Pages

Thursday, December 13, 2018

GBSxSABAH 2018 : 04 | Bungaraya Island Resort - Part 01

Salah satu aktiviti yang aku rangka semasa berkunjung ke Kota Kinabalu ni adalah ke Bungaraya Island Resort yang terletak di Pulau Gaya.

Bungaraya Island Resort

Bask in some sun-fun on the beach and have a warm dip in the sparkling azure water. The excellent water visibility also makes it perfect for snorkeling. In the evening, play a game of beach volleyball with other guests or simply lie on your beach towel with a good book. 

Cita cita menggunung tinggi, setinggi gunung Kinabalu...... Part baca buku tu pun sama... Memang bukan aku lah tu !

Tapi memang teringin nak jejak ke resort ni.

Combining the two elements Sabah is mostly famous for—rainforest and island—Bunga Raya Island Resort serves as the best destination for those looking for the best of both natural worlds. 

This resort’s rustic spirit makes the experience a lot like a visit to some epic fantasy kampung.




Tapi nak pi duduk dan menginap di sana memang macam mengarut sikit since rate dia memang bukan untuk cater golongan marahein macam aku ni. Bukan tak boleh, cuma macam rasa tak berbaloi je nak bayar mahal mahal. Omputeh lain la mereka banyak duit.

Jadi ada solusi lain yang aku pernah baca dan aku riki riki semula, ada pakej Day Trip to Bunga Raya Resort tanpa perlu menginap.

Aku cari kat internet jumpa pakej under Borneo Holiday. Pakej berharga RM 180 per pax termasuk return boat transfer ke resort, lunch serta boleh mengguna pakai facilities dan beraktiviti di resort tersebut. Aku booked pun sehari sebelum trip ke KK ni dan masih ada kekosongan jadi bayar siap siap dan janji bertemu di jetty je untuk perjalanan trip ke Bunga Raya Resort ni nanti.

* sorry dah tak jumpa link pakej ni online tapi kalau berminat maybe boleh contact direct Faye Robert +6016 7115620 dari BORNEO HOLIDAY & VEHICLES RENTAL SDN BHD.

Hari yang di nantikan pun tiba. Dah bersiap siap dengan busana santai tepi pantai untuk berpoyosing secara agak murah di tempat mewah.

* muka sembur serum kemewahan supaya nampak macam geng orang kaya kaya.

Jesselton Point jetty tempat naik bot

Kami di minta berada di jetty ni sebelum pukul 10.30 pagi. Cuaca time tu mendung dan agak hujan. Kecewa jugak kalau pegi pulau dan pantai tapi cuaca sendu kelabu je nanti. Abis lah tanggal make up murahan kena hujan.

Boleh pulak dah bergaya mewah tu pegi salah tempat pulak. Kami pegi kat kawasan ramai orang orang kebanyakan yang nak naik bot ke pulau pulau persekitaran yang lain.

Hello ! Orang mewah kena pegi tempat khas yang mewah. Bukan bangunan yang ramai ramai orang tu !

Nasib orang orang KK baik tolong bagitau.

Orang ramai ramai nak naik bot pegi berrekreasi

Tempat khas di jetty khusus untuk Bunga Raya Resort sharing dengan Gayana Resort. Mereka sebenarnya resort adik beradik.

Settlekan urusan registration apa semua dan menanti masa untuk boat bergerak. Dapat la duduk dalam aircond.

Kawasan jetty dan Pulau Gaya

Bot bot lain menunggu

Tiba masanya kami di bawa ke boat melalui kawasan jetty jetty tu.

Boleh pulak si BW naik kapal sayur ni. Asal boleh je. Bahana jalan depan pastu tak tengok orang. Main sebat je. Tapi jadi bahan gelak la pulak.

Hah ! Ni speedboat kami. Tak de lah nampak mewah tapi selesa.

Paling penting bergerak pantas dan keselamatan di kawal selia.

Time sekali dengan kami ni ada 2 orang mat salleh yang ambik pakej yang sama. Maybe golongan miskin gak tapi nak cas cas pi tempat mewah !

Dont worry. We are in the same boat ! Ahaks.





Boat kami bergerak merentas kawasan perairan menuju ke Pulau Gaya. 

Sebenarnya Pulau Gaya tu depan kawasan jetty tu je tapi resort Bungaraya ni letaknya di kawasan belakang pulau sikit. So ambik masa lebih kurang 20 minit jugak nak sampai ke jetty resort.

Akhirnya kami pun tiba.

