Pages

Friday, April 13, 2018

WARUNG CIKGU, Bandar Bukit Puchong

Cikgu sekarang bukan macam cikgu dulu dulu. Cikgu sekarang ada warung dan warung Cikgu memang viral !

Kalau anda berada di Puchong, silakan berkunjung ke.....................

Warung Cikgu.

Kawan kawan ajak makan. Aku ? Ok jer.... 

Lokasinya di Bandar Bukit Puchong. Lot kedai setingkat kat dalam tu.

Tengok pada jalan nak tuju tu macam mencabar jugak. Sampai area tu banyak bengkel bengkel kereta yang ada.

Tapi jangan muda terpedaya... di sebalik bengkel dan kedai kedai yang macam hidup segan mati tak mahu tu tersergam sebuah warung kat korner lot yang menjadi tumpuan ramai !

Kalau aku cakap ramai tu... maknanya memang ramai.

Nasib baik kawasan tak banyak kedai lain jadi parking tak de lah boleh membawa kepada kemurungan jiwa. Ada je parking area berdekatan tu.


Usha belah luar. Nampak tak meja yang banyak tu?

Walaupun meja banyak tapi penuh orang berumbu rumbu...........

Apa yang menarik di Warung Cikgu ni adalah Nasi Mmanggey nya.

Kenapa nasi mmanggey? Kerana kalau makan je terus memanggil manggil untuk datang lagi menikmati nasi di sini.

Nak lebih jadi bahan bukti kenapa Warung Cikgu ni menjadi pujaan ramai !

Beratur nak beli nasi

Berduyun tiba............ orang datang nak makan di sini.

Makanan dia simple je. Nasi putih, ayam goreng kunyit dan kuah gulai dengan sambal belacan.

Ummmph !!!!

Konsep di sini layan diri.

Beratur order nasi. Dia bungkus kan semuanya. Satu bungkus nasi ada ayam goreng kunyit garing sedap bersari dengan kuah dan sambal belacan boleh pilih nak ke tidak.

Kalau nasib baik, dapat kaki ayam !

Tapi bagi aku yang tak minat kaki ayam ni, tak rasa bernasib baik mana pun.

Dah dapat nasi, makan la di meja. 

Jangan lupa order air minuman.

Selain dari Nasi Mmanggey ada Coconut Shake, Air Kelapa Baldi. Air jagung dan lain lain lagi. Usha menu di sini.

Menu songlap dalam fb mereka !

Boleh makan keropok goreng juga.

Aku datang pun sebab orang ajak so follow je lah apa yang orang cakap sedap.

Air jagung. 

Penghilang dahaga. 

Manis tapi boleh tahan sedap.


Nasi mmanggey yang dah di bungkus. Memanggil manggil untuk di gauli.

Debaran kian kencang. Dada berombak ganas tak sabar sabar nak buka bungkusan

Tada....................


Memanggil manggil tak?


Air kelapa Baldi pun ada di sini. Dia serve dalam baldi kecik. Orang hitaly panggil timba.


Coconut Shake.. Boleh lawan Klebang ni. Tapi manis sangat.

Dapat makan nasi panas panas dengan ayam goreng garing memang sedap. Harga pun murah. Cuma kena banyak bersabar sebab orang biasanya ramai.

Satu lagi, kalau nak bungkus dia orang kurang layan. Sila bawak bekas atau plastik sendiri. 

Apa apa pun, makanan yang murah dan Sedap.

Lepas makan sekali, sure mmanggey lagi untuk datang ke sini !

Selamat mencuba ! Gerenti tak rugi. Sure puas hati !

Terima kasih Cikgu !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

WARUNG CIKGU
1, Jalan BP 6/7,
Bandar Bukit Puchong
47120 Puchong

016-973 6579
fb :  WarungCikgu.Puchong/

Dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 10 malam. Jom nikmati keenakkannya!

8 comments:

  1. oh tkleh bungkus ke...warung cikgu tk pernh smp..warung kita dh pernh smp...nasi manggey juga ada ...xsilap katanya sedara mara juga ngan warung cikgu ..kurang kepastian hehe...air jagung ngan coconut shake sedapnya di kala cuaca panas skarang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan tak leh bungkus. boleh. tapi dia org tak de masa nak bungkus dlm plastik ikat apa semua. so kena bawak bekas sendiri.

      pernah dengar warung kita tu. tapi tak sempat usha lagi. menu lebih kurang sama je kan?

      Delete
  2. Aku baru bangun pagi tadi niat nak diet tau meng, sekali abca entry ko dah meronta-ronta hati aku nak pergi sini...hahahaha...arghhh stress lah!hahahahah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah.. ayam kunyit je.. gerenti tak gemuk.
      tapi...
      awas !

      ada air coconut shake yang superinzal. jgn tergoda

      Delete
  3. ingatkan cawangan nasi ulam cikgu yg sohor kat greece tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama kot? cikgu cikgu ni..
      tapi rasanya nasi manggey ni kedai cikgu ni dah patented
      takut muncul merata nasi manggey ni.. confuse lak org mana satu yang memanggil.

      Delete
  4. Yg femes dgn colek tu kdai ni jgk ke.. Colek ayam.colek perut. Ke kdai cikgu lain? Anyone know?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cikgu yang sama.. kedai yang sama...

      ...................... skrg dah banyak menu tambahan kot

      Delete