Pages

Thursday, June 28, 2018

2018 : LEXIS HIBISCUS, Port Dickson - 02

Semalam sudah ku bilang kan....

1...2....3.....

* sumbat calculator dalam anak tekak jerung.....

Semalam aku bagitau, aku agak excited kali ni nak menginap di Lexis Hibiscus ni sebab dulu masa aku datang aku duduk kat bahagian daun atas air tu. Kali ni aku memang purposely request duduk kat tower yang tinggi tu sebab aku dengan niat nak skodeng orang orang di villa bawah.

* gelak evil sambil effect sirap rose di tepi bibir......


Tu menara yang ada skypool villa dan villa atas air yang belah bawah

Nak tau apa perbezaannya????

Situated onshore, this Sky Pool Villa offers a more spacious area, yet sharing the same modern contemporary style of the other designs. 

The room's brighter tone and sleek furnishing truly enriches and dignifies its aesthetic quality and effect. Apart from a wide view of the beautiful waterfront, its functional layout, impeccable finishing and space optimization creates a succinct visual appeal that is contemporary yet timeless.

Jom kita serang..........................................

Tower ni 13 tingkat semuanya.... 

Dah dapat pass key untuk ke penginapan...

Maka bersiap sedia untuk menyerang bilik yang bakal di inapi selama 2 malam di sini.

Naik lif ke tingkat 10.

View kat bawah belah belakang tower

Masuk dan terus tergoda melihat bantal bantal yang beraksi berahi di atas katil menunggu di datangi..... 

2 king size bed

Dari posisi lain pulak...

Tilam dan katil empuk dan nampak sungguh memberahikan untuk aktiviti linangan air liur basi...

Kawasan utama bilik

Meja dan benda benda berkaitan

TV

Channels pun leh tahan banyak cuma tak bermasa nak layan TV sangat

Walking closet

Tempat bersolek solekan

Amenities

Bathrobe

Toilet no 1.... 

Pelik betul ada 2 shower dalam bilik yang sama. Dia expect orang mandi secara berjemaah ke apa?

Towels

Toilet no 2. Yang ni tak de shower.... aci berak sahaja..

Antara ciri ciri lain Skypool Villa ni...

SKY POOL VILLA
96 sqm
located in the tower block
every unit has panoramic sea view
2 king beds
private dip pool and sauna in the balcony area
spacious bathroom dan ada sofa dan ruang untuk solat.

Hotel info and reference

Kerepek dan jajan percuma

Coffee and tea

Mini bar FOC

Dan sudah tentu yang menjadi tarikan di setiap villa di Lexis Hibiscus ni adalah pool dia !!

Ruang yang luas di bahagian verandah

Ada sauna

Tempat santai dan istirehat

Dah sudah tentu lah pool dia.

Pool dia memang kecik la kalau nak compare dengan Grand Lexis.

Tapi kedalaman dan keluasannya sama je dengan villa villa lain dekat Lexis Hibiscus ni sendiri

Memang kalau feeling feeling Jeffrey Ong nak berkuak tak lepas lah. Sekali kuak je dah sampai. Jauh sekali nak beraksi Pandelela sebab kalau silap terjun kang terkehel leher. Kolam dia ni memang setakat untuk feel feel je tak boleh nak berenang renang ke tepian... berakit rakit dahulu bersenang senang kemudian !

Tapi bilik dia memang luas dan aku suka open balcony tu sebab memang senang nak merokok.

Dan paling menarik dari Skypool Villa ni adalah view nya.............. stunning !!!

Baik pagi

Petang

Siang

Dan malam....

Pendek kata, lepak kat balcony sambil layan view memang menarik...... 

Layan sikit lagi........................







Di samping tu, antara facilities lain yang ada di Lexis Hibiscus ni adalah.....

SPA

Kids World

Untuk kanak kanak

Ada karaoke... tapi kami tak try pun sebab penat..

Gym & Pool

Beza kalau datang bercuti sendiri atau datang atas urusan keje. Kalau keje tak sempat nak feel...dan bersantai mesra. Facilities pun tak abis guna. Pool pun aku tak sentuh airnya...

Nak usha jalan jalan kat villa atas air tu pun tak bermasa

Usha usha dari jauh jer

Apa apa pun, Lexis Hibiscus ni ada tarikan tersendiri walaupun aku rasa service dia biasa biasa jer.  Personally aku prefer Grand Lexis lagi dari Hibiscus nih. Lagipun sini ramai geng geng dari mainland pun satu hal juga. Berbondong bondong tiba dengan bas.

Boleh cuba kalau terasa nak cuba. Aku nak try Lexis Penang lak, belum stay lagi kat sana. Tapi dengar cerita pool dia saiz macam sini gak, untuk badak badak nak berendam buleh lah. Tapi karang air berkocakkan, abis orang bawah kebasahan dek air limpahan..

Hahahaha....




LEXIS HIBISCUS
12th Mile, Jalan Pantai,
Pasir Panjang 71250,
Port Dickson, Negeri Sembilan,
Malaysia.
Tel : +606 - 660 2626
Fax : +606 - 660 2628

Email : reservations@lexishibiscuspd.com
Website : Lexishibiscuspd
Fb : Lexis Hibiscus Port Dickson

Sekian !

4 comments:

  1. Waaahhhh kami ingatkan kat lexis hibiscus takde private pool tanya kengkawan yg pernah pergi diorg ckp private pool kat grand lexis je

    eh ke saya salah paham hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. silap dengar kot.

      kat PD ada 3 jenis hotel lexis ni.

      1. grand lexis - ada private pool ( saiz bsar gak )
      2. hotel lexis - tak de private pool
      3. lexis hibiscus - ada private pool ( kecik )

      harap reti

      Delete
  2. masih x nmpk pokok bunga raya... hmmm

    ReplyDelete