Pages

Monday, June 18, 2018

Riang Ria Raya - Part 01

​Kedatangan Syawal memberikan kegembiraan kepada umat Islam di seluruh dunia. Inilah hari yang Allah SWT perintahkan kepada hamba-Nya untuk diraikan dengan penuh rasa syukur dan gembira.

Setiap individu perlu merebut peluang mencipta kegembiraan untuk diri sendiri dan orang di sekeliling mereka agar tidak bersedih malah meninggalkan perkara yang boleh mengundang duka.

Namun, kegembiraan itu mestilah dizahirkan mengikut acuan syariat Islam. Sebagaimana diceritakan dalam satu hadis diriwayatkan Saidatina Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Abu Bakar, setiap kaum mempunyai hari perayaan (hari untuk bergembira) dan hari ini (Aidulfitri) adalah hari perayaan untuk kita.” (Hadis riwayat Muslim)

Sambutlah Aidilfitri secara berpada-pada, memadai berasa gembira sebagai lambang ‘terima kasih’ kepada Allah SWT kerana diberi kesempatan, peluang mendapat keampunan serta fokus beribadat sepanjang bulan Ramadan.










































Masa untuk kunjung mengunjung, beramah tamah serta bersocial mesra........ tak lupa time to kembali membawang berjemaah bersama sama ....

Selamat hari raya !



Selamat hari lebaran
Minal aidil wal faizin
Mari bersalam-salaman
Saling bermaaf-maafan
Ikhlaskanlah diri mu
Sucikanlah hati mu
Sebulan berpuasa
Jalankan perintah agama

Selamat hari lebaran
Minal aidil wal faizin
Mari mengucapkan syukur
Ke hadirat Illahi
Kita berkumpul semua
Bersama sanak saudara
Tak lupa kawan semua
Jumpa di hari bahagia

Selamat hari lebaran
Minal aidil wal faizin

Selamat hari lebaran
Minal aidil wal faizin

4 comments:

  1. Replies
    1. dok eh. balik kg malam dok dang nak igat gambo.
      ni assignment utk org yg baru nak belajo ambik gambo

      Delete
  2. Raya kolumpo ke?

    Selamat hari raya abam Meng

    ReplyDelete
    Replies
    1. raya here and there.... warga dunia lah katakan...

      selamat hari raya kay !

      Delete