Pages

Friday, November 23, 2018

KEMBARA BALKAN - TURKEY | 03 ISTANBUL : Sultanahmet

Excited dan tak sabar. 

Area Sultanahmet ni memang menjadi destinasi tujuan sesapa saja yang datang ke kota tua Istanbul ni. Kawasan ini turut di rangkumkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO kerana mempunyai beberapa tempat bersejarah dan menarik yang perlu dilawati.

Being a peninsula bounded by bodies of water to north, east and south (the Golden Horn, Bosphorus and the Sea of Marmara, respectively) and by the old city walls to west, this part of the city is essentially what used to be called Constantinople, as the rest of what is today Istanbul was part of independent cities, towns, villages, fields or even complete wilderness later absorbed by the city. 

This process is still going on as Istanbul grows with increasing speed.


Tram tak stop lagi aku dah riang ria nak buat somersault berputar nak cepat cepat keluar

Kawasan Sultanahmet mungkin sudah tidak asing lagi bagi siapa saja yang pernah berkunjung ke Istanbul, Turki ini. Kawasan ini adalah kawasan kota tua (old city). 

Di tempat inilah beberapa bangunan yang menjadi landmark kota Istanbul berdiri seperti Masjid Sultanahmet (Masjid Biru), Haghia Sophia, Yerebaten Cistern, dan Istana Topkapi. Sultanahmet ini dulu merupakan ibukota pemerintahan Romawi Timur sebelum berpindah kepada Kesultanan Ottoman Turki sekitar tahun 1453.

Sewaktu kunjungan aku tahun sebelumnya, aku cuma sempat ke Blue Mosque dan Hagia Sophia. Grand Bazaar masa tu tutup ( sebab cuti umum ) dan Istana Topkapi aku terlepas nak masuk sebab hilang dari geng geng rombongan. Sebab itu lah, 2 tempat yang tak sempat tu memang buat aku teruja untuk berkunjung semula. Harapnya kali ni misi ini tercapai.

Turun dari tram di station betul betul berdepan dengan Grand Bazaar. Kali ni betul betul di pintu masuk.

Grand Bazaar, Istanbul

Istanbul's grand old bazaar with an estimated 4400 shops lined along covered walkways. It is said to be the world's oldest shopping mall, covers several blocks and features a labyrinth of side streets to keep you lost for the better part of a day. 

The shops are organized around their wares, e.g. the silver jewellers are clustered together, the carpet shops are clustered elsewhere and the shoe shops are bunched together somewhere else. Parts of it now are rather touristy (most locals don't shop there) and you're likely to pay a little more for your purchase than elsewhere but with the vast selection you'll find what you're looking for and it's one of Istanbul's character pieces.

Grand Bazaar. Checked !

Masuk

Dan usha usha kawasan

Tengok kiri kanan

Macam macam jualan dan ramai orang

Dan aku berkeliaran di beberapa section sebelum aku decided nak keluar dari tempat tu. 

Maybe shopping tak sebati dalam diri jadi aku tak tau apa yang menarik. Dan aku pun tak de benda list untuk di cari. Semak tengok orang ramai je so aku rasa aku tak perlu berlama lama di sini. Nampak pintu exit aku terus keluar.

Grand Bazaar, kurang tarikan bagi aku !

Bahagian luar bangunan masih ada jualan di kaki kaki lima

Dahaga. Air delima nampak menarik. Aku berhenti dan beli hilangkan kering tekak.

Deretan kedai kedai di sepanjang jalan utama di Sultanahmet.

Sebab aku masih familiar dengan kawasan ni dan aku tau tempat yang aku nak tuju selepas ni, jadi aku menapak je ke Masjid Biru. Memang niat aku nak singgah sekejap pun jadi kat situ.

Masa berjalan tu, tetiba ada sorang mamat ni menegur. Nak kata Turkish macam bukan. Tapi macam South Asian ie India/Paki ada gak rupanya.

"Hi Sir.... how are you?"

Dia cuba cuba ajak berbual. Aku malas layan. Aku jalan laju, dan dia ikut jugak.

"Your first time in Istanbul?"

Nak tak nak aku layan gak. Aku cakap aku pernah datang sebelum ni. Then dia macam cuba ajak aku borak dan bagitau supaya suruh aku berhati hati kat area ni. Aku mengiyakan je dan dia tak berhenti bercakap lepas tu. Pastu cuba cuba bagi tips kat aku.

Makin dia laju bercakap makin aku laju berjalan. Last sekali dia cakap, kalau datang Istanbul ni kena tengok carpet kat sini. Aku dah agak dah, sah sah nak con ni. Then dia ajak aku pegi ke kedai dia, nak tunjuk carpet carpet terbaik yang ada.

"Carpet terbang ada ke tak?"
"Sorry. What?"
"Nevermind. I am not interested"
"But you have to see. Buy one and bring back to your country"
"No...."

Then dia start tarik aku suruh berhenti dan paksa paksa. Aku siap tolak dia lagi. Geram pulak aku main paksa paksa macam tu.

"What is wrong with you? Go away !"
"Fuck you !"

Eh.. aku pulak yang di F kan nya.............. 

Saja nak bagi aku bengang. Nasib tengah tengah jalan dan orang agak ramai kat area tu. Bila aku blah dia masih dok mencarut carut maki hamun. 

Gila. Aku doakan nanti moga lingkup lah business karpet kau tu nanti !

Hah.

Hati panas. Cuaca panas. Pegi ke masjid lebih baik. Tenangkan hati.

Sultanahmet Square

Masuk ke kawasan Masjid Biru aka Blue Mosque.


