Pages

Tuesday, August 21, 2018

PULAU TINGGI, Johor

Soalan cepu emas untuk korang yang terror geography.

Apakah pulau yang tinggi di Malaysia?

Tet !!!!!!

Tak payah jawab. Salah !

Pulau Tinggi walaupun bukan tertinggi ini terletak di Daerah Mersing , Johor , Malaysia .

Pulau Tinggi

Bayangkan duduk di tepian pantai dengan angin laut perlahan-lahan membelai kulit anda, melihat matahari terbenam yang mengagumkan selepas hari yang panjang dan bersantai di pantai.

Kebahagiaan tulen. 

Pulau Tinggi,  adalah salah satu pulau di Mersing yang kerap dikunjungi oleh pelancong dengan percutian pantai yang santai. 

Ketinggian Pulau Tinggi yang kelihatan dari jauh.

Mendapat jolokan sebagai 'General's Hat' oleh pelaut Cina beratus-ratus tahun yang lalu, Pulau ini terletak kira-kira 20 batu nautika (37 km) tenggara Bandar Mersing , di pantai timur tanah besar Johor.

Aku sendiri memang dah lama teringin nak melawat banyak pulau yang menarik di perairan Johor dan Pulau Tinggi tidak terkecuali.

Pulau ini menulang setinggi 600 meter di atas paras laut dan titik tertingginya di kenali sebagai puncak Gunung Semundu. Bahagian pedalaman pulau ini kebanyakannya ditutup dengan hutan hujan yang diliputi banyak tumbuhan segar, buah-buahan, rotan, kayu. Memiliki pantai terlindung serta terumbu karang yang berlimpah dengan kehidupan laut yang produktif. 

Ia mempunyai pantai yang panjang dan pantai berpasir putih dihiasi dengan gua batu. Laut di sekelilingnya mengandungi karang, ikan dan terumbu karang. Ia menjadikan pulau ini sebagai salah satu taman marin yang dilindungi di Malaysia, 

Pulau ini mempunyai penduduk dengan jumlah  dianggarkan sebanyak 448 orang. Terdapat tiga kampung iaitu Kampung Tanjung Balang, Kampung Pasir Panjang dan Kampung Sebirah Besar.

Kampung Tanjung Balang yang mempunyai fasiliti lebih lengkap berserta sekolah

Kampung Pasir Panjang yang mempunyai pantai yang bersih dan belum tercemar

Salah satu tarikan yang ada di Pulau Tinggi ni adalah Kelong Di Raja yang di miliki oleh Sultan Johor.





Walaupun tidak di buka untuk kunjungan, tetapi kelong ini menarik perhatian kerana senibinanya yang unik yang menjadi tempat istirehat keluarga diRaja yang sesekali bertandang ke sini.

Rakyat biasa cuma boleh usha dari jauh sahaja !

Pulau ini boleh diakses dengan feri dari Bandar Mersing dengan kira-kira 30 minit perjalanan dan paling dekat dari Jeti Tanjung Leman.

Kunjungan aku dengan trip ronda pulau dan kami singgah di Kampung Pasir Panjang untuk mengguna fasiliti di sini.














Satu-satunya resort di Kg Pasir Panjang di Pulau Tinggi ini adalah TAd Marine Resort yang menawarkan pelbagai penginapan dan aktiviti sepanjang tempoh penginapan. 















Aku tak stay kat resort ni so tak berapa tau OK ke tidak. Tapi dari pengamatan aku nampak macam selesa dan terjaga. Cuma pantai dia agak terhakis di bahagian resort dan kurang landai. Tapi kalau nak istirehat atau honeymoon rasanya resort ni memang terbaik.

Boleh refer website mereka : TAD MARINE RESORT






Ternyata Pulau Tinggi ini tidak kurang tarikan dan keindahannya tapi maybe agak sunyi dan bosan sikit kalau tak de banyak aktiviti. Namun sekiranya mencari ketenangan, di sini boleh ditemui. Masih kekal dengan kawasan kampung tradisional dan hutan yang belum habis diterokai yang nyata menyimpan banyak misteri..................



Ku tak bersendirian
Sebenarnya di dunia
Suara yang menegur ku
Menerpa sedar ku

Bisikan misteri
Mengurung suara hati
Merelakan perbuatan
Yang diatur

Tersiksa raga
Menanggung derita
Kegusaran yang
Melanda jiwa

Terpaku pilu
Memukul kalbu ku
Terlucut nuraini yang
Tersembunyi

Lepaskan ku
Sedarkan ku
Dari genggaman mu

Lepaskan ku
Sedarkan ku
Dari semua ini

Jauhi ku
Biarkan ku
Menjadi diriku

4 comments:

  1. Boleh je pergi tanpa booking boat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau walk in maybe naik kat jetty tanjung leman.. tapi not advisable plus tak suree jadualnya... better booking dgn resort

      Delete