Pages

Tuesday, May 22, 2018

KEMBARA BALKAN - KOSOVO | 02 PRIZREN : Prizren ..... Kau Buat Aku Terjelepuk Hina

Masa sangat mencemburui !!

Kalau ikutkan hati memang aku nak explore lagi Pristina ni walaupun tak menarik mana, tapi ada few tempat yang aku rasa patut pegi aku skipped je sebab dah tak berdaya !

Cuaca memang memainkan peranan time summer macam ni. Panas berdeting. Nak menapak pun perit muka, lagi lagi kalau terpaksa berjalan di tempat terbuka.

Give up. Aku patah balik ke Bus Terminal dan beli tiket untuk ke Prizren, destinasi aku seterusnya.

Prizren, Kosovo

Sampai bus station, ambik luggage yang aku tinggalkan pastu cari tiket. Nasib baik bas ke Prizren dari Pristina memang banyak, jadi tak perlu nak risau. Setiap 30 minit gerak sekali.

Bas bas menuju ke kawasan lain di sekitar Kosovo dari terminal Pristina

Ni bas yang aku naik. Bas 2 tingkat.

Tiket bus

Harga tiket 4 Euro. Dan masa perjalanan sekitar 2 jam. Tengok traffic.

Tepat jam 4, bas membawa aku meninggalkan Pristina.

Laluan jalanraya di Pristina

Arah tuju

Ada nampak replica Statue of Liberty di salah satu bangunan di Pristina. Tak tau apa significannya.

Meninggalkan kota Pristina

Bangunan bangunan di sekitar lebuhraya

Keadaan lebuhraya menuju Prizren

Terhibur gak tengok billboard dia orang yang kreatip

Saujana mata memandang

Luas muka bumi tuhan

Station minyak

Masuk laluan bandar kecil. Bas berhenti menurunkan penumpang

Bergerak melalui kawasan bukit bukau

Dan pergunungan

Laluan lancar tapi jalanraya agak sempit

Hampir tiba

Menuju Prizren

Station minyak lagi

Prizren di hadapan

Jambatan

Bangunan

Labi labi?

Sepanjang perjalnaan aku cuba cuba membuta tapi tak berapa nak lena. Layan perasaan dan tengok pemandangan je lah.

Hari pun makin petang. Harapnya aku sempat sampai di Prizren petang ni dan boleh plan merayap rayap di sekitar kawasan tempat yang menjadi destinasi pelancongan utama di Kosovo ni.

Memasuki kawasan pekan Prizren.

Bandar kecik tapi busy jugak dengan hiruk pikuk manusia

If you’re looking for culture in Kosovo, it’s best to head south to Prizren. Seated at the foot of the Shar mountains and close to the Rahovec (Orahovac) wine region, Kosovo’s second city packs a heavy punch with its rich history, traditional handicraft shops and gastronomic delights. Mix that with incredible nearby nature and a renowned summer film festival, and you have a ‘must-see’ destination to add to your Balkan travel itinerary.

Prizren , in Kosovo, is a charming city of mosques and monasteries dating back to the 14th century. Happily spared (mostly) from both the "destroy the old, build the new" drive of the communists during the early years of their rule in Yugoslavia, as well as the ethnic and religious atrocities that plagued the Western Balkans in the last decade of the 20th century, Prizren has the best-preserved old town in the country by far, and is often referred to as the cultural capital of Kosovo.

Sedar sedar dah sampai kat station bus Prizren

Aku memang tak de arah tujuan. Hotel pun belum booking lagi. Main redah je. Nasib baik kat wikitravel yang aku print out ada suggested few hotel so aku cari yang berdekatan dengan statuon bus tu je sebab mudah aku nak bergerak esok hari ke destinasi berikutnya.

Esok aku nak gi mana? Aku pun tak pasti.