Ketibaan kami di sambut oleh pekerja resort. Mesti dia tak sabar menunggu nak kecam sapa geng geng yang datang ambik pakej ni. Golongan yang tak mampu nak stay tapi nak datang jugak ke reosrt ni. Hahaha. Tak de lah. Dia orang friendly dan menyambut baik kehadiran kami dengan mesra !

Tengok suasana resort Bunga Raya ni masa kami sampai je dah buat kami lebih dari teruja. Cuaca pun getting better.

Unwind in tropical paradise at Bungaraya Island Resort, a luxury getaway perched on the hillsides of Polish Bay on Gaya Island off the coast of Sabah, Malaysia Borneo. Cocooned in pristine rainforest, this award-winning, secluded resort features 48 timber villas in traditional Bornean architecture overlooking a beautiful, white-sand beach. 

Like the alluring hibiscus flower that bears its name, the resort astounds at every turn – whether you’re lazing on the beach, relaxing at the hilltop spa, sampling local and international cuisine or savouring a tipple at the renowned underground wine cellar.

Layan gambar skit....






Dah terasa kedamaian dan ketenangan suasananya.

Kami di beri sedikit briefing di situ, area mana nak snorkelling nanti, port mana ada banyak ikan etc.

Lepas tu kami di bawa naik buggy ke lobby reception.






Sesampai di lobby area, kami di beri khutbah sekali lagi oleh mamat yang sama. Kali ni dia tunjuk tempat kat mana dan di mana kami boleh guna macam nak makan di resto mana, gym kat mana dan apa semua lah.

Kira bagus gak lah mamat tu. In fact sepanjang jalan dari jetty tadi pun dia tak abis abis explain dan terang itu ini dan perkara perkara berkaitan dengan Bunga Raya Island Resort ini.

Usha area lobby yang di kelilingi taman taman.









Dekat area bangunan lobby turut terdapat few restaurants dan dining options bagi penginap di sini makan. Since kami akan lunch di sini nanti, so usha usha kawasan gak lah mana nak mengisi perut nanti.





Tak jauh dari bangunan lobby tersebut adalah kawasan swimming pool dan seterusnya pantai....



Kami di beri kebebasan menggunakan semua facilities yang ada sama macam penghuni yang menginap di sini. Tempat ni pun nampak macam tak ramai guests, kalau ada pun mostly semua westerners. 

Tak guna kalau datang tak berposing macam menginap di sini. Malah lebih over.

Memula kami lepak di pool, pastu orang macam makin ramai, baru nampak beza muka orang kaya kaya dan muka kami orang miskin jadi kami pi lepak bawah payung merah tepi pantai nuh. Bajet bajet bersantai tapi tak nak berjemur !

Takut rentung.

Siap alih sofa merah tu letak bawah pokok sebab tak nak kena panas.









Boleh pulak nampak kapal sayur yang BW silap naik tadi tu mendekati jetty di Bnnga Raya Island Resport ni.

Agaknya James Bond datang nak mengendap kita orang? 

Suspens.......

Bosan jugak sebenarnya tak tau nak buat apa. Selain dari duduk bertiga dan berborak borak sambung cerita tak habis habis sambil makan kuaci. Mamat 2 orang yang join trip kami tadi pun ntah ke mana pegi nya. Tapi dia orang mat salleh nampak macam blend dengan yang menginap di sini.

Kami?

Hahaha. Sedar diri. So jom lah, gi jalan jalan sekitar resort ni ambik ambik gambar.









Jalan jalan tepi pantai je, konon nak masuk hutan, nampak biawak terus kami yang bertempiaran.

Suasana nampak tenang dan menarik. Ramai jugak yang dah mula mandi manda dan beraktiviti di laut lepas. Jadi, kami pun tak mahu melepaskan peluang keemasan ini.

* korek beg keluarkan spender

Masa untuk bersnorkelling !!!







Hello nemo dan ikan pari. Kami datang bawak nasi melukut sama sayur keladi. 

"Cepat muncul ! Dont get me angry. I go down U dont do live show seksi seksi, I tibai sekor sekor masak kari"

Eh... tapi aku tak makan ikan..... Ops

bersambung....................

4 comments:

  1. 1. Luar nampak tak lawa, dalam nampak mewahhhh.
    2. Ada juga nampak bunga raya sekuntum yg dah agak-agak pupus ni.
    3. Kenapa org hitaly tak makan ikan? ada org tak makan ikan sbb tragedi tsunami dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. resort style kan.... tapi tempatnya terjaga.
      2. banyak bunga raya kat sini
      3. masa kecik2 tercekik tulang dan hampir nak mati rasanya. truma yang melanda menikam nikam jiwa..

      Delete