Pages

Tuesday, June 5, 2018

KEMBARA BALKAN - ALBANIA | 01 LAKE KOMAN : Tak Sekoman Namanya

Sambungan dari kisah di Prizren, Kosovo.

Kali ini menjejaki bumi Albania, sebuah negara Islam yang terletak di rantau Balkan.

Route perjalanan yang telah dan bakal aku tempuh

Dari Prizren memang aku akan merentasi Albani. Plan asal nak ke Tirana terpaksa aku padam awal awal sebab perjalanan dah bertukar laluan.

Aku merancang  nak bermalam di Podgorica, Montenegro. Maksudnya dari Prizren, aku kena rentas negara Albania dah kena sampai di Podgorica sebelum malam melalui bandar Shkoder.

Dan............... aku tak nak ikut laluan bas yang biasa. Aku nak naik ferry !

Aku baca ni kat wiki....................

The Lake Koman ferry is a breathtaking trip across Lake Koman from Koman to Fierze, where you can move on to Bajram Curri or further to Kosovo. Take a furgon in the morning (about 0600-0700) from the second roundabout down Marin Barleti about 500m away from the city centre.

Tapi aku jumpa tu kat wiki Shkoder, sebab biasanya orang buat Shkoder - Lake Koman - Prizen. So maksudnya aku kena buat the other way round. 

Takpe. Semalam kat hotel aku dah godek godek cari info walaupuntak banyak yang aku dapat tapi aku rasa doable. Apa yang penting adalah timing ! Jangan sampai terlepas ferry yang akan merentasi Lake Koman tu nanti.

Pukul 6 pagi aku dah tercongok kat station bas Prizren. 

Tempat yang menjadi saksi peristiwa aku tergolek hina di tanah orang ni. Aku harap manusia yang ada kat sini pagi ni bukan lah yang sempat tengok show aku terjatuh semalam tu.

Sedang elok sampai kat terminal bus tu, bus ke Shkoder sedang menunggu untuk bergerak dari Prizren ni. Kelip kelip aku tengok bas menunggu penumpang. 

Kalau tak nak susah susah, aku boleh je beli tiket time tu dan naik bas tu. Confirm aku leh sampai Shkoder sebelum malam. Maybe sempat ke Podgorica. Tapi.......................

Aku tetap nak cuba naik ferry ! 

Based on pembacaan aku, aku kena ikut laluan macam ni.

Dari Prizren naik bas ke Gjakove. Pastu naik teksi atau bas ke Bajram Curri lalu ke Fierza dan ambik ferry di situ merentasi Lake Koman !

Boleh gak refer sini : Lake_Koman_Ferry

Nampak senang tapi aku sendiri tak dapat nak imagine sebab macam kena naik banyak kenderaan !

Tawakal !

First, nak tanya orang, kat mana bas ke Gjakove !

Aku pun bengong gak. Selalu confused, kejap gi tanya...

"Where is the bas to Gjokave? " 

Pastu semua orang blank. Aku lah.. asyik ingat Jokowi jer.... 

Gjakove ! Gjakove ! Bukan Gjokave ! Jauh beza tu..............................

Cleaner cleaner yang keje kat station bus tu banyak membantu. Dan dia orang sedaya upaya cuba buat aku rasa tak risau sangat. Tapi aku memang cuak. Lagi lagi bila tengok bas dari Prizren ke Skhoder berlalu pegi...... 

Pastu datang rasa menyesal !

"Argh kenapa la aku nak susahkan diri ni. Naik je la bas tadi tu, asal sampai Skhoder cukup lah !"

Marah pada diri sendiri.

Dalam pada menunggu tu aku jadi risau sebab bas ke Gjakove tu tak muncul muncul. Kejap dia orang kata bas tu akan tunggu kat tiang no sekian sekian, masalahnya kat sejam lebih aku tunggu. Haram ! Tak der bas ke Gjakove tu.

