Pages

Friday, August 10, 2018

BIRTHDAY 2018 : VERTIGO, Banyan Tree Kuala Lumpur

Bulan July sememangnya bulan keraian. Bulan di mana aku dilahirkan dan mula mengenali erti kehidupan.

Dan setiap tahun, tanpa jemu aku di raikan, baik oleh keluarga, rakan rakan dan juga para peminat..... er.. dan juga para peminat. Para peminat ! 

Hey...........

Kenapa semua diam? Tak minat kah?

* baling microfon ke lubang biawak dan lari pekup muka.

Okey. Aku terima hakikat tak de peminat. Lagipun birthday ni sesuatu yang agak privacy so aku lebih suka kalau diraikan dengan keluarga atau sahabat terdekat sahaja.

Bijak tak ayat menyelamatkan diri?

Tahun ni tak terkecuali. 2018, menginjak kepada penambahan usia. Baru 27 tahun. Masih bergetah dan hot hot chicken shit ! Dan tahun ni seperti tahun tahun yang sudah, adalah sambutan kecil kecilan dengan keluarga. Selain keluarga, GBS memang sentiasa ambik tau dan setiap tahun at least ada get together dan meraikan cukup sekadar kami. Walaupun BW dengan CP berkongsi birthday month yang sama tapi aku yang celebrate dulu.

Asalnya tak de apa apa plan, hari weekend tu IH dengan BW roger aku tanya.

"Free tak? Kita orang nak celebrate birthday kau ni. Pilih je tempat mana kau nak. Kita orang belanja !"

Oh ! Aku wish kawan kawan aku kaya raya so aku mintak dia orang bawak aku dinner di Italy !

Nasib cepat sedar diri. 

Tak tau nak ke mana, aku mintak dia orang datang ambik aku sebab birthday boy malas nak drive. Nanti aku bagitau mana nak pegi.

Fikir fikir.......................

Aku rasa macam nak view macam ni.

Sebenarnya aku nak pegi Helipad. Dah lama nak pegi, nak celebrate birthday GBS gak tapi tak jadi. Tapi aku ada gak terbaca pasal rooftop bar yang baru di buka di Banyan Tree, Kuala Lumpur.

Aku check. Okey. kira jadi !

Bila dia orang sampai, aku terus arahkan ke KL... Haha kesian IH berpusing pusing drive. Tapi berani nak sanggah permintaan birthday boy? Kena tulah nanti !

Banyan Tree Kuala Lumpur. The first Banyan Tree brand in Malaysia.

Hotel mewah 5 bintang terbaru di ibukota yang terletak di sebelah Pavillion KL. Nak gi menginap macam tak berbaloi je sebab mahal sangat. Tapi since ada bar di rooftop yang kini merupakan rooftop bar hotel yang tertinggi di KL, boleh gak aku gi usha usha !

Lobby

Ada cerita sikit masa kami memula sampai di hotel mewah ni. Sebab kami belum solat Asar jadi ingat nak solat dulu. Lepas parking dan park kat basement hotel kami naik terus ke reception area di tingkat 53.

Reception area

Aku assume ada surau ke apa tapi bila tanya amoi kat front desk....

"I am sorry, currently we dont have surau but is it OK if i give you a room so that you  can pray?"

Hmmm. Aku sangat suka hati ! 

"Let me get the sejadah and show you the room"

Fuh. Ni namanya SERVICE ! Dia tak tanya pun kenapa aku stay sini ke apa, dengan manis muka dan baik hati dia bantu kami selesaikan kewajipan kami.

"But I dont know where to ........"
"Hahah. That is OK. I ll find out"

Dia tak tau arah kiblat so aku guna phone je. Dia tunjukkan toilet untuk ambik air sembahyang dan bagi meeting room untuk kami tumpang solat.

Meeting room. Solat dalam bilik ni.

Bagi aku, that is what I called impeccable service. Bukan aku nak tilam sutera bantal dari bulu itik albino pun tapi benda benda yang kadang kita mintak dan mereka dengan senang hati and willing to go extra mile untuk membantu. 

Aku sangat impressed sebab aku pernah cuba singgah di satu hotel ni nak tumpang solat tapi jawapannya mengecewakan. Kata front desk tu, surau only for hotel guests jer ! Dah lah awek tu Melayu. Buat malu je.

Boooooooooooooo Ramada KL !

And Thank you Banyan Tree !

Dah solat... ayuh kita mabuk mabuk !!! No.......... bukan mabuk dengan minuman keras.Mabuk dengan pemandangan yang indah indah !

Rooftop Bar di Banyan Tree ni nama dia Vertigo.

VERTIGO
Be awe-inspired by the stunning city skyline and the creative cocktails

Vertigo offers a stylish bar experience on the Level 59. Relax on bar seating while enjoying the stunning views of Kuala Lumpur from above. Mixologists are on hand to create personalised drinks, while the South East Asian inspired tapas and DJ music helps create an unforgettable night out.

Terletak di tingkat 59 tapi lif sampai 58 jer.

