Pages

Tuesday, January 15, 2019

JELAJAH 2 NUSA | Itinerary & Expenses : Part 02 - NUSA PENIDA

Bali dah too mainstream. 

Kemudian muncul The Gilis dan Lombok, 

Kini...... Nusa Penida mula meniti di bibir bibir masyarakat yang merah dan merekah terutamanya pada petualang sejati penggembara dunia !

Nusa Penida

Gambar Kelingking Beach tu memang menawan hati ramai manusia termasuk jugak aku. Tapi aku lebih nampak gambar tu macam TRex tengah membuta. Ke tengah ketawa sebab semua orang datang tengok dia?

Tak mahu di buru rasa keinginan nak menjegah terlalu lama, trip ke Nusa Penida ni aku masukkan sekali dalam trip ke Flores. Kebetulan Bali sebagai destinasi flight kami, maka tambah extra sehari maka boleh jejakkan kaki dan melihat sendiri keindahan pulau Nusa Penida ini.

Lokasi Nusa Penida tak jauh dari Bali dan di tengah tengah antara Bali dan Lombok

Nusa Penida merupakan salah satu daripada 3 gugusan pulau Nusa - Nusa Lembongan, Nusa Ceningan, dan Nusa Penida - yang terletak di bahagian Tenggara Pulau Bali. Ketiga tiga pulau Nusa ni ada tarikan sendiri mostly pantai dan bentuk mukabumi alam semulajadi. Nusa Penida tetiba menjadi tarikan disebabkan formation batu batu dan keindahan pantainya yang masih belum diexplore dan dibangunkan lagi.

* echo lagu Like a Virgin...........



Bali maybe dah membosankan bagi sesetengah orang, jadi cari destinasi baru.............. yang lebh kurang pengunjungnya.





Akankah jumpa damai yang di cari di sana?

Nak tau kena pegi sendiri ! 

Kalau berada di Bali, kita boleh ke Nusa Penida dan buat day trip. Kena bergerak awal pagi naik speedboat di Sanur dan naik speedboat lebih kurang 50 minit. Explore Nusa Penida dan balik semula ke Bali petang yang sama. Harga speed boat tiket boleh dapat dalam IDR 175,000 per pax return. Pastikan buat muka local. Kalau buat muka Zul Ariping kena IDR 350.000 per pax return. Sebaiknya beli tiket awal.

Ya Allah Nabila !!!!.................. Ni ramai ramai gini mau ke mana?

Memang dah ramai pun yang pegi. Dah jammed packed dengan manusia.

* Ya Allah. Bantuin Nabila Ya Allah.

Dah sampai di Nusa Penida how? Berenang tepi jetty pastu balik? No !

Masa untuk explorasi

Pulau ini agak besar dan jalanraya dia agak daif di beberapa tempat menuju destinasi destinasi yang ada tu. Even 10 KM perjalanan boleh cecah sejam jugak bergantung kepada banyak mana pengangkutan yang ada berhenti dan memberi laluan sebab jalan raya dia macam besar satu lorong jer.

Jalan tak berturap dan sempit bangat ! Van van macam ni memang berduyooon tiba......

Lorong dan lohong. Kalau hujan berNeelopak lah keadaan jalan ni.

Ada part jalan OK tapi some part tu memang tak jamin lah. Silap silap kalau 2 orang yang obese berselisih, boleh koyak bahu berlanggar. Opss. #nononobodyshaming

Ada option nak cepat sikit boleh sewa motoskuter dengan harga IDR70.000 sehari.

Banyak je moto boleh sewa kat sana

Memula kita orang macam gigih gak nak merempit. Tapi bila fikir fikir balik cuaca hujan pun payah. Kalau panas sangat pun parah. Lagi lagi keadaan jalanraya memang tak bagus. Semenjak masuk umur 33 tahun ni malas dah nak challenge diri lelebih so we end up ambik pakej jer. Belum cerita kalau moto rosak di jalanan bla bla bla.....

Senang ! Mudah ! Dan tak payah pening pening kepala.

Nanti kalau dah pening nak mandi pun kena bungkus kepala ! Eh Yuna ke Lopah tu? .....  

#ohbulanengganmelayandirikulagi........

Untuk day trip dan apa apa pakej di Nusa Penida ni, ada banyak pakej ditawarkan.

Transport Nusa Penida

Cari je kat internet ke FB ke Insta ke. Rata rata pakej day trip ni harga dia ikut jumlah pax dan coverage juga. Lagi ramai lagi murah. 

Kami booking pakej pun masa di airport Labuan Bajo sebelum balik ke Bali. Kiranya sehari sebelum pegi. By randomlah cari kat internet tour tour yang ada. Untuk 3 orang kami dapat IDR 500,000 sorang which is acceptable lah.

