Pages

Monday, December 3, 2018

DATARAN PUTRA, Putrajaya

Playing tourist di Putrajaya !

Biasa biasa lalu sini tapi jarang nak usha dan ambik port, tapi kebetulan hari tu aku ada meeting dengan sorang hamba Allah ni dan dia ajak jumpa kat tempat makan tepi Dataran Putra ni.

So here we go...... sambil meeting, curi curi ambik gambar.

"I am sorry. I am not Malaysian. I am from Uganda !!!"

* lari dari di serbu peminat........................

Dataran Putra

The Putra Square ( Melayu : Dataran Putra ) adalah sebuah dataran bandar di Presint 1, Putrajaya, Malaysia . 

Dataran iniu telah digunakan untuk perayaan seperti perarakan Hari Kemerdekaan Malaysia. 

Terdapat satu dataran berbentuk bulat seluas 300 meter yang menjadi titik tengah beberapa bangunan dan tarikan penting di sekitar Putrajaya termasuklah Bangunan Perdana Putra, Masjid Putra, Jambatan Putra dan Selera Putra.

See? Kan ajet ajet pelancong tuh !


Bangunan Perdana Putra

Masjid Putra

Promenade Shopping Mall dan tempat makan dan Jambatan Putra

Tasik Putrajaya

Designed as two concentric plazas surrounded by Putra Perdana Park, the circular ceremonial area is an open hard landscape encircled by Charbaghs, which acts as a transition between the parks and the ceremonial area. Inside the Charbagh is an interplay of paths, water channels, flower beds and trees.

The Square is divided into 11 segments, in the pattern of an 11-pointed star. The outer 11-pointed star represents the 11 states of Malaya when the country gained independence in August 1957, the inner 13-pointed star represents the 13 states of Malaysia and the 14-pointed star includes the new addition of the Federal Territory. The progressive arrangements of the different pointed stars finally culminate in a circle at the centre of the Square. The circle symbolises the ultimate goal of unity.

Hah ! Saja cakap omputeh sebab tak nak nampak aku local.

* matilah padahal malas nak translate.

Lama tak berkeliaran di kawasan ni sebenarnya. Tak de apa banyak yang berubah tapi memang menjadi tarikan pelancong dan boleh nampak ramai pelancong ke sini. Mostly pegi ke Masjid Putra ambik gambar di sana dan mereka serbu lepak makan makan di bahagian bawah dataran ni.

Aku pun sama sama menyibuk.




Belah atas ada dataran dengan Masjid Putra. Kalau nak makan makan kena turun bawah ada tempat makan dan jualan cendermata. 

Lama tak turun ke bawah ni, terkejut kejap aku rasa. Penjual banyaknya bukan local. Mostly Bangla dan Indo.. dan touristnya mostly dari Indo dan jugak China Mainland. Ramai lak tu !

Rasa asing di tanahair sendiri !










Harga makanan agak boleh tahan mencekik gak lah sebab dia orang tumpu pada pelancong pelancong. Nasib aku datang tak makan. Duduk minum dan bermeetingan saja.

Sambil sambil tu usha pelancong pelancong yang macam macam gaya dan kerenah.

View dari bawah ni agak OK jugak nampak masjid dan juga persekitaran tasik Putrajaya. Area promenade ni nampaknya di jaga dengan baik. Bersih dan rapi. 

Perlu bersih sentiasa sebab ini kawasan tumpuan !








Boleh jugak cuba naik Cruise Tasik Putrajaya kalau teringin. Aku teringin tapi macam tak de peluang !

Lain kali lah. Kena pakai topeng baru berani nak acting pelancong.







Dataran Putrajaya ini dulunya hidup time malam. Dan tempat ini dulunya ada budak budak main basikal, rollerskate, kereta mainanan dan lain-lain permainan yang boleh anda sewa. Tapi sekarang macam dah tak de dan tempat ini ditutup lampunya pada 10 malam.

Tapi boleh je datang setakat nak lepak lepak usha kawasan berposingan.  Putrajaya memang tak kurang hebatnya !

Aku tumpang bangga.

Selesai meeting. Balik. Tapi ada cerita lawak skit. Banyak kereta parked keliling dataran Putra ni, aku dengan yakin bukak pintu kereta pastu cuak pintu tak leh bukak !

Rupa rupanya, tersalah kereta !

Nasib baik aku ajet ajet pelancong kan?

* urut dada. Lega

4 comments:

  1. Putrajaya memang cantik.. Rindu cycling pagi2 buta keliling tasik & jambatan sebelum keluar sinaran matahari ketika bermukim setahun di sana.

    Entri Spain Portugal yg ringkas dah siap, moga dpt lah sikit2 idea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. putrajaya tu feel dia lain skit kan..

      eh thanks for the entries.. insha allah akan menyusul kemudian...

      Delete
  2. ntah2 tuan keta tu dok pandanggg jer dr jauh... "ada sindiket imigran nak pecah keta aku"

    ReplyDelete