Naik escalator

Vertigo Banyan Tree Kuala Lumpur

Bar

Dan terus usha view.......





Wow ! Terus terpesona.

Dan nasib kami baik even tak reserve tapi kami awal sikit so dapat seat. So better reserved seats dulu kalau tak memang penuh.

So nak order apa ni? Takkan nak lepak saja saja? Usha menu !






Ada wine dan banyak yang alcoholic. Ada soft drinks dan coffee. Makanan very limited so lepas usha usha tak de apa yang boleh di order !

Tak berapa sesuai dengan jiwa.

Aku order coffee

IH pun sama

Dan BW tak tau nak order apa. Order air mineral jer.

Dan aku rasa ni air mineral paling mahal dia pernah order. RM 21 sebotol tu. Hahahaa Padahal ada je air masak provided FOC.

Usha view di atas roof top bar ni.








Lepak lepak borak borak dan layan suasana sampai la matahari mula meneggelamkan diri. 

Layan senja.






Dan melepak sampai senja menghilang dan malam menjelang.

Terima kasih Tuhan sebab panjangkan umur dan bagi peluang aku nikmati keindahan dunawi macam ni. Terima kasih utuskan sahabat sahabat yang baik hati dan kongsi rasa bahagia. Terima kasih di atas kesihatan dan rezeki yang tak putus putus.

Alhamdulillah.

No birhday cake.. sebab aku tak nak gemuk.
No food... aku diet !
Limite drinks.... malas nak ulang alik ke toilet.

Kadang kadang tu semua tak penting, yang penting datang sini untuk view yang stunning sebegitu dan momen momen santai, tu je dah kira diraikan dan hadiah birthday yang sukar dilupakan !

Aku cakap aku memang tak ramai kawan yang close tapi aku keep few yang menyenangkan walaupun aku sendiri tak mampu membahagiakan mereka selalu.

Terima kasih kerana selalu bersama walaupun jarang berjumpa !



No, I think I'll stay in tonight
Skip the conversations and the "Oh, I'm fines"
No, I'm no stranger to surprise
This paper town has let me down too many times
Why do I even try? Give me a reason why
I thought that I could trust you, never mind
Why all the switching sides? Where do I draw the line?
I guess I'm too naive to read the signs

I'm just lookin' for some real friends
All they ever do is let me down
Every time I let somebody in
Then I find out what they're all about
I'm just lookin' for some real friends
Wonder where they're all hidin' out
I'm just lookin' for some real friends
Gotta get up out of this town
Oh, oh
Oh, ah

I stay up, talkin' to the moon
Been feelin' so alone in every crowded room
Can't help but feel like something's wrong, yeah
'Cause the place I'm livin' in just doesn't feel like home
I'm just lookin' for some real friends
All they ever do is let me down
Every time I let somebody in
Then I find out what they're all about
I'm just lookin' for some real friends
Wonder where they're all hidin' out
I'm just lookin' for some real friends
Gotta get up out of this town
Lookin' for some new friends
Oh, oh
Oh, ah

I just wanna talk about nothin'
With somebody that means somethin'
Spell the names of all our dreams and demons
For the times that I don't understand
Tell me what's the point of a moon like this
When I'm alone again
Can I run away to somewhere beautiful
Where nobody knows my name?

I'm just lookin' for some real friends
All they ever do is let me down
And I let somebody in
But I find out what they're all about
I'm just lookin' for some real friends
All they ever do is let me down
I'm just lookin' for some real friends
Gotta get up out of this town, yeah
Oh, oh
Oh, ah

And we enjoyed the rest of the night.........................












VERTIGO
Level 59 Banyan Tree
2 Jalan Conlay,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
+603 2113 1822
Vertigo-KL@banyantree.com

Recommended for the view !

Sebelum Isyak kami turun. Segan nak tumpang maghrib di situ jadi kami ke hotel sebelah.

Terima kasih Pullman KL tumpangkan kami solat.

Dah abis sesi di Banyan Tree. Masuk kereta.

"Hoi ! Korang jangan ingat tu je permintaan aku untuk birthday ni? Aku lapar ! Now bawak aku makan !"

Birthday boy lapar nasi dan tomyam !

8 comments:

  1. view cantik
    boleh lah book utk besday yg ke 50!

    ReplyDelete
    Replies
    1. umur ko 50 tempat ni dah tak hip. sila pegi skrg..

      Delete
  2. Happy belated birthday Abang meng. May Allah bless you and all your wish come true.

    ReplyDelete
  3. Happy birthday Meng.
    Wah, ada caviar. fevret aku tu (koya)

    ReplyDelete
  4. Salam...kalau nak masuk bar tu, ada charge apa2 tak? Masa pergi helipad haritu dorang charge 60Rm dn boleh pilih 2 gelas juice...nak tahu yg Banyan Tree mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam

      tak de charge masuk... bayar harga minuman je. kalau nak free minum air masak dalam jug tu je.. ambik gambar pastu cepat2 lari..

      hahaha

      Delete