Harga pakej ni termasuk tiket speed boat pegi balik (Bali - Nusa Penida - Bali). Pengangkutan sepanjang di Nusa Penida (Standard Innova with a/c). Entrance fees ke tempat lawatan dan juga lunch (Nope.. Tak de KFC !)

OK lah RM150 cover semua. Yang penting dalam perjalanan tu boleh curi curi tido!!

* julang piala kuat tido.

Jangan lupa check, rasanya harga pakej tak termasuk hotel pick up. Kena pegi jetty Sanur ni sendiri and please be on time.

Van van putih yang menjadi kenderaan rasmi tour di Nusa Penida

Pakej tour di Nusa Penida ada 3 coverage. 

Nusa Penida WEST 
 • Broken Beach • Angels Billabong • Kelingking Cliff • Crystal Bay Beach

Nusa Penida EAST 
 • Goa Giri Putri Temple • Thousand Island Viewpoints • Atuh Beach • Teletubbies Hill

Nusa Penida SOUTH 
 Tembeling Pool & Forest • Banah Cliff • Peguyangan Waterfall

Tapi................... 

Sabar ! Sabar ! Jangan terjun dulu. Wait.

Setakat day trip memang tak boleh abis nak cover pulau Nusa Penida ni kesemuanya. Even kalau cover sendiri naik moto pun aku tak yakin kau berjaya.... 

Kalau kau cuba jugak. Hati kau memang keras Roy ! Kalau kau kata kau berjaya. Memang kencing !

Roy ! Roy ! Kuat kencing. Kaki pancing.

Relaks. Chill.... Jangan berkumpul dan merusuh !

Solusinya, stay lebih dari sehari maka boleh cover la tempat tempat lainnya juga. (gambar di atas adalah acara laga  laga ayam)

Kami memilih nak cover bahagian WEST seperti mana destinasi pilihan orang lain yang cuma datang untuk day trip ke sini.

"Ternyata... kamu lebih bijak dari apa yang aku bayangkan.................."  

Eh. Takdelah bijak mana.

So. usahlah abang membuang waktu, mari menuju ke Nusa Penida......  * rampas mic dari tangan Uji Rashid.

Ini itinerary perjalanan kami di Nusa Penida ni. Let's go !

ITINERARY NUSA PENIDA

Hari ke lima trip ni kami terbang dari Labuan Bajo kembali ke Bali. Flight dari LBJ delayed kat 2 jam sebab ribut dan hujan lebat di Bali dan tunggu queue nak mendarat. Sampai di airport terus ke Krisna untuk aktiviti shopping. Ramai pulak manusia. Abis belanja kami naik teksi ke Sanur dan menginap di sana. Sampai tengah malam, cari kedai makan tak buka last sekali tidur dengan penuh hampa.







Bangkit awal pagi hari terakhir trip ni. Flight balik ke KL malam nanti so siang seharian ni kami nak pegi day trip ke Nusa Penida.

Kononnya pagi tu nak layan sunrise di Pantai Sanur tapi macam tak berapa menjadi. Kami realized yang accommodation yang kami menginap di Pantai Sanur agak jauh dari jetty Sanur. So pepagi ambik grab ke sana. Ambik tiket yang ditempah dan tunggu bot untuk ke Nusa Penida jam 8 pagi. Jangan lupa confirmkan sekali waktu nak balik nanti. Kat sini takde proper jetty so bersiap sedia untuk basah sampai peha.








Sampai di jetty Nusa Penida, orang berkeaan dah menanti. Kami jumpa dia untuk bayar payment dan dia lepaskan kami dengan driver yang akan membawa kami ke 4 lokasi berkaitan di Nusa Penida ni seperti dalam pakej yang ditetapkan.

 • Broken Beach • Angels Billabong • Kelingking Cliff • Crystal Bay Beach

Turutan tu ikut driver lah mana dia nak bawak dulu. Dia mungkin lebih tau mana nak elak kesesakan manusia manusia semua.

01. KELINGKING BEACH.

Kelingking Beach atau Kelingking Cliff adalah tarikan utama Nusa Penida. Memang wajib pegi. Tapi nak sampai tu jalan memang aci terburai peranakan. Boleh senak pangkal Rahim. Rahim Maarof. Rahim Razali waima Aida Rahim dan Rahimah Rahim pun mesti mengucap panjang.

Tapi view di sini memang lawa.








Orang memang agak ramai. Nak turun ke bawah boleh, tapi kalau fit dan boleh naik cepat cepat ke atas semula tak pe. Kang pancit, buang masa sebab ada tempat lain lagi nak pegi.

