Pages

Monday, April 16, 2018

INDUS KAFE by Bora Bora Ombak, Marina Putrajaya

Aku tau aku memang bukan seorang boss yang baik ! 

Lambat approve cuti staff staff aku. Kadang kadang tak approve langsung. 

Bagi bonus tahunan bila time raya je, tu pun tengok keadaan. Mostly dalam bentuk makanan seperti kekacang dan kuih raya ( cubaan nak bagi kuih stock tahun sebelumnya).

Dan paling keji adalah, bila staff aku nak berhenti... aku celebrate !!! Yeay !!

Baru baru ni ada sorang staff aku resign. aku pun organize makan makan dengan riang untuk dia tau yang aku sangat gembira dengan ketiadaan dia !

Ha ha ha....

Tak. Tak. Bukan begitu sebenarnya. Mamat ni actually trainee and dia buat internship je 3 bulan. So abis tempoh internship dia terpaksa lah aku lepaskan dia pergi sambung balik study dia.

Kira farewell untuk dia lah ni.

Lokasi yang di pilih adalah Indus Kafe 

Yang terletak di Marina Putrajaya.

Lokasi

Indus Kafe

Sila masuk

Sebenarnya team aku yang pilih tempat ni, aku ikut kan je. Seperti biasa dia orang dah berkumpul untuk lunch dan aku muncul lewat.

Artis Antarabangsa memang kena macam tu kan?

Indus Kafe ni menyediakan makanan ala carte dan jugak buffet.

Selamat datang !

Ni bukan kali pertama aku datang sini. First time datang macam OK so kali ni datang dengan tujuan yang sama. Cuma kali ni kami datang segerombolan di sini adalah nak makan buffet. 

Tapi sebelum tu usha setting di Indus Kafe ni dulu.

Aci lepak di luar. Panas sikit

Aci jugak lepak di belah dalam. Ada aircond dan tak de lah berpeluh sangat.

Ada setting yang lebih privacy kalau tak mau di ganggu oleh nyamuk. Siap berkelambu bagai. Makin panas lagi aku rasa lepak dalam tempat tempat macam ni.

Since makan buffet, usha dulu set buffet mereka di sini.

Salad and appetizer

Pasta and western

Nasi dan makanan berat berat

Pencuci mulut dan kuih muih

Memang set buffet spread dia tak de lah banyak mana. Tak macam kat hotel hotel time bukak puasa tu. Tapi kira enough untuk mengisi perut dan bagi kenyang. Rasa pun OK lah not bad.

Now tengok apa aku dan bebudak ni makan.

Ayam dan kambing bakar. OK lah bagi aku

Pasta dia menarik juga

Makanan makanan berat yang mengenyangkan

Puding roti

Desserts dan ice cream

Kuih muih

So macam aku cakap, makanan tak de lah banyak tapi mencukupi. Sesuai dengan harga satu kepala RM25. Berbaloi jugak la kiranya !

Yang penting masing masing kenyang dan acara bantai membantai berjalan dengan lancar. Dah la staff aku semua lelaki. Ada 15 orang semuanya. Kopak la kalau ramai yang resign selalu ni !

Abis lepak dan makan makan serta sesi bergambar dengan peminat, aku halau semua balik keje. Boss korang nak bersantai santai tanpa gangguan !

No. Jangan mintak naik gaji !

Aku kena layan coffee untuk cubaan memulih semangat selepas membayar. Hahaha

Tak delah. Aku ikhlas.

Cuma panas jugak kat tempat ni, so lepak santai dua tiga orang sambil layan view dipersekitaran Marina Putrajaya ni.

Sambil sambil tu fikir.. Staff datang dan pergi. Aku ni masih di sini lagi !! * sigh






Dan di sebelah Indus Kafe ni jugak ada kawasan santai yang di buka waktu pentang ke malam kot. Tak pasti suasana nya tapi nampak macam menarik gak lepak lepak.

Rasanya Kak Long Kawasan aka DJ pernah usha SiNI





Apa apa pun, kalau nak belanja orang makan buffet dengan harga yang berpatutan, boleh datang ke Indus Kafe ni. 

Better call dulu untuk booking sebab takut orang ramai since buffet dia time lunch sahaja. Selasa hingga Jumaat dari 12 tengahari ke 2.30 petang jer.

Operating hours


INDUS KAFE by Bora Bora Ombak
Marina Putrajaya
1, Jalan P5/5,
Presint 5,
Putrajaya

Waktu Operasi : Selasa – Ahad 11am – 11pm
Tel : 03-88931303

fb : indusputrajaya

Selamat menerai !

11 comments: