Cafe Umai ni memang tak begitu asing untuk warga Putrajaya. Rata rata ramai yang tau tempat ni. Aku pun dah banyak kali jugak makan di sini walaupun aku bukan warga sana.
Lokasinya molek di tepi tasik dekat dengan masjid besi dan tak jauh dari McD. Menu dia pun sedap sedap belaka. Memang menjadi pujaan 10 Nescafe shake.
Dan masa kehadiran bonda aku aka Makcik Ramona ke kota, aku bawak la beliau makan di sini. Mak aku ni susah sikit bab makan kat kedai ni, jadi aku kena cari tempat yang betul betul memenuhi piawaian dia.
Dipersilakan Mak. Harap Mak suka.
* dup dap dup dap
* dup dap dup dap
Umai Cafe. Umai bermaksud Sedap dalam bahasa Jepun. Owner dia pernah duk Jepun kot.
Umai cafe kini beroperasi di Bangunan Anjung Alaf Baru, presint 2, 62520 Putrajaya. Bangunan ini terletak diantara Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) dan Monumen Alaf Baru.
Umai menyediakan pelbagai jenis masakan panas seperti masakan thai, masakan melayu , mee rebus Umai, laksa utara, bihun sup utara,nasi lemak, western, pelbagai jenis bubur dan yang paling menjadi kegemaran pelanggan umai cafe adalah jemput pisang, cucur udang, lempeng kelapa dan pisang.
Umai menyediakan pelbagai jenis masakan panas seperti masakan thai, masakan melayu , mee rebus Umai, laksa utara, bihun sup utara,nasi lemak, western, pelbagai jenis bubur dan yang paling menjadi kegemaran pelanggan umai cafe adalah jemput pisang, cucur udang, lempeng kelapa dan pisang.
Umai cafe menjanjikan makanan yang bersih, halal dan sedap untuk semua pelanggan disamping memberikan harga yang berpatutan.
Sebab lokasinya di tepi tasik. Usha kawasan tasik dan persekitarannya dulu. Lagipun masa aku sampai hari tu orang agak ramai, seat penuh. Jadi gi merayap rayap jap. Usha kawasan.
Dah usha tapi tak berapa menarik. Nak naik belon tu tak de geng pulak. Jadi patah balik ke Umai dengan harapan ada meja kosong.
Alhamdulillah ada. Orang agak ramai. Baik di luar mahupun di dalam. Tapi tu pemandangan biasa untuk cafe ni. Memang selalu je ramai orang kecuali waktu dia tutup !
Belah luar
Belah dalam.
Usha menu yang ada. Makanan sini adalah makanan gorengan dan hidangan Melayu. Banyak juga kudapan petang untuk santai santai.
Yang tak Melayu pun ada.
Makanan
Minuman.
Menunggu menu hidangan tiba.
Menunggu makanan sampai. Satu satu di bawa ke meja untuk santapan.
Biasa lah budak budak makanan yang di minta pelik pelik belaka.
Roti Jala. Sedap juga di sini.
Cucur dia pun menarik aku pernah cuba.
Satay pun ada.
Nasi ayam penyek. Memang mendapat sambutan pulak semua order makanan ni.
Sambil sambil makan, layan tengok sunset yang siap sedia menghilangkan diri.
Sinar suria menerangi siang
Sang rambulan menyinari malam
Begitulah yang aku rasakan
Cintaku tak terpendam
Bunga mawar yang aku sayangi
Bila layu kusemat dihati
Tiada lain yang akan kucari
Kau yang pertama dan terakhir
Dalam lagu kucurah perasaan
Setulus hatiku menyampaikan
Kaulah satu yang sangat kuharapkan
Sebagai lambang kesucian
Highly recommended kalau berada di Putrajaya. Harga pun berpatutan. Parking pun senang. Now ada area foodtruck di buka di kawasan parking berhampiran.
UMAI CAFE
Precint 2,
Putrajaya
Fb : Umai Cafe
kalau parents datang, I selalu bawak diorg datang sini, menu dia memenuhi selera2 orang-orang tua kot hehe
ReplyDeletebetul tu... kena dengan selera ramai warga dan peringkat umur
Deleteingat Umai makanan Sarawak tu.. hehe
ReplyDeletememula ingat hok tu gok.... sebbaik bukan
Delete