Assalamualaikum. Kita bertemu lagi selepas setahun !

As usual tempat ni memang ramai orang


Tapi niat aku memang nak singgah kejap nak solat sunat di masjid ni


Cari tempat wuduk. Keliling kawasan mencari. Rupanya belah tepi.

Masa untuk masuk ke dalam.

Solat dan buat lawatan kejap. Aku pernah tulis pasal Blue Mosque, Istanbul sebelum ni. 

So kali ni usha view je lah.












Dah selesai. Tak lama mana pun. Tak banyak beza dengan kunjungan aku sebelum ni. Sama macam dulu, kasut kena letak dalam plastik dan usung ke mana ke mari. Takut kang hilang. 

Pelawat bukan Islam masih boleh masuk separuh kawasan masjid je untuk lawatan tetapi kita yang Muslim boleh solat di dewan solat utama dan dapat access yang penuh di bahagian dalam masjidnya.

Masuk tetap percuma.

Blue Mosque. Tetap cantik dan menarik bagi aku.

"Nanti datang lagi ya Meng !" 
"Orait Bossku.....  !!!" - Kesian dia comot.

Keluar dari kawasan Masjid Biru, aku ikut laluan di Sultanahmet Park di kawasan tengah tengah dataran.

Usha Haghia Sophia dari jauh

Terserempak dengan orang Melayu tengah berselfie. Mood aku baik aku bagi salam je.

Sebab dah masuk sebelum ni so aku buat lambaian Putera Mahkota je lah kali ni.

Haghia Sophia. Tempat yang memang wajib masuk kalau ke kota Istanbul ni....

Dan selain dari Haghia Sophia yang kini menjadi muzium dan masjid, ada satu tempat lagi yang memang wajib masuk dan aku missed last time masa aku sampai dulu. Istana Topkapi !

Kali ni, ia menjadi agenda utama aku ke sini !

Kedai kedai dan bangunan di Sultanahmet yang sentiasa busy

Aku jalan kaki je menuju ke Istana Topkapi. Kena cepat. Tak nak buang masa...


Tetiba nampak makanan menggoda. Tapi boleh KIV dulu perut lapar. Makan later later.

Aku masuk ikut laluan taman yang agak ramai orang berehat santai

Boleh tahan besar taman ni

Boleh usha macam macam local beraktiviti

Menapak sampai ke entrance Istana Topkapi ni

Last last tengok...................


..................... mak ai.... Ramai nya manusia.

Termangu jap aku kat situ.

Nak beratur? Memang wajib masuk ke? Datang jauh jauh dah ni? How? Misi?

Berfikir sejenak, dua jenak, tiga jenak..........................

Aku anggap je lah masih belum ada rezeki. Dah dua kali datang, dua dua kali tak dapat masuk. Malas nak beratur sebenarnya. Nak beli ikut machine tak de credit card. Pasrah.

The imperial enclave of the Ottoman emperors for four centuries. Lavishly decorated, with four courts of increasing grandeur. In the second court of the entrance to the Harem (admission extra, only by joining a guided tour) and the State Treasury, housing a weaponry display. The third court has the Imperial Treasury. Both Islamic and Christian relics, rugs, porcelain. 

The views from the Fourth Court over the Bosphorus are spectacular. You can also see Prophet Mohammed's belongings. As of October 2016, the entrance fee is 40 TL (no concessions, credit cards and Turkish currency accepted. Harem 25 TL extra)or with the Museum Pass.

Gagal lagi !

Kecewa kan Dik?

Kecewa memang kecewa. Penat berjalan. Siap tahan sakit kaki melecet dan luka berdarah. Tapi akhirnya memang bukan rezeki lagi kali ni.

Nak suruh aku datang lagi la ni.

Menapak dengan penuh kekecewaan. Tak tau nak tuju ke mana. Actually ada banyak lagi tarikan di area Sultanahmet ni tapi dah tak de mood dah rasa. So aku menapak menuju balik ke area Galata tempat penginapan melalui kawasan pinggir kawasan Eminonu.

Selat Bosphorus seolah olah mengerti,

Galata Tower menjadi saksi....................

 Misi aku gagal lagi !

Rasa macam nak naik bot je membawa diri....

Usha usha kat port Eminonu ni. 

Rupanya ni port untuk shuttle ferry ke kawasan kawasan lain di Istanbul. Nasib tak ikut perasaan konon konon membawa diri. Saja sesat nanti.

Tapi ada jugak yang menegur offer Bosphorus Cruise. Macam menarik dan aku rasa nak cuba. Tapi fikir masih awal lagi, baik aku tunggu petang sikit dan boleh belayar di kala mentari menyongsang senja.

Sebenarnya yang jual jual tiket untuk Bosphorus Cruise tu macam ulat ulat. So kena hati hati. Dia offered 30TL. Aku tak beli, cuma aku tanya tanya dia pasal jadual ferry ferry tu je.

Dan alangkah riang rasa di hati, aku nampak KFC !!!

Masa untuk melupakan segala kegagalan yang merundung diri. Terima kasih KFC ! Kau buat aku happy.

Happy tummy !

Tengok jam macam masih awal lagi. Eloknya aku balik hotel je dulu. Mandi dan rehatkan diri kejap. Then petang sikit nanti aku keluar semula.





Konon nak betul betul urat rehat rehat kan diri. Sampai bilik aku terbongkang tidur tak sedar diri.

Terjaga tengok jam terus gelabah.

"Ferry !!! Jangan tinggal daku...................................."

bersambung.....................

6 comments: