Pages

Friday, October 26, 2018

#JOMRONDAPULAU : 05 - Pulau Tinggi | Mersing | KL

Part terakhir untuk siri Jom Ronda Pulau di Kepulauan Mersing.

Destinasi terakhir adalah di Pulau Tinggi.

Pasal Pulau Tinggi aku dah share sikit sebelum ni. Now layan saki baki gambar je lah.

Gunung Semundu yang menjadi puncak tertinggi di Pulau Tinggi

Perkampungan

Di kawasan Kg Pasir Panjang tempat kami berhenti terdapat sebuah resort yang proper dan memang terkenal di Pulau Tinggi ni. 

Dengan masa yang ada, kami semua pegi la melawat sekitar kawasan TAD Marine Resort yang beroperasi di Pulau Tinggi ni.

Chalets

TAD Marine

Pool

Reception

Chalet kayu

Jenis penginapan lain

Bersih dan menarik. Harga pun boleh tahan

Pantai

Gazebos di TAD Marine

Pantai

Kemudahan

Pulau Tinggi

Pantai

Penunjuk arah

Chalet kayu

Jetty

Sebab aku macam dah bosan dan tak tau nak buat apa, nampak mamat drebar bot bergerak ke bot aku pun ikut. Ingat dia nak jalan balik dah. Rupanya dia ajak aku ke Pulau Mentinggi sebab dia kata ada snorkelling gear tak cukup. 

Ada yang tinggal kan kelengkapan snorkelling yang di bekalkan di sana.

Aku pun ikut la dalam misi mencari... Kembali ke Pulau Mentinggi.

Lalu lagi di Kelong Sultan Johor

Pulau Mentinggi. Nasib baik ada orang jumpa dan cukup lah set semuanya. Sapa ntah yang tak bertanggung jawab tinggal gear snorkeling kat sini. Nasib baik tak kena ganti.

Kembali ke Pulau Tinggi. Nasib la jaraknya tak jauh mana

Jetty Pulau Tinggi

Kami ambik semua penumpang yang ada untuk pulang ke Mersing

Bye bye Pulau Tinggi

Terkabul impian aku nak jejak ke sini. Tapi aku rasa macam kurang menarik...

Maybe sebab cuaca

Langit gelap gelita petanda hari nak hujan

Dari jetty Kg Pasir Panjang di Pulau Tinggi kami terus bergerak ke Mersing. Perjalanan memang mencabar. Ribut dan petir, ombak bergelora buat bot kami melambung lambung merentas badai bergelora.

Hujan lebat beserta angin kencang.

Sudahnya aku basah kuyup jugak di buatnya. Dalam bot tu ada budak budak, kesian dia orang menangis ketakutan. 

Melambung lambung bot di buatnya tapi budak bawak bot tu mungkin berpengalaman dan dia pun dengan jayanya bawak bot dengan paling baik. Memang agak mencemaskan perjalanan balik tu.

Tapi akhirnya kami selamat tiba di kuala Sungai Mersing

Dan jom ronda pulau berakhir di sini....

Masjid Jamek Daerah Mersing

Dari jetty kami kembali ke station bas...

Pekan Mersing 

Roundabout

Tokong Cina

Mersing

Bersiap sedia untuk perjalanan pulang ke KL

Tiket dah pun di beli siap siap

Dan perjalanan bas menyusuri kawasan Johor Timur, Endau dan Rompin dan ke pekan Muadzam Shah sebelum masuk ikut lalauan Kuala Pilah dan menuju kembai ke ibu kota.

Sungai Mersing

Sungai Endau

Bot nelayan di Sungai Endau

Sungai Endau

Perajalanan terasa agak panjang tapi sepanjang jalan kami semua tido keletihan. Sampai di TBS dah lewat malam. Masing masing beredar kembali ke rumah masing masing.


Kembali ke ibukota

TBS

Overall, trip yang menghiburkan cuma cuaca yang kurang menyebelahi so kepuasan tu agak kurang dari segi nak mandi dan ambik gambar sebab view so so jer.

Tapi next time. aku planning nak ke pulau pulau lain di perairan Mersing tu. Banyak lagi pulau dan tempat yang aku belum explore. Aku yakin, setiap satu daripadanya menarik dan perlu di jejaki !

Tunggu lah nanti bila rindu pada pantai dan laut datang bertandang lagi.................



Rindu bertandang lagi kekasih
Hatiku merintih keranamu
Kesunyian mencengkam
Lautan kenangan
Ajaibnya perasaan oh..oh..

Rindu membawa daku kekasih
Pada musim-musim bersamamu
Rasa kasih dan rindu
Yang tertanam buatmu
Di jambangan usiaku

Waktu memisahkan aku denganmu
Kemanisan bersatu dalam sebuah rindu
Kini saat indah menjadi sejarah
Dan musim pun berlalu bersama waktu
Kini bertemankan sebuah perasaan
Rasa kasih rasa rindu padamu

Rindu bertandang lagi di hati
Rindu menghampiri kala sendiri
Halaman hidupku yang kosong tak terisi
Sungguh lama dikau pergi
Ha..ha..ha
Ha..ha..oh
Oh..

TAMAT

4 comments:

  1. pulau tinggi... pulau mentinggi... ai is pening. tp cantik jugaklah nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa sama je mcm pulau pangkor dan pulau pangkor laut
      nampak sama tapi beza...

      Delete
  2. kalau langit biru bersatu dgn laut yg jerneh mesti cantik... kalau konsep terjah je ada kemungkinan penuh tak pakej tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. cuaca memang mempengaruhi.. mood. aktiviti dan kelawa-an gambar..

      terjah tak di jamin lah.. tapi better still contact owner dia dan tanya sendiri..

      Delete