Pages

Monday, August 13, 2018

KEMBARA BALKAN - CROATIA | 01 DUBROVNIK : Part 01

Trip Balkan bersambung lagi..... 

Entry lepas : Kotor, Montenegro

Bas menjadi pengangkutan aku pagi tu yang akan membawa aku merentas sempadan Montenegro dan memasuki ruang sempadan Croatia.


Sebaik saja bas bergerak aku just bertenang dan relaks relaks. Extra charges untuk luggage sebanyak 1 euro di kenakan masa nak naik bas tadi.

Mengantuk gak sebab pagi tadi bangkit awal. Memang kejap je aku di Kotor. Tak puas rasanya tapi nak buat cemana. Planning aku pun kadang kadang memang ntah hapa hapa.

Tapi bagi aku dah tengok tempat tu kira OK lah. Biar lah orang kata touch and go, tak sempat berak dan berternak baja tahik di situ tapi dah memang gini gaya aku travel. Bukan aku travel nak ikut ikut orang atau nak puaskan hati orang.

Eh.. tetiba emo.... Bas kat mana dah ni?

Masih di Montenegro. Area Tivat. Ada airport yang menjadi airport ketibaan ramai pelancong yang ingin ke Kotor dan kawasan sekitar Bay of Kotor ni.

Tiba tiba aku rasa bas bergerak perlahan. Usha kat luar nampak view macam lawa jugak.


Rupanya bas akan menaiki ferry untuk menyeberangi Bay of Kotor ni. Aku jadi excited tetiba. 

Sebaik saja bas naik atas ferry, penumpang boleh turun. Tapi drebar bas tu memang keep on eyes semua passengers. Kenderaan lain pun turut sama bertenggek atas ferry ni


Bays of Kotor


Memang tak de jambatan jadi ferry ni adalah pengangkutan utama yang di guna


Layan perasaan tengok Bay of Kotor yang begitu tenang


Ferry berulang aling menyeberang

Perjalanan crossing Bay of Kotor tu tak lama pun tapi pengalaman tu agak menyeronokkan. Masing masing turun dari kenderaan dan lepak lepak atas ferry feeling feeling angin bayu membelai ke wajah, sampai rambut akhirnya jadi bersepah !

Tapi demi selfie.... ramai je yang tak ambik port dan posing atas ferry tu.

Sebelum sempat ferry berlabuh, drebar bas dah siap siap panggil ahli jemaah. Jangan sampai tertinggal. So sebaik saja ferry berlabuh, bas serta kenderaan yang lain terus saja di pandu meninggalkan kawasan Bay of Kotor itu.

Maka perjalanan di teruskan lagi. Aku memang duduk belah kiri bas so view aku sebelah tingkap adalah Adretic Sea yang tenang dan membiru. 

Sila duduk belah kiri kalau dari Kotor ke Dubrovnik !

View


Kawasan tepi tepi jalan


Menghampiri sempadan


Dekat boarder. Tak perlu turun pun. Pass passport je kat driver.


Memasuki Croatia

Perjalanan dari Kotor ke Dubrovnik memakan masa lebih kurang 3 jam perjalanan. Tapi percayalah, view dia memang tidak membosankan !

Dan aku teruja nak sampai ke King's Landing nanti.






Sampai di kawasan sebelum tiba di Dubrovnik, bas akan melalui kawasan tepi bukit dengan pemandangan ke arah Adriatic Coast. Dan dari atas laluan bas tersebut akan kelihatan Old Town Dubrovnik yang terkenal itu.

Masa ni semua keluarkan kamera yang ada dan start snappy. Dah la bas bergerak laju dan berliuk liuk tapi yang duduk sebelah kanan pun akan bangun sebab view memang lawa time tu !

Sebab aku memang duduk belah kiri so aku tenang tenang je keluarkan kamera......

Ktik ! Ktik ! Ktik !...... 

* sambil kembang kembangkan hidung sebab tak payah berebut cari space kat tingkap bas









Dubrovnik is both a seaport and the centre of the Dubrovnik-Neretva County. Its population was 42,615 inhabitants according to census data from 2011. Dubrovnik is nicknamed "Pearl of the Adriatic". Tourism is the most important industry in Dubrovnik so according to data from 2012, there were 45 hotels:- twelve 5* hotels, nine 4* hotels, twenty two 3* hotels and two 2* hotels.

The city of Dubrovnik (Latin: Ragusa) was built on maritime trade. In the Middle Ages it became the only city-state in the Adriatic to rival Venice. Supported by its wealth and skilled diplomacy, the city achieved a remarkable level of development during the 15th and 16th centuries. Furthermore, Dubrovnik was one of the centres of the development of the Croatian language and literature, home to many notable poets, playwrights, painters, mathematicians, physicists and other scholars.