Tapi masa turun dari bas tu, melilau kawasan station bus Prizren aku mencari cari informasi. Hajat hati nak ke Tirana di Albania tapi aku fikir macam tak dan pulak. Destinasi lain yang aku boleh fikir adalah nak bermalam di Podgorica, Montenegro kalau sempat.  Aku ada baca pasal alternative laluan untuk meredah Albania ni melalui Lake Toman. Tapi tak banyak info yang aku ada dan tak sure cemana nak ikut laluan tu esok hari.

Aku tanya tanya kaunter tiket kat central bus station tu, masing masing suggest aku naik bas je ke Shkoder. 

Tak faham bahasa dia orang ni, aku tak nak naik bas. Aku naik naik ferry ! Tapi kaunter tiket dah tutup so pukul berapa bas esok pun aku tak pasti.

Dalam pada berjalan ke hulu ke hilir tu, dengan beg nya. Pastu baca wikitravel print out sambil tengok map kat phone, tetiba.........................

Klepek !!! Debush...................... 

"Hei sayangku, Hari ini aku syantik..............."

* guling guling sambil buat persembahan dikir barat nak cover malu.

Aku tersilap langkah, terus tergolek dog kat situ depan orang ramai yang masing masing sedang menunggu bas petang tu. Rupanya jalan tu bertangga. Tak even tu yang jatuh macam nangka busuk je lagaknya.

Malu ! Memang sekali ni je lah aku datang tempat ni.

Dah lah tak de orang nak tolong. Cepat cepat bangun sendiri dan cover malu....................... !

"Tidak !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Bunuch sajha diri ku............. !"

Terus lari selamatkan air muka sendiri.

Dari central station bus di Prizren tu, aku tuju ke hotel yang berdekatan. Namanya Hotel Alvida.

Hello ! Saya datang nak menumpang teduh !. Boleh ke?

Boleh ! Rezeki aku je main walk in macam tu dan ada bilik kosong. Single room harga 20 Euro. Bilik tu macam besar gila. Dan sebab dekat dengan bus station tu, aku setuju untuk menginap di situ.

Dapat bilik dan tinggalkan beg. Sebab tak nak buang waktu, aku terus merayap untuk penuhkan aktiviti di muka bumi Prizren ni.

Aku lapar !

Aku tanya mamat hotel tu, kat mana aku boleh jumpa nasi. Dia suruh aku gi tanya restoran yang ada kat sekitar pekan tu. Punya lah banyak kedai nak di tanya.

Perlu ke aku ikat banner kat badan?

Seawal perjalanan nampak masjid kayu ni.

Xhamia Suzi Çelebi Mosque. Ingat nak tumpang solat tapi berkunci pulak dah.

Kawasan sekitar

Ada anak sungai membelah laluan pekan Prizren, Kosovo ni

Kawasan penempatan

Actually dari hotel dan terminal bus tu agak jauh nak menapak ke kawasan utama Prizren ni.

So kena jalan kaki sekitar 1 KM lah. ( 10 minit ) Tak de lah besar mana pun bandar ni, jalan petang santai santai

Tapi aku nak singgah di sini dulu. Church of Our Lady of Ljeviš - Satu satu nya UNESCO World Heritage Site di Prizren ni.

Info....

Church of Our Lady of Ljeviš - UNESCO World Heritage Site, dedicated to the Assumption of the Virgin Mary, is located in the city centre, on the north side of Bistrica. One of the most beautiful examples of medieval Serbian architecture, it was erected in the XIV century (1306-1309) by king Milutin. During Ottoman rule, it was converted in a mosque. It was also damaged in 2004, but a group of Russian experts has been working on the restoration of the church's frescoes. 

The church is closed, and you can only visit it if you ask the sacristan of the Orthodox Cathedral to take you there (by foot, since it is very near) and open it for you, but remember it may not always be possible for him to leave his work. It is an interesting curiosity to note that among saints painted on frescoes you can also find Plato and Plutarch, as philosophers who, according to medieval understanding, "foretold the arrival of the Messiah" (it is unknown whether this fresco has also been restored, or tragically perished when an Albanian mob set fire to the church in 2004).