Sampai dekat pukul 8 lebih, tetiba ada lah orang yang tau aku nak ke sana jerit jerit dan tunjuk bas yang tunggu kat luar terminal tu ! Cait................. 

Bergegas aku berlari.

Ini bas ke Gjakove dari Prizren.

Penumpang ramai orang tua tua je dalam tu. Lega sikit rasa, at least leg pertama aku berjaya bergerak dari Prizren ni dah.

Tambang bas dari Prizren ke Gjakove adalah 2.50 Euro.

Station minyak

Sepanjang perjalanan aku cuma layan persekitaran je. Dalam hati tak henti henti berdoa, agar semuanya di permudahkan. Aku tak risau kalau tak berjaya sampai Skhoder pun tapi jangan aku tersadai di tempat yang tak berkemudahan. 

Parah !

View

Ketenangan aku agak terganggu depan mamat sorang ni yang berborak dalam bas macam borak kat pasar. Ntah apa ceritanya aku tak faham, tapi annoying sungguh lah.

Hoi diam la syaitOn !

Bas berhenti di sebuah pekan yang aku sendiri tak perasan. Maybe banyak sangat berfikir kot.

Tetiba drebar bas tu macam tau tau je. Dia arahkan aku turun.

"This is Gjokave? Gjakove? Ah ! Whatever !"

Dia angguk. Bas berhenti seketika dan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Aku turun dan ambik beg.

Gjakove !

Gjakova/Gjakovë (Albanian) is a city in western Kosovo with about 150,000 inhabitants.

Gjakova was badly hit by the Kosovo War of 1998–99, fought between Kosovo Liberation Army guerillas demanding the independence of then-autonomous province of Kosovo and Serbia, or Federal Republic of Yugoslavia as it was known then. Around 75% of town's population was driven out by Serbian Army during the war, and much of city's buildings were burnt or otherwise destroyed—by both sides of belligerents, as it seems. After the war, much of town's ethnic Albanian inhabitants returned (who now make up to 95% of the population), but it was the local Serbs to be exiled this time. Many of the stores at the downtown area, locally known as Qarshia e Madhe, were rebuilt.

Kira pekan kecik je lah ni.

Terminal bas utama di Gjakove.

Turun dari bas tu aku melilau mencari pedoman ! Oh sungguh aku rasa terasing. Ada few orang turun dari bas tadi tapi tak de pun yang sama hala tuju dengan aku. Sampai dah tak de orang kat situ.

Sudah.

Aku nampak sorang pakcik ni, tengah masak kat gerai dia sebelah bus station ni.

"Hi, I want to go to Bajram Curri. You know?"

Pakcik tu macam tak faham tapi dia tau tempat yang aku sebut tu. Dia lari ke tempat teksi tak jauh dari situ dan bertanyakan seseorang. Ada sorang mamat datang.

"You want to go to Bajram Curri?"
"Yes"
"40 Euro"
"What?"
"Yeah.. but taxi"
"I dont want taxi.... there should be a bus or something else. I dont know"
"No.. No bus"

Dia insist suruh aku naik teksi dia. 

Pakcik tadi dah kembali sambung aktiviti masak memasak dia yang tergendala tadi tu.

Mamat taxi tu blah. Aku jadi kaget semula. Berpusing pusing kat area terminal bus tu nak cari bantuan, tapi aku sendiri pun tak tau bantuan apa yang aku perlukan di sini. Aku cuma nak sampai ke Bajram Curri. Tu jer !

Anyway, ini yang aku baca...............

Minibuses/furgons leave Gjakova and Prizren in Kosovo for Bajram Curri in the morning (€2,50 from Gjakova). Like the rest of Albania their schedules depend on demand.

Minibuses from Shkodra use the scenic ferry across Lake Koman (400 lek). They leave Shkodra at about 0600 - 0700 and Tirana at about 0500. Two ferries depart Koman for Fierze (near Bajram Curri) in summer (June to September) at about 0900 and 1000, with only one ferry in winter. The ferry costs 400 lek per passenger.