Today Dubrovnik is the proudest feather in Croatia's tourist cap, an elite destination and one of the most beautiful towns in the Mediterranean. Dubrovnik used to be an independent republic, surviving mostly on trade. It managed to survive many centuries, with constant threats to its territory, particularly from the mighty Ottoman Empire and Venice. As early as 19th century, it was discovered by celebrities as a place to be seen. George Bernard Shaw once said that "those who seek paradise on Earth should come to Dubrovnik and find it". Royalty, presidents and diplomats have all favoured the city. The late Pope John Paul II was a fan of Dubrovnik and was even made an honorary citizen. Out of the 23 top luxury hotels in Croatia in 2010, a dozen were located in Dubrovnik.

Bas tak akan berhenti di Old Town tu sebaliknya akan terus ke bas terminal di kawasan pekan Dubrovnik yang terletak tak jauh dari situ.

The main bus station is in Kantafig, near Port Gruz and the Tudjman bridge, 2.5km northwest of the Old Town.

Sebaik je sampai di main bus station, aku terus check tiket untuk ke destinasi seterusnya nanti.

Aku memang tak plan nak bermalam di Dubrovnik ni considering harga penginapan agak mahal dan aku pun dah spent banyak untuk hotel di Kotor semalam. So aku memang plan nak singgah kejap je kat sini dan akan bermalam samaada di Split ataupun Mostar.

Aku kena buat pilihan.

Sebab Croatia menggunakan matawangnya sendiri so kena tukar duit dulu. Aku tukar 30 euro dan dapat 180 Kuna (HRK)

Dan duit Kuna yang ada tu aku beli tiket ke destinasi berikutnya. Antara Split dan Mostar. Ada tiket ke Mostar jam 3.30 petang sahaja. Split ada banyak bas tapi sebab aku fikir Split lagi jauh dari Mostar, aku tak nak sampai dah gelap malam so aku beli tiket ke Mostar je. Harga tiket 125 Kuna or lebih kurang 14 euro.

Settled dah dapat tiket. So kalau kira bajet time, aku ada 4 jam untuk explore Dubrovnik ni. 

Errrr sempat ke?

Kasi jadi sempat ! Masa mencemburui kita.

Dekat main terminal tu ada kedai macam kedai runcit, boleh tukar duit dan boleh simpan luggage jugak kat situ dengan rate 10 Kuna. Ada kiosk jugak untuk beli tiket bas ke Old Town Dubrovnik.

Now macamana nak ke Old Town of Dubrovnik?


Tunggu bas kat bus stop depan main bus terminal

Harga one way ke Old Town 12 Kuna kalau beli kat kiosk. Kalau beli dengan driver 15 Kuna. 

Mostly bas akan pegi ke area Old Town tu tapi specifically bas 1A, 1B dan 1C. Naik lah mana mana yang sampai dulu. Tapi orang ramai dan bas biasanya penuh !

Dalam 15 minit macam tu bas akan sampai di kawasan entrance Old Town Dubrovnik.

Orang memang ramai gila gila. Lagi pedih kalau time summer macam aku ni, cuaca panas nak mati !

Cari tempat berteduh dulu

Usha usha cafe berdekatan. Tapi macam tak mampu duduk je

Tapi memang panas menyengat. Duduk cari port dan rest kejap. Pastu mula usha usha kawasan Old Town Dubrovnik ni.

Resto


Kawasan tepi air dengan tembok pemisah Old City


Orang jual macam macam pakej pelancongan di sini


Dan orang berpusu pusu keluar masuk ke dalam kawasan Old Town walaupun cuaca panas lit lit


Mengenyit mata nak memandang

Entrance Old Town Dubrovnik dengan tembok yang mengelilingi kawasan

Tak de choice yang aku ada. Nak melepak buang masa atau lanyak je dengan cuaca panas panas cam ni. Dengan orang ramainya. Bising yang jual pakej pakej dok melaung laung. Bunyi kenderaan berlegar legar di kawasan jalan.

Fuh. Aku pening !

Tapi dah alang alang sampai, redah je lah. Nasib la masuk area ni free jer.

Welcome to Dubrovnik. Tak panas ke kau Bang?


Sebaik saja masuk pintu utama orang dah la ramai. Asal ada bayang teduh sikit situ lah ramai menumpang redup


Cable car di kawasan bukit

Layan suasana dan persekitaran dalam kawasan Old City Dubrovnik ni.....

Area Stradun. Laluan utama


Fountain


Placa Stradun


Dubrovnik's Old City, a UNESCO World Heritage Site

Cuaca panas gila buat aku hilang arah dan tujuan..........................

Oit kapal terbang !! Bawa aku lari dari sini...................

Semak la dengan orang ramai kat sini. Tapi perut pun lapar gak ni. Mana nak cari sesuap nasi?

bersambung...................

6 comments:

  1. nama je kotor tapi bersih gila. suka tengok warna langit dengan laut tu. by the way, you makan apa ? old city tu lawa gila

    ReplyDelete
    Replies
    1. kotor tu memang bersih dan lawa.. kalau la dia org tau maksud kotor dlm bahasa kita mahu boleh bergaduh...

      makan pizza jer..

      Delete
  2. Sesaknyaaa dekat Old Town Dubrovnik

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ramai org sini.... kena pegi time sejuk kurang skit kot

      Delete
  3. Replies
    1. sebab cuaca cerah tapi nak berjalan panas sgt la pulak

      Delete