Bangunan church yang agak usang dan terbiar

Malangnya tak leh masuk ke dalam. Aci usha dari luar je

Dan kedudukan dia di celah celah bangunan yang lain

Tak berapa nampak kemegahan sebagai sebuah harta warisan dunia pun.

Tapi boleh lah nak usha usha tengok dari luar.

Dari kawasan church tinggal tu, aku menapak ke arah kawasan utama yang menjadi tarikan pelancongan dan kebudayaan di negara Kosovo ni.

Selain daripada ruin church yang banyak dan menjadi tarikan, Prizren turut terkenal dengan kubu atas bukit (Kaljaja Fortress) dan kawasan tarikan lepak lepak santai adalah di bahagian Old Town Prizren dengan 2 bangunan yang cukup ikonik iaitu Masjid Sofi Sinan Pasha Mosque dan Stone Bridge.

Sungai Prizren

Kubu yang terbina di atas bukit yang di kenali sebagai Kaljaja

Kaljaja (Prizren Fortress) is a medieval fortress where the capital of Serbia was once located. The fort was given its modern shape from the four and a half centuries it was controlled by the Ottomans. The fort has an amazing view and can be reached easily by following the path behind the mosque, via the old Orthodox Cathedral. An alternative and more scenic route is to hike up the hill from the riverside, (approx 4.5km / 1 hour.) 

On the hill side, follow the river East out of town to the Maresh district, past the site of the Dokufest camp. When you come to the end of the path on the hill side, cross the bridge and continue. The path will cross the river a second time then lead up the hill through the woods full of wildlife to the back entrance of the fortress, and you can make your way back to the town via the Orthodox Cathedral to the mosque. Open 24h, free.

Agak menarik gak idea nak mendaki bukit tu tengok view dari atas kawasan kubu. Tapi fikir dulu.... paling penting nak cari makanan. Aku kebulur tahap gaban neh.

Bangunan bangunan

Tower

Ada je lah mangga mangga ni bukti manusia bercinta cinta

Bukti kasih sayang terikat di atas jambatan

Jambatan

Stone bridge

Kaljaja (Prizren Fortress) di atas bukit

Cafe cafe terbuka

Lapar ! Perlu ke makan jagung bakar saja?

Merentas jambatan

Prizren. Masjid, Stone bridge dan Kubu.....

Bangunan bangunan menghiasi landskap pemandangan pekan Prizren

Aku suka tempat ni. Suasananya agak laid back. Santai. Tak busy sangat dengan hiruk pikuk manusia. Masing masing dengan aktiviti tersendiri. Abis abis pun lepak kat cafe tepi sungai tu dan nikmati keindahan kawasan ni dengan cara tersendiri.

Prizren.


Masjid yang menjadi bangunan paling ikonik di sini

Aku rasa kehadiran aku ke sini lebih berbaloi dari Pristina tadi. Prizren lebih dari segi tarikan budaya dan keindahan pemandangan.

Kalau banyak masa boleh explore city history di kawasan ni nanti...............

bersambung.....................

6 comments:

  1. masjid tu comey, mcm kat istanbul (x rajin gi pun...)

    ReplyDelete
    Replies
    1. binaan dia org memang design lebih kurang je masjid2 ni.. memang dr zaman zaman ottoman dulu kot. plus reconstruction skrg byknya sponsored by negara negara lain mcm turkey etc

      Delete
  2. Jagung bakar lebih menggoda. Agak usang pekan ini.

    ReplyDelete
  3. nak tanya....
    kalau dari skopje ada tak direct bus ke prizren? aku try gak rome2rio tu....ada tulis once daily tp tak tau kul brp bas nya....

    atau ko rasa baik stop kat pristina dan ambik bus ke prizren??

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya bas awal pagi..... kalau missed memang kena gi pristina dulu lah.. bas ke pristina banyak skit dan dari pristina ke prizren memang berlambak bas... tak jauh mana pun.

      Delete