Pages

Wednesday, September 26, 2018

AWAN BIRU KITCHEN, Cyberjaya

Geng geng kuat makan ajak cuba tempat baru.

Viral katanya. Aku OK jer... Bab makan tak tolak !

Nama kedai, Awan Biru Kitchen

Lokasinya di Cyberjaya. Dipermudahkan, area lot kedai area Shell.

Kami pegi untuk makan tengahari. Area lot kedai yang masih belum di buka sepenuhnya jadi parking tak de lah menyeksa nak jumpa.

Kedai kosong tak de orang. Ada makcik tengah kopek bawang depan kedai. Membawang la tu kan?

Agak friendly. Beliau sambut kami dan mempersilakan masuk dan mengambil tempat duduk. Kedai nampak bersih dan terurus, tapi pelanggan tak de. 

Nama cafe ni Awan Biru Kitchen bersempena dengan owner dia yang sebelum ni kerja sebagai airlines steward. Maybe dah resign dan bukak kedai makan ni.

Specialty makanan di sini adalah udang pacak dan aneka lauk pauk masakan Melayu. Mostly makanan dia set tapi ada jugak yang ala carte kot.

Makcik kopek bawang tu pantas je promote makanan yang ada di sini. Dia bagi menu....



Dan ada menu istimewa hari tu......................... Baca kat board sana tu...

Kami ambik masa untuk order selepas Makcik kopek bawang tu berusaha promote menu satu persatu.

"Try lah yang ni. Sedap !"

"Jangan la ambik yang sama. Boleh cuba yang lain lain, nanti boleh share share"

Hmmmm..... OK.. Most of us memang terpedaya. Makcik ada kuasa aura merasuk pemikiran !

Siap order, kami tunggu makanan tiba.

Setting kedai. Dalam resto tak aci merokok !

Minuman tiba...

Tambah lagi....

Lepas tu satu persatu makanan tiba.. Aku agak lupa nama menu nya.. Tak pe. Kita cuba !

Ikan dori masak asam ke apa benda ntah aku lupa.

Setiap set di datangkan dengan nasi, acar dan keropok berwarna....

Udang galah masak lemak cili padi

Pun sama, datang dengan set nasi

Daging masak lemak cili api....

Udang kara masak lemak cili api

Nasi Goreng Special Awan Biru

Close up

Okey. Now verdict awal....

Kedai OK tak de masalah. Staff friendly dan agak attentive. Makanan dia OK, sedap dan kena selera. Lemak dia pekat dan mantap. Mostly makanan tu semua mengena. Harga agak mahal sikit lah. Dan lobster tu macam slim beno, kulit je yang besar isi dalamnya tak berapa nak ada. 

Dan ini lah hasilnya. Kerapah dia besar pinggan isinya so so

Verdict akhir.... Takkan nak makan lauk lauk macam ni selalu. Sekali sekala boleh lah. Sesekali terasa teringin boleh lah mencuba. Selalu sangat kang jadi a-wang yang terpilu lak tang poket.

Awan Biru Kitchen...

AWAN BIRU KITCHEN
F-G-03, JALAN VITA 1,
PLAZA CRYSTALVILLE,
LINGKARAN CYBERPOINT TIMUR, Cyber 12,
63000 Cyberjaya, Selangor
Call 012-284 0665
fb : awanbirukitchen/

Kalau mencari option lain, sebelah dia tu ada Hassan Ayam Kampung.

Cawangan baru Cyberjaya

Kalau nak rasa ayam kampung dan lauk pauk Melayu

Aku dah try sekali. Tapi rasa macam kureng skit berbanding cawangan Hassan yang lain lain. 

Dan boleh cuba jugak kedai makan nama Chakz.. dekat area yang sama. Masakan tengahari dia menarik dan padu !

Chak'z

Selamat mencuba !

8 comments:

  1. Udang pacak? Ini sudah macam menu pengantin. Hehe

    ReplyDelete
  2. chakz tu kitaorang pernah try breakfast dia. Sedap gak ada roti jala ngan kari, roti canai bagai. staff pun baik je, anak sedara punya makanan dia tak kira pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. tapi abis cepat la pulop.. yg penting air dia free kot rasanya

      Delete
  3. Huishh..rega makanan cam order di awan biru..hihi. Tapi ada masak lemok cili padi tue cam menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala ok lah.... selalu sangat memang biru kepala lutut

      Delete
  4. kat dalam bangunan MCMC pun ada cafe ayam KG (ex mad ayam KG kat domin rasanya). mmg layan rasa mcm di valodrum K.L

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza.. dah pernah pegi sekali masa ada meeting kat situ hari tu.
      not bad.. siap free air lagi kan?

      veldrom kl belum pernah try lagik

      Delete