02. ANGELS BILLABONG

Masa sampai aku pun tak tau apa benda tempat ni. Kepala dah pening pening sebab cuaca panas. Kalau naik motosikal, aku dah campak moto dalam semak pastu call helikopter datang selamatkan aku. Kalau heli tak datang? Aku ambik balik moto dalam semak tu dan merempit semula.

* cry








Rupanya di balik batu batu tajam tu ada macam pool yang jernih dan lawa. Tempat Puteri Puteri Sinaran Passport Kegemilangan bergelimpangan mandi manda kot. Tapi masa tu ombak besarm tak de yang berani turun. Memula aku macam nak turun nak tunjuk power tapi..................... aku jalan terus je tak jadi. Ahaks.

03. BROKEN BEACH

Ni pun yang memang ada tak sabar sabar nak tengok. Broken Beach adalah tempat formation batu yang membentuk lubang besar dengan air laut menghijau.

Speechless jugak lah.







Lagi speechless kalau cintaku kau bawa pergi....................... 

Broken Beach ni memang cantik. Tapi kawasan dia agak dangerous lah. Kalau ada drone memang lawa la nak shoot kat sini.

Kat sinijuga kami lunch dan isi perut.

Meegor atau Nasgor?

Air kelapa tak termasuk dalam pakej. Bayar sendiri.

04. CRYSTAL BAY BEACH

Destinasi last. Pantai dan teluk ala ala macam Maya Bay. Bagi aku lawa gak pantai ni. Boleh mandi manda dan santai santai. Tapi ramai sangat orang dan kawasan dia pun kecik jer.





Pepandai la buat aktiviti aktiviti sendiri di sini.

Bagi aku Nusa Penida ni worth to go lah, tapi hadap lah keadaan jalan yang teruk dan tourist yang ramai. Better stay at least 2 hari di sini untuk cover tempat lain juga.


Tamatlah day trip ke Nusa Penida, terus balik semula ke jetty dan kembali ke Pantai Sanur semula dengan speed boat jam 4.30 petang. 

Singgah solat kat surau dekat dengan jetty Sanur dan cari grab hantar ke airport. Memula macam nak ke Rock Bar tapi macam tak sempat. Kat airport lepak makan kat Hard Rock Cafe Ngurah Rai sebelum flight balik ke KLIA2. Punya lah tak sabar nak balik, tersilap naik flight. Terus kena halau !









EXPENSES TRIP JELAJAH 2 NUSA...

Aku share expenses untuk keseluruhan trip ni selama 6 hari 5 malam. Harga per pax.

01. Flight.

Sebab last minit kami terpaksa beli tiket one way setiap sector. Murah skit pada beli return.

KUL - DPS ( Bali ) = RM 230.63
DPS - LBJ = RM 500.67
LBJ - DPS = RM 303.57
DPS - KUL = RM 297.31

Total flight cost : RM 1,332 per pax which is considered agak mahal. So  beli tiket awal awal !

02. Packages.

3 days 2 nights Live on Board : IDR 2,500,000 each ( RM 687 per pax )
Day trip Nusa Penida : IDR 500,000 each (RM 146 per pax)

03. Accommodation.

Day 01 : Bali - RM 237.40 (2 rooms)
Day 04 : LBJ - RM 209.67 (2 rooms)
Day 05 : Bali (Sanur) - RM 217 (Family room)
Total : RM 664/3 = RM 221 per pax.

04. Entrance fees

Komodo National Park + Padar Island : IDR400,000 each (RM 117 per pax)

Part ni memang rasa kena kencing. Sebelum pegi aku dah tanya banyak kali pasal harga entrance fees, agent kata harga local. Tup tup kat sana, guide pulak tetiba demand kami bayar dia harga foreigner sebab dia dah bayarkan dulu. Malas nak bertekak kita orang bayar je lah walaupun rasa memang kena chong dah ni !

05. Transport & Misc

Kami collect untuk bayar grab, teksi, kudapan etc : IDR 400,000 each (RM 117 per pax)

GRAND TOTAL : RM 2,700 per pax. 

Itu je. Happy travelling.

Sekian, terima kasih !

6 comments:

  1. nusa penida tak sangka dah ramai pulak pelancong ke situ?
    pernah la acah2 budget nak ke sana bila tengok peta.
    rupanya...too mainstream juga huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat je tempat tempat mcm ni org kerumun... maybe sebab dekat sgt dgn Bali kot

      Delete
  2. boleh jln smpi ke hujung kepala t-rex tu ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh. ada mat salleh tak de keje buat track ke sana.. tapi nak pegi balik tu mau rabak peha...

      Delete