Pages

Monday, July 16, 2018

SEBULEK, Cyberjaya

Apakah yang bermain main di minda bila nama 'Cyberjaya' menerjah ke benak pemikiran?

Pastinya salah satu mungkin nama Cyberjaya tu je begitu synonym dengan kepadatan warga asing terutamanya dari negara negara Timur Tengah yang mendiami seterusnya membanjiri kawasan persekitarannya. 

Dan atas sebab kehadiran mereka, lambakan kedai kedai dan restoran Arab di buka untuk cater tekak tekak mereka dan jugak tekak orang kita yang dambakan makanan sebegitu.

Jadi, ada ke tak kedai Melayu yang jual nasi campur di Cyberjaya?

Bagus soalan tu. Usah resah dan gelisah. Hari ini aku ada untuk meng-clearkan perkara perkara yang tak sepatutnya menodai ruang pemikiran korang semua.

Mari sini aku sucikan....

* renjis renjis cecair clorox sambil berzapin lagu Sesuci Lebaran.

Sebenarnya banyak jer resto yang menyediakan masakan untuk tekak tekak para Melayu. 

Salah satu yang aku nak share ni resto namanya adalah Sebulek, Cyberjaya !

Tak percaya????

See.. aku tak tipu !

Kata kedai Melayu tapi kenapa nama kedai macam bahasa Uganda..

Diam ! Diam ! Sebelum aku curah clorox dalam tekak masing masing sila dengar sini baik baik. 

Sebulek berasal dari perkataan orang nismilan yang bermaksud satu kan lauk lauk yang ada tu dalam satu pinggan. Kiranya macam nasi campur lah.. Ambik lauk tu skit, ini sikit, pastu buh dalam pinggan. Siap sedia untuk di ngapppp !

Restoran Sebulek ni lokasinya di Shaftbury Square, Cyberjaya

Yang ada banyak bank dan kedai kedai. So kat belah bawah tu lah lokasi tepatnya di bahagian tengah

Sebelah Affin bank tu lah Restoran Sebulek

Pernah masuk dalam rancangan JJCM TV3, Sebulek ni adalah spot terbaik untuk hidangan nasi berlauk di Cyberjaya.

Restoran Sebulek..menghidangkan pelbagai jenis lauk dari masakan Melayu hinggalah ke masakan Minang. 

Usha setting kedai.................




Nampak macam orang orang besar pun pernah merasai air tangan dan masakan di restoran ni.

Close up sikit. Cer teka. Cer teka !

Dan apa yang menarik tertarik kau memang debomb di Sebulek ni, ianya cuba mengenetengahkan suasana nostalgia makan di pinggan pinggan berbunga mak mak kita punya dulu, dan peralatan yang ada pun memang yang berasal dari zaman time time tok nenek kita kudap ubi kayu.

Nilai tradisinya dapat di nikmati bukan hanya setakat menu dan masakan tapi juga 'feel' dan penggunaan peralatan ala ala klasik.

Bekas basuh tangan. Ashtray kayu dan air botol

Bekas tembikar buh air masak

Pinggan berbunga bunga zaman dolu dolu. Sekarang biasanya jadi hiasan jer.

Tengok pinggan pinggan ni tetiba teringat kat lagu Elly Mazlein. Jap aku carik. Aku tau lagu dia ada pinggan pinggan....



Tak sanggupku berdepan
Tak ingin memandang
Tergambar kepahitan semalam
Terhiris perasaan
Ku pernah dibiarkan
Tiada khabar yang kau kirimkan

Pinggan untuk perhiasan rupanya pecah di tepi
Tidak elok andainya dibuat hidangan
Apa pula kata tetamu yang datang
Itulah umpama kisah silam
Usah diungkit sengaja dibesarkan
Demi menutup kesilapanmu
Demi memohon kemaafanku

Tertutup sudah pintu hatiku
Tak usah engkau memujuk rayu
Biarpun berpisah nyawa dan badan
Sudah bersumpah tidak berdepan

Mendengar namamu bagai memikul beban
Mendidihlah kemarahan yang terpendam
Itu belum lagi kita berdepan
Lebihlah elok jika dibiarkan
Kemarahanku reda sendiri
Usah ditambah bara yang tersimpan

Walaupun berbagai rencana engkau lakukan
Sedikit pun tidak melembutkan hati
Malah makin tebal kebenciaanku
Serta marahku tiada berkesudahan
Biarlah aku menanggung sendiri
Segala dosa kerana membencimu

So memang dah nama nya Sebulek, makanan utama dia adalah nasi campur lah dengan lauk pauk aneka rasa dan resepi asli dari Jolobu....  

