Pages

Thursday, August 16, 2018

Weekend Getaway 01 - KLCC SOHO Suites by LEALA

Tahun 2018 ni memang kurang trip aku ke oversea. 

Sebabnya, Hero masuk asrama dan time dia cuti aku kena ada. Tahun pertama aku bagi can, tahun depan Papa sambung gi berjalang jalang.

Dan everytime dia cuti, dia orang kadang kadang nak gi mandi kolam lah apa lah tido hotel lah, so aku ikutkan je.

Tahun ni macam every month aku ada menginap di hotel atas dasar kerja, staycation ataupun ada acara acara berkaitan.

Biasanya expectation aku tentang hotel dan penginapan ni agak tinggi sebab kalau sekadar di pinggiran baik je aku stay kat rumah.

Dan selalunya aku akan pilih hotel yang well known atau service apartment yang bagus ratingnya sebab aku kurang gemar cari arbnb ataupun apatment yang di host oleh some company or ownernya sendiri.

Aku ada sebab tersendiri kenapa aku buat pilihan macam tu. Dan dalam pada berjaga jaga, ada jugak terkena dapat penginapan yang tak kena dengan jiwa raga.

Stress tahap nak checkout balik rumah je lagi baik. Tapi part of it memang salah aku jugak pun ! So redha separuh hati.

Mendongak ke langit

Sebab last minit, gopoh gapah, bila nak gi staycation over the weekend nak cari la penginapan yang kononnya selesa. Aku jumpa Leala KLCC Soho ni through Agoda dan ratingnya agak bagus. Rate dia pun not bad considering dapat 3 bedroom dan lokasinya berdekatan dengan KLCC.

Aku tak tau LEALA tu sapa but aku assume management yang hosting these apartments lah.

Masa tiba, kami tuju ke alamat yang di tempah di tengah tengah ibukota.

Ni bangunan SOHO KLCC Suites

Dongak atas

Tengok kiri kanan

Equatorial KL dalam pembinaan

Dah betul dah sampai kat Jalan Perak

Dah berhenti kat entrance tapi tak de reception desk

Tapi tak tau mana nak tuju

Terkebil kebil kat situ. Tanya pak guard

Dia kata kena contact owner sendiri.

Kat booking tak de no phone. Lama aku pening lalat, akhirnya called agoda then baru dia bagi no phone owner.

Tunggu owner tiba.

Ada amoi mana ntah tetiba muncul dari celah pokok. Boleh dia ingat aku tak jadi datang. Heh !Aku dah buat full payment. Dia pun takde rasa baik hati nak call aku tanya ke apa. OK Tak per.

Then dia bawak ke parking bay.

Parking OK. Free.

Then di bawa ke unit yang dah aku booked. Dia kata apartment belum siap ! Guests sebelum tu checkout lambat.

Walhal dah pukul 4 lebih dah. Tak per.

Maid tu berkemas while kita orang dah bertenggek dalam apartment tu.

Tunggu lah sampai bibik Indo tu abis berkemas. Sungguh tak selesa. Nak snappy pun segan.

Usha unit apartmentnya.







Ayat ayat pemanis kata

When visiting Kuala Lumpur, you'll feel right at home at Leala KLCC Soho Suites as it offers quality accommodation and great service. From here, guests can make the most of all that the lively city has to offer. With its convenient location, the property offers easy access to the city's must-see destinations.

Offering guests superior services and a broad range of amenities, Leala KLCC Soho Suites is committed to ensuring that your stay is as comfortable as possible. For the comfort and convenience of guests, the property offers free Wi-Fi in all rooms, portable wi-fi rental, kitchen, luggage storage, car park.

The ambiance of Leala KLCC Soho Suites is reflected in every guestroom. locker, closet, complimentary tea, towels, clothes rack are just some of the facilities that can be found throughout the property. The property's host of recreational offerings ensures you have plenty to do during your stay. With an ideal location and facilities to match, Leala KLCC Soho Suites hits the spot in many ways.

So usha bilik biliknya dulu....

Master bedroom with queen size bed

bath tub

2nd room with queen size bed

2nd bathroom

3rd room with single bed

OK. Bibik dah siap kemas.

Dapur

Kitchen

Bawak bekalan makanan. Baru leh makan

Ni dia bagi...

Dah kenyang baru boleh santai santai

Usha usha TV.. Wifi OK. Siaran TV limited

Hari menjelang petang.

Sebab misi konon nak datang bercuti sebab budak budak nak mandi kolam kan? Tapi alangkah pedih rasa hati bila di maklumkan, guests yang bertandang tak leh guna facilities kolam renang !

Kalau nak, kena bayar extra. Sekali masuk RM 50 per pax !

Apa ke ba.......................................................

* sabar sabar...

So pool untuk residents je.. Kami mampu tengok dari jauh.

Kesian anak anak aku. Siap bawak board apa bagai konon nak berenang riang.

"Sorry anak anak ku, Papa silap kali ni !!!!"

Memang silap aku lah tak check bebetul. Terpedaya sebab rating walhal orang yang rate tu semua datang sebab nak bilik dekat dengan KLCC semata mata...

Jadi aktiviti kita adalah layan diri masing masing dan hiburkan hati sendiri.

* main tepuk amai amai

Sungguh aku kecewa ! Dah lah deposit mahal gegila. ( nasib dapat balik )

Hanya mampu usha usha kawasan sekitar.





Sungguh aku musykil cemana rating bagus sekali sedangkan aku tak happy !

Maybe yang datang bukan nak mandi kolam kot. So nasihat untuk diri sendiri... check bebetul. Memang dia tak masukkan pool sebagai facilities so aku yang silap assume. My bad !

Baik bayar lebih skit duduk Ascott KL... Ada lah sikit rasa penyesalan.

Tapi tak per... dah dekat ni, boleh gi KLCC. Ubati hati yang rawan.......

Just be careful dengan apartments yang hosted macam ni. Jangan terkena.

SOHO SUITES KLCC BY LEALA
20 Jalan Perak A1/A3,
Soho Suites Klcc,
50450 Kuala Lumpur.

Salah tu memang salah aku tapi kesilapan tu tak sepatutnya terjadi. Tapi tak pe lah. Misi memang tak berjaya tapi kami enjoy je apa yang ada...

Orang kata dalam setandan pisang tak semua pisangnya buruk kan? Ada benda gak la boleh di puji.

bersambung.............

6 comments:

  1. yg ada payungan tu kat soho situ ke atau kat lain? nak pegi terjah nak bergambar kenangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu area kl city walk.. belakang bangunan soho ni masuk ikut laluan depan beach club. ada banyak bars kat lorong tu.. boleh la berpayungan kat situ

      Delete
  2. Replies
    1. tu la dia buat pakai duit org yang nak masuk pool tu kot.. hahaha

      Delete
  3. Apakah tak boleh guna pool?? Ish..ish..1st time dengar

    ReplyDelete