From Tirana, minibuses using the ferry leave at about 0500. Other minibuses go by the new highway which goes through Gjakova.

From the drop-off point for the ferry from Koman, take a minibus or join a private car to Bajram Curri for about 200 lek, if you are not using the minibus that goes on the car ferry.

So memang sepatutnya ada bus ke Bajram Curri tu. 

Aku rasa mamat taxi tu kesian tengok aku kot, dia datang balik dah bagitau.

"There is Furgon at the corner of the road, near the post office. U can get the bus to Bajram Curri"

Ah ! Rasa nak tepuk pengakap pasti buat somersault berputar sambil baling kain rambu ramba bagi meraikan kegirangan hati.

Terima kasih abang taxi !

So dari situ aku menapak ke tempat yang di maksudkan. Kena cari post office. Dua tiga kali gak aku terpaksa tanya orang. Sampai lah dekat satu cafe ni, mamat cafe tu tegur. 

"Furgon to Bajram Curri?"
"Yes.. wait here !"

Ah ! Lega...........................................

Mamat tu siap jemput duduk kat cafe dia.

Dan aku order coffee. Guna wifi dan dia siap bagi air kosong kat aku. Baik sungguh lah....

So mana furgon nya?

Tu hah ! Yang kaler putih macam van jenazah tu.

Drebar dia ada kat situ, tapi dia orang tunggu passengers lain jugak. Time tu cuma aku sorang je ada.

"11.00"

Dia macam tau je tengok aku gelisah kenapa tak bergerak gerak lagi ni. Aku takut terlepas ferry sebab ferry cuma ada pukul 1 tengahari je dari Frenze tu.

Akhirnya furgon tu bergerak. Ya ampun... macam nak roboh aku rasa bus ni.

Bersama dengan aku ada sorang mamat ni. Pakcik drebar dan mamat kelendan pembantu dia.

Furgon ni sebenarnya kenderaan multi tasking. Boleh bawak penumpang dan at the same time boleh angkut barang sekali. Boleh pulak dia orang berhenti kat mana ntah pastu loading guni banyak banyak dalam bus tu.  

Lagi la aku rasa macam terkepak dua je bas ni karang.....

Lama gak tunggu dia loading bebarang tu masuk ke dalam. Mamat sorang lagi tu cuba ajak ajak aku berborak. Dia tanya aku dari mana dan nak ke mana.

"Travel sorang sorang ke?" 

Macam tu la dia tanya dengan bahasa isyarat. Aku angguk saja. Pura pura friendly.

Furgon cabuk tu akhirnya bergerak meninggalkan Gjakova merentasi kawasan pergunungan di sempadan Kosovo dan Albania. 

Di perjalanan

Aku tak berapa boleh nak ambik gambar dari furgon tu sebab tingkap dia berdebu. Tak nampak apa kat luar. 

Tapi perjalanan melalui kawasan berbukit bukau sehinggalah sampai ke sempadan. Sebab cuma aku sorang je foreigner kot, so cepat je. Bagi passport tapi imigration tu tak chop pun. Tak de tanya apa apa pun. Maybe pintu sempadan kecik je ni. Tapi janji aku lepas dah ke Albania.

Furgon tu berhenti sekejap sebab mamat yang penumpang tadi pun dah sampai rumah dia. Now tinggal aku, pakcik drebar dan mamat klendan pembantu dia tu je. Kami bertiga.

Tetiba aku rasa macam cuak. Dah la mamat klendan tu muka macam mamat tarik kereta je !

Aku duk diam diam je sampai lah akhirnya kami tiba di Bajram Curri... 

Sebutan dia Kuri bukan Kari tau !

Sampai kat Bajram Curri tu boleh pulak dia orang berdua berhenti dan unload barang barang tadi tu dari perut furgon tu. Nak tak nak terpaksa la aku tunggu. Lama la pulak.

Sepatutnya dari Bajram Curri ni aku boleh naik prebet sapu ke Frenze untuk naik ferry. Tapi sebab tempat dia unload barang ni pun aku tak tau kat belah mana. Tak nampak orang lain pun. 

