Pages

Monday, December 31, 2018

DEC 2018 | JELAJAH 2 NUSA

Jelajah Nusa Tenggara Timur, Flores & Nusa Penida. Dec 2018.

Ku biarkan ombak mengusap
Dalam buaian menyentuh kalbu
Jauh di ufuk berpadu
Yang menyatukan langit dan laut biru

Dengan hamparan pasir 
Debur ombak yang menerpa
Gelombang menyapa
Dengan waktu yang tak pernah kembali
Berjalan dan berlari

Izinkan ku temui
Bukan sekadar untaian mimpi
Ku basuh kaki di pantai mu
Dalam rintihan rindu................




























































Nusa Penida aku rasa too touristy. Hilang nikmat nak menghayati alam dengan keinzalan.

Trip Flores aku OK, tapi berlaku kecelakaan pada bot belakang kami yang karam di landa ribut semasa di Pulau Padar.  Satu pengalaman yang agak menakutkan. Alhamdulillah, bot aku selamat tapi bot yang dibadai samudera menyebabkan kehilangan 2 nyawa yang masih belum di temui.

News 01 | News 02 | News 03

Al Fatihah untuk mangsa.

Kadang kadang travel ni memang mencabar minda dan jiwa. So hati hati. Sentiasa berdoa segalanya di permudahkan dan sentiasa di lindungi dari badai dan prahara.



Nyanyikan ku gemuruh irama
Melewati hamparan hati
Ku menanti sejuta suara
Yang memanggilku serikandi

Di pasak maya pada
Akan aku gegarkan
Embun azimat nan sakti

Dan bercurah awanan
Akan aku luruhkan
Menitis emas menghujan

Ku serakkan tautan kiambang
Sebelum ku jejaki gelombang

Jika tak ku temu kekuatan
Ku ratib semangat kebangkitan
Lautan bergelora
Tidak gentar ku rempuhi

Pelayaranku
Biar tenggelam tak melara
Perjuanganku
Sinarnya membelah samudera
Sinarnya membelah samudera

Cahaya lantera yang ku bawa
Mengharungi perjalananku
Lindung dari badai dan prahara
Tetap bertahan sanubari

Ku serakkan tautan kiambang
Sebelum ku jejaki gelombang

10 comments:

  1. Kedengarannya sgt menakutkn uncle...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeri jugak lah. tapi sebab ngantuk sgt time tu.... ombak gelora pun tetap mata pejam

      Delete
  2. Memang rasa syukur kan Bang Meng bila kita tak ditakdirkan berdepan dengan bencana di tempat yg kita pergi. Mcm bila dengar berita gempa bumi & tsunami di Palu, Sulawesi dulu, waktu tu kami baru balik dari Manado yg terletak sebelah Palu. Dua hari lepas dengar pulak berita ada bas pelancong kena bom dekat Piramid & kami baru balik dari melawat Piramid 2 bulan lepas.

    Pengalaman yg paling kami tak lupa ialah sewaktu tengok live kat TV berita tentang pesawat Air Asia dari Surabaya ke Singapore yg terhempas di Laut Jawa dlm tahun 2014. Masa tu kami kat airport Bandung tgh tunggu flight nak pergi ke Surabaya. Tiba di Surabaya nampak pulak keluarga2 mangsa tgh menunggu khabar berita ttg org yg tersayang.

    Tp pengalaman ini juga mengajar kami betapa pentingnya kita berdoa utk keselamatan diri dan kemudahan dlm perjalanan kerana kita memang tak boleh lari dari apa yg ditakdirkan utk kita. Ada hadis Nabi menyebut: 'Tidak tertolak Qada' itu melainkan oleh doa dan tidak bertambah umur itu melainkan oleh kebajikan'. (HR Tirmidzi)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq utk perkongsian.. memang betul tu. benda benda mcm ni memang akan berlaku. tak pada kita mesti jadi pada org lain. cuma kena selalu berdoa moga di jauhkan dari malapetaka dan di permudahkan semua urusan

      Delete
  3. Bulan ni ke ko gi Flores ni?
    Ujung2 tahun emangnya tak bagus travel...cuaca haywire, tsunami memanggil...memetakok

    ReplyDelete
  4. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.

    Kalau la dapat request abam Meng cerita dulu Jelajah 2 Nusa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak cerita tapi tak tau cemana nak mula...

      pada suatu hari.......... errrrrrrrrrr

      Delete
  5. Replies
    1. model yang tak diundang... timing kena tepat. hahaha

      Delete