Tak payah dah nak ke Jolobak ko Jolobu tuai padi tigo tangkai. Datang dan rasailah makanan kampung di tengah bandar moden Cyberjaya. Lauk pauk kampung dalam belanga tanah, ulam ulaman kampung serta kuih muih melayu.

Dan sebab tu lah, resto ni memang menjadi tumpuan especially time lunch.





Kalau datang lambat macam aku ni memang tengok bekas bekas kosong je lah nampak gayanya.

Di samping lauk pauk, ada jugak makanan lain tersedia di sini.

Tapai pulut

Pengat pisang

Kuih muih

Pau... ada jugak roti bom dan roti roti lain yang siap sedia ditebar sekiranya di order.

Dan based on kunjungan aku hari tu plus geng geng bersuara dan bersepakat yang Laksa Johor kat sini adalah to die for !

Rasanya sedap. Enak dan bersari.

Sekali makan pasti nak lagi !

Memang ngam kena selera bila minum air teh o ais limau

Tak lupa air oren botol macam zaman dulu yang pernah popular di samping air minuman lain yang ada mengikut citarasa tekak pelanggan.

Ada jugak air jagung heaven viral. Yang ni aku tak try lah sebab sebotol tu RM9. Katanya exclusive by Serina anak Chef Wan yang punya air jagung ni.

Dari segi kedai dan environment memang bersih dan selesa. Cuma mungkin parking agak payah kat depan resto, tapi ada banyak ample parking kat Shaftbury Square tu so kena park dan menapak sikit lah. 

Staff dia pun agak friendly dan bersopan santun serta nampak rajin.

Cuma................. kalau aku boleh advise Tuan empunya kedai ni (Datin sebenarnya....), agar harga tu biar jadi harga PATUT bukan harga PATUK !

3 keping biskut pun RM 1. Agak agak lah.

Tapi harga makanan lain tu ikut apa yang kita kaut lah. Biasa lah tu kadang tak kena gaya macam terlebih mahal la sikit.

Apa apa pun mereka sedia menerima tempahan dan katering. 

Overall makanan pun sedap dan ada rasa. Aku ulangi laksa Johor tu memang terbaik dari dapur chef Sebulek! 

Highly recommended.


Lepas kenyang, boleh naik atas menyanyi riang. Jangan lupa pilih lagu pinggan Kak Lina Pom Pom tu

Jadi jangan kata, asal gi Cyber kena makan nasi Arab saja !

Dan satu lagi aku nak pesan, pinggan untuk perhiasan rupanya pecah di tepi, tidak elok andainya dibuat hidangan, apa pula kata tetamu yang datang ?

SEBULEK
P1-12, Ground Floor,
Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia,
Cyberjaya, Sepang,
Selangor
0126488388
Di buka setiap hari  7.30 am - 6.30 pm
FB : restoransebulek/

Selamat mencuba !

12 comments:

  1. serious laaa sebulek tu bahasa nogori?aku tak pernah dengar pun...huhuhu oh aku ingt kedai ni kedai makanan kelantan...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kau tak pernah dgr.. aku ni lagi la....

      memula ingat kedai apa laa sebulek ni... nak masuk pun takut

      Delete
  2. kalau ke sini, selalu gi makan mee tarik kt Restoran Salam...next time, boleh try kedai ni..

    ada gak lagu pinggan mangkuk....hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh cuba...

      selain lagu pinggan mangkuk.. ada jugak lagu tudung periuk.. hahaha

      Delete
  3. waah biskut gula RM 1.00 3 keping? kena balik kampung tanam jagung la gini gaya

    ReplyDelete
  4. Harga nya seperti kata Meng.."PATUK".. tapi kalau nak rasa apa salahnya..selain SEBULEK kedai makanan Malaysia yg ada di cyberjaya yang harga masuk akal ialah kedai ikan bakar/sotong (Bus Stand), kedai Makang (belakang Bank Islam), J Corner, ada satu kedai kelantan sebelah restoran arab (sederet dengan Shell Cyberjaya), Mat Ayam Kampung (Domin), dan street food in ARENA (Bawal, Sotong goring, dan macam macam),

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. banyak choice tu. nanti meeting sana aku usha tempat2 ni.

      Delete