Hmmmph. Tawakal.

"He will send you to Frenze"

Pakcik drebar tu bagitau aku. Oh. Aku rasa macam terharu ler pulak. Baik hati dia orang ni nak bantu aku sampai nak hantar terus ke tempat ferry.

Mamat Klendan tu dah la tak berapa reti English. Lepas unload barang tu, mamat tu bawak furgon dan tinggal pakcik drebar kat situ...

Dari Bajram Curri ke Frenze

Sekali lagi kami menempuhi laluan berbukit bukau. Tak de lah jauh mana, aku rasa tak sampai 10 KM perjalanan, tetiba mamat driver tu berhenti sebab ada orang tahan furgon yang aku naik tu.

"Lake Koman ferry?"

Aku macam blank kejap. Pastu mamat tu bagitau, dia jual tiket ferry Lake Koman tu. 

Gila ko, tahan orang tengah tengah jalan pastu jual tiket. Sah sah aku tak nak. Tapi dia insist memang kena beli tiket dengan dia tu je.

"No ! Send me to the jetty. There should be a proper place they sell the ticket"

Aku cakap kat mamat klendan tu. Dia terus je drive dan tinggal mamat penjual tiket tadi tu. Tak sampai 2 km lebih kurang, mamat klendan tu berhenti.

"Here"
"Here?"

Dia angguk.

Ini ke jetty tempat ferry tu?

Langsung tak de rupa jetty. Ini ke Frenze yang di maksudkan tu? Padang jarak padang terkukur !

"Are you sure?"

Dia angguk sekali lagi. Masalahnya langsung tak de bangunan kat situ. Apatah lagi manusia !!

Dan dan tu mamat tu keluarkan kertas dan tulis.  Dia explain dengan tangan je, pastu bagitau aku yang aku kena bayar kat dia 12.50 Euro !!! 2.50 Euro dari Gjakova ke Bajram Curri.. pastu 10 Euro dari Bajram Curri ke Frenze ni.

Pundek !!

"No............. !"

Aku give up nak explain kat dia sebab dia tak faham. Aku tak tau sapa punya idea tapi aku rasa macam ketahian telah melekat disegenap otak pemikiran aku dan jadi tepu. Kalau naik prebet sapu shouldnt be more than 2 Euro pun. Dan dan dia ketuk aku 10 Euro. Jahanam.

Aku bayar tapi memang aku betul betul tak puas hati dan rasa tertipu.

Lagi tertipu bila tengok keadaan sekeliling yang lagi tak membantu...........................

Ada tasik tapi tak de satu manusia pun aku nampak

Ada jalan raya tapi tak de satu kenderaan pun melintas.

Ada satu kapal tersadai, pun sama tak de sorang pun pekerja

Semuanya senyap dan sunyi. Kocak air pun tak de berbunyi !

"Ya Allah.. kenapa macam ni? apa benda semua ni?"

Aku tak leh nak digest. Dekat 15 minit aku rasa memang aku sorang sorang kat situ. Dan dan tu tetiba hujan turun. Memula rintik rintik pastu jadi lebat. Memang tak de tempat nak berlindung.

Ada pondok agak jauh dari situ. Terpaksa aku lari nak menumpang. Pun dalam tu tak de orang. Tapi ada tilam dan bantal.

Tetiba rasa nak meraung.................... * tolak Tomok masuk dalam tasik

Hujan dari rintik rintik kembali lebat dan reda semula. Tetiba sayup sayup aku dengar bunyi deruman engine ferry. 

Dari jauh aku nampak macam ada harapan untuk aku terus hidup !

Ada ferry datang

Tapi dia tak berhenti pun dekat jetty tempat aku berdiri.

Lagi sakit hati, siap ada passenger yang gatal gatal nak lambai lambai tangan kat aku.

