingkat tempat letak kereta bawah tanah, 235 Pengawal Keselamatan Bersenjata dan Polis Bantuan dan 419 CCTV serta 313 panic button.

09 : 20% campuran runcit adalah jenama baru yang mula bertapak di Malaysia serta telah memilih Pavilion KL sebagai kedai / outlet pertama mereka di Malaysia.

10 : Pernah dinobatkan dengan pelbagai awards termasuk Best Shopping Mall, ‘Excellence In International Luxury Shopping Mall ', ‘Best Shopping Experience’, ‘Kuala Lumpur Mayor’s Design Award’ dan macam macam lagi.

Maka layan lah gambar di Pavilion KL dan kawasan sekitarnya.....................

























































Ya. Aku hanya mampu datang ambik gambar and just enjoying the night..................



Cerita ertinya dalam
Terbuka dan dibaca
Menjadikan resam warna dunia

Perlahan berdiri lagi
Ubatkan mimpi-mimpi
Meneruskan tanpa ragu arahnya aku

Disangkakanku lemah salah tafsiranmu
Jika tak bersuara akal bersahabat
Waktulah yang menjawab andai dihakimi
Ketika jatuh ku ampuh

Disapa keperitan tenang perasaan
Beginipun rintangan terus perjalanan
Zahirnya bagai kaca cekal berhadapan
Menepis sakit hey! Ku bangkit

Sesekali diri mengalah
Bukanlah tanda lemah
Oh senjata bijaksana berkuasa

Perlahan berdiri lagi
Ubatkan mimpi-mimpi
Meneruskan tanpa ragu arahnya aku

Disangkakanku lemah salah tafsiranmu
Jika tak bersuara akal bersahabat
Waktulah yang menjawab andai dihakimi
Ketika jatuh ku ampuh

Disapa keperitan tenang perasaan
Beginipun rintangan terus perjalanan
Zahirnya bagai kaca cekal berhadapan
Menepis sakit hey! Ku bangkit

Rempuhi ujian
Ku menerima segala
Takkan gentar langkah
Dan menggagahi semua

Warna dunia
Terbias segala
Sembunyi tiada
Tenangnya terpancar

Warna dunia
Terbias segala
Sembunyi tiada
Tenangnya terpancar

Disangkakanku lemah salah tafsiranmu
Jika tak bersuara akal bersahabat
Waktulah yang menjawab andai dihakimi
Ketika jatuh ku ampuh

Disapa keperitan tenang perasaan
Beginipun rintangan terus perjalanan
Zahirnya bagai kaca cekal berhadapan
Menepis sakit hey! Ku bangkit

Disangkakanku lemah salah tafsiranmu
Jika tak bersuara akal bersahabat
Waktulah yang menjawab andai dihakimi
Ketika jatuh ku ampuh

Disapa keperitan tenang perasaan
Beginipun rintangan terus perjalanan
Zahirnya bagai kaca cekal berhadapan
Menepis sakit hey! Ku bangkit

2 comments:

  1. OR aku suka sgt dgn kedai Paul tu. Mmg agak sedap roti2nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya ker? tu la nampak ramai org. kena try ah lepas ni.

      Delete