Pages

Friday, June 22, 2018

Ramadan 2018 : Madam Kwan, EMPIRE SHOPPING GALLERY

Dalam pada tak mau bukak puasa di luar, banyak pulak rayuan gombal dan berderet deret jadinya beriftar diluar kawasan rumah !

( aku macam betting dengan member member sapa paling sikit berbuka di luar )...

Kali ni giliran berbuka di Madam Kwan !

Dah lama tak gi jumpa Madam.... 

Outlet di Empire Shopping Gallery Subang Jaya

Madam Kwan kata.... "Lu Meng banyak sombonggggg"

Ya lah. Aku bukan Ipoh mali.. aku Italy... Orang Hitaly memang selalu feeling feeling bangsawan sikit. 

Berada di Empire Shopping Gallery di Subang Jaya atas urusan mencari kelengkapan raya dan tersadai juga di sini hingga waktu berbuka puasa.

Datang nak makan tapi penuh !

Biasa lah Madam Kwan ni laku keras time time romadOn.. kalau tak reserve kejong la dikau menanti penuh harapan. 

Nasib baik gak waiting time tak lama. Tapi terlepas gak la waktu berbuka. Kena berbuka makan lite lite beli makanan lain pastu gi solat maghrib dulu then baru datang semula untuk mengisi perut yang berkeroncong si endong endong !

Masih kena menunggu jugak sebab orang lain makan sambil membawang agaknya. Lama tu nak tunggu meja kosong.




Sempena bulan ramadan, selain mengekalkan menu biasa, Madam Kwan turut sediakan beberapa menu istimewa yang menarik.

Antara makanan yang menjadi buruan di Madam Kwan ni.

Ada juga Assam fish? Hmmmm Nehi nehi !

Dan sempena ramadan, ada set Tiffin atau set mangkuk sior yang makanan makanan di hidangkan dalam bekas ni dengan aneka lauk yang telah di pre set untuk hidangan berbuka puasa.

Tiffin A

Tiffin B

Pilihan di tangan anda.................... Tak banyak beza pun set A dengan set B...  Harga setiap set adalah RM 75 tak termasuk nasi dan minuman.

Kalau tak nak, boleh usha menu dan order makanan yang ada mengikut citarasa.

Menu

Makanan

Minuman

Dan kami sebulat suara memilih Tiffin A sebagai hidangan pilihan....

Assam Pedas Fish... Fried Chicken, Beef rendang ( tapi di ganti dengan ikan bilis dengan sekilo bawang ), Sambal Tempe dan kentang.

Tiffin B ada Assam Udang, Sup Ikan, Fried Chicken serta Sambal Tempe dan kentang.

Kedua dua pilihan di sertakan dengan Acar Septriasa sebagai juadah tambahan secara percuma.

Sementara nak tunggu makanan sampai tu, aku keluar jap nak gi hisap rokok. Masa nak keluar tu tetiba aku perasan ramai orang berkerumun. Mostly gadis gadis yang tetiba macam ovari berkicap dan sibuk sibuk berselfie/wefie dengan seseorang ni. 

Sebagai artis yang biasanya menjadi pujaan nescafe, aku agak rasa tertekan bila mana tetiba ada orang lain yang mencuri limelight dan mendapat lebih perhatian !

"Who is he????"

Membuak buak perasaan tak puas hati.

Lalu aku pegi hisap rokok sambil menahan gelojak amarah yang tetiba menguasai diri

Tetiba hati rasa hitam legam si tampok manggis. Hisap rokok pun rasa macam hisap kayu api ! Tak puas hati aku masuk semula ke dalam resto.

Dan mamat tadi tu semakin di kerumuni. Boleh di katakan dia berhenti di setiap meja dan semua orang nak ambik gambar dengan dia.

"What is happening here? What is wrong with you people !!"

* Memulakan tarian ravers Ayah Uchux Ravers bagi menarik perhatian umum.

Gagal !

Aku akhirnya kembali ke meja dengan rasa penuh dukacita. 

Mamat yang menjadi tumpuan mata semua orang tu tetiba duduk kat meja sebelah aku. 

Korang kenal dia?

Sipi sipi * saja dengki malas nak tunjuk penuh

Hah ! OK lah....

Siapa ni? Kenapa aku tak kenal ! 

"Bunuch sajja diri kuuuu !"

* owh aku rela mati daripada menerima kenyataan sadis sebegini !

Korang kenal ek? 

Kenapa aku tak kenal ?? Hebat sangat ke beliau di mata masyarakat? Popular ke dia mengalahkan Divavi AA? Why bother why bother, why bother ?

Hahaha. OK lah. Aku terpaksa terima kenyataan walaupun pahit. Dia lebih muda. Bergetah. Kacak dan berkarismatik daripada aku !

* terajang kaki meja 3 kali tanda protes

Apparently dia dengan kuncu kuncu kawan kawan seusia beliau sedang meraikan sesuatu di meja sebelah

Nampak macam bagi bagi hadiah berupa pokok Bongsai.... 

Kalau aku, bongsai bongsai ni tak main la.... aku cuma terima hadiah berupa emas permata je dari peminat

* mati lah tak nak kalah....

Okey ah. Abis mengarut. Biar dia kat situ dan jangan kacau dia. Now makanan dah sampai. Jom melantak apa yang ada.

Minuman tiba dulu. Dari dulu aku kurang suka minuman kat Madam Kwan ni.. Macam nak tak nak je bagi gula.

Nasi putih untuk kami bertiga. Hero tak de time ni

Mangkuk bertingkat tiba di meja

Tiffin A

Assam fish

Friend chicken

Sambal ikan bilis dengan bawang sekilo banyaknya...

Tempe dan kentang sambal

Acar 

Dan berterus terusan la kami makan hidangan yang ada. Berselang seli bunyi sudu dan garfu serta sedu sedan menahan pilu dalam hati dengan rasa dukacita mengiringi setiap suapan ke tekak sendiri !

Makan pun tak abis. Selera hilang. Tapaw bawak balik tapi tiffin tu tak dapek lah. Kalau nak jugak kena bayar extra. RM 60 satu set kot.

Overall makanan Madan Kwan memang tak pernah mengecewakan. Cuma aku je yang dilanda kecewa... 

Why? Why? Kenapa dia? Kenapa bukan aku ?????

* curah kuah acar kata mata bagi effek airmata bercucuran....

"Err ada sesapa nak berselfie dengan saya? Artis Antarabangsa ni?"






Dan penyudahnya seluruh restoran Madam Kwan menjadi sepi ! 

Sampai hati korang semua lari ! Tak cukup artis kah aku ni?

6 comments:

  1. nmpk sedap..ayam goreng pun nmpk delicious..

    hadiah emas permata tu mcm Kak Ros..hehe..SS celebrate sama kengkawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayam goreng madam kwan memang marvelous !

      nak lawan dia la ni... cash and jewelry only. beg tangan tak nak sebab tak tau nak pakai gi mana

      Delete
  2. jauh beza harga rendang daging dgn sambal ikan bilis tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann.... xde nak explain mintak maap lak tu. nasib la aku ni customer yang baik hati...

      * lap bibir mulut dgn kain sutera china

      Delete