"Hoi gila ! Kau tau tak aku tengah kemurungan tahap gusi berdarah ni? Berani kau melambai lambai lagi?"

Langsung tak de yang pedulik.

Tengah aku memujuk perasaan sendiri, tetiba ada kenderaan sampai. Rupanya mamat yang tahan aku tengah jalan tadi yang jual tiket tu.

Dia datang sekali lagi, nak jual tiket kat aku.

Mamat tu datang. Sebab aku nampak sticker kat van dia tu aku jadi percaya sikitl

Aku beli tiket ferry dengan dia. Harga 5 Euro. Dia kata ferry akan sampai pukul 1 tengahari nanti.

Pastu dia blah !

Sungguh aku rasa teranjing anjing macam ni. Tersadai di tempat yang aku tak pasti. Dan aku tak de idea langsung macam ni jadinya.

Menghitung detik dan waktu...... lepas tu ada sebuah kereta sampai dan ada beberapa orang lelaki dalam tu. Aku rasa lega sikit, kalau apa apa dia orang ni la harapan aku nak mintak bantuan. Kalau nak maggie cup, aku boleh bagi dia orang rasa sebagai balasan !!

Tak lama ada sebuah ferry lalu, tapi terus je, sama jugak. Tak berhenti kat tempat aku.

Lebih kurang hampir jam 1.30 tengahari, baru lah nampak satu ferry lagi tiba.....

Ah. Lega..............

Mamat jual tiket tadi sahkan, tu yang ferry aku kena naik. So aku cepat cepat naik. Tak sanggup dah tersadai kat situ lama lama.

Kederaan yang di bawa tadi semua turun dari ferry dan berganti dengan kenderaan yang menunggu untuk masuk ke ruangan ferry

Begitu juga penumpang yang ada.

Tak ramai pun penumpang dalam ferry aku ni. Ada satu family mat salleh yang aku rasa dia orang tak turun. Dia orang patah balik semula ( maybe leisure cruising je kot ) tapi macam bosan gila lama lama duk atas ferry.

Pastu 4 orang pemuda yang konon aku nak rayu simpati tadi tu. Dia orang drive BMW. BMW tu dah sama sama naik ferry ni.

Aku !

Dan beberapa lagi yang rasanya tak sampai 10 orang kalau di bilang dengan jari. Elok gak ferry kosong tak ramai orang boleh aku pose pose Titanic !

Oh atas ferry ada jual jualan.

Yang penting aku dah semakin lega. Apa yang aku takuti harapnya berakhir sudah tadi. 

Kini masa untuk layarkan kembali perjalanan menuju ke destinasi seterusnya sambil menikmati indahnya alam luas terbentang bagaikan samudera raya.










Tenang. Indah dan mendamaikan.............................

Tapikan aku perasan something, ferry aku ni lembab gila !

Dah la kosong tak ramai penumpang. Boleh pulak ferry lain dengan bergayanya potong kami !

Pastu dia orang siap bersorak sorai lagi

Laju lak tu walhal punya la ramai dalam ferry tu

Stress nya aku.

Geram betul aku. Rasa nak ajak gaduh je. 

"Oi kalau berani meh lah.. Gusti lengan !!!"

Pehal tak ferry aku ni terkedek kedek. Nak je aku gi jumpa driver ferry ni.

"Hoi brader ! Ferry kau ni pakai minyak gamat ke apa? Apsal selowwwww sangat neh? Lembab lah ! Jalan kaki lagi laju tau tak?????"

Emosi aku memang tak menentu..................... Aku stress !

bersambung...................................

8 comments:

  1. handsome lahai muka memasing....kalau perempuan pun dah tentu cantik cantik...cuci mata ko kat sana ek Meng :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak berapa sempat nak cuci mata sangat. lagipun awek2 ni nampak jrg keluar berpeleseran...

      Delete
  2. citer ko tak sah kalo takder drama...

    pengalaman ni...

    ReplyDelete
  3. hahah, rsnya ini entry paling bnyk sumpah seranah

    ReplyDelete