Pages

Monday, April 2, 2018

2018 : Cuti Sekolah Pertengahan Penggal Pertama

Musim persekolahan penggal pertama telah berakhir maka cuti pertengahan penggal pertama pun bermula.

Macam biasa, anak anak aku time cuti sekolah ni, kalau duduk rumah je tak ke mana mana boleh mendatangkan stress. Kang manjang je asyik bergaduh. Sorang suka mengusik, sorang cepat stress. Padahal kalau Hero kat asrama, Princess mula monyok asyik dok tanya tanya je bila abang dia nak balik. Bila dah balik start lah bercakar cakaran.

So sapa yang stress akhirnya? Of chos la aku !

Jadi untuk mende-stresskan mood aku dan bagi dia orang jalan jalan time cuti sekolah ni, ayuh kita gi makan angin kasik kembung !

Ini adalah highlight percutian selama 3 hari 2 malam di..............................

Paris?

Round the world?

Of chos la tidak ! Tu tunggu Papa korang ni jadi saudagar minyak unta dulu !

Jadi ke mana kita neyyy?

Kuala Lumpur. Tempat percutian kegemaran.

Sebab tak perlu drive jauh jauh. Tak payah sesak otak terperangkap dalam jam.

Tapi di KL di mana lagi nak di tujui?

Okey, kali ni walau masih memilih bercuti di ibukota tapi pilihan lokasi adalah berbeza.

KL Sentral. Pernah dulu stayCation di Ascott Sentral kat area ni.

Dan kali ni kami memilih aloft KL Sentral sebagai lokasi penginapan. ( 'Kami' tu sebenarnya merujuk kepada 'aku' sebab aku yang pilih nak dok sini !

Sebab hari tu hari Jumaat, aku memang dah apply cuti tapi alang alang nak keluar rumah kena tunggu lepas abis Solat Jumaat dulu lah.

Abis solat baru drive ke KL Sentral

Sebab macam tak jauh mana, tak lama mana pun nak sampai.

Sedang elok jam 3 petang nak check in ( walaupun sebenarnya aku ada mintak nak check in awal tapi biasalah kalau travel dengan budak budak ni macam macam hal tersangkut )

Excited nak stay hotel ni. Dah lama teringin.

Seawal sampai nak check in mood nak tak best. Aku dah sampai lewat nak check in, sampai sampai bilik tak siap.  Aduh ! Jenuh menunggu sampai kebosanan rasa.

Menunggu dan menunggu. Last last aku naik hantu gak ler. Pukul 5 tak dapat lagi bilik. Alasan bilik fully booked. Cheh ! Dah tu nak suruh aku tidur kat lobby? 

Dah la muka receptionist tak friendly langsung !

Agaknya sebab aku tak sabar ( ya lah dah pukul 5 kot, dia asyik dok promise , soon - soon. Last sekali dia bagi aku bilik jugak.

Tapi view macam ni ! Padan muka aku, 2 hari mengadap dinding walhal aku dah request for higher floor.

 Tapi abis situ je. Malas nak besar besarkan isu.

Anyway bilik dia not bad. 2 Queen Size beds.. siap ada bantal peluk.

And Princess ada khemah sendiri. Tapi punya la makan space benda alah ni.

Lapar. Lepas check in je terus bedal makanan yang di bawak

So sepanjang berada di aloft KL Sentral ni, tak de banyak aktiviti selain daripada.....

ulang alik ke Nu Sentral yang terletak bersebelahan dengannya.

Dan ni jugak salah satu sebab kenapa nak stay kat sini.

Sebab nak shopping cari barang especially barang Hero yang tak cukup cukup. Semenjak duduk asrama ni dan macam lain sikit anak teruna aku ni. 

So dia dapat bahagian dia

Dan Princess pun dapat bahagian dia.

Aku pun usha usha cari peluang intai intai bahagian untuk diri sendiri

Dan begitu lah yang lain lainnya.

Dan berada di area Nu Sentral ni bukan setakat shopping shopping je. Port cari makan juga.

Walaupun breakfast dan makan kat hotel

Masing masing pun ada keinginan lainnya juga

Contohnya aiskerim llao llao ni.... Cemana ntah nak sebut. Aku tak leh pegi. Rasa ke-lembuan dia tu macam berlebihan.

Dan ni. 4Fingers yang viral. Sanggup lah beratur.

Walaupun rupanya indah khabar dari rupa. Tapi rasa enak juga !

Dan anak aku si Hero teringin nak makan Burger King. Ada kisah sedih dia hari tu kat asrama ada kawan dia makan BK ni tak bagi dia. Cuma dapat fries tu pun satu je ! Hahahaha. 

Dan aku dengan OR pun sempat curik curik masa dating berdua duaan je

Antara aktiviti di hotel penginapan............

Adalah mandi manda di kolam

First day orang agak ramai juga.. Cuti sekolah. Ingat semua orang keluar dari kota tapi nampaknya ramai dan tiru cara aku bercuti ni.

Hari ke 2 dah lapang sikit..

So budak budak mandi berkubang sampai aku feeling2 santai dan makan snacks..

Padahal ambik kesempatan gak, usha usha orang !

Mostly dia orang mandi kolam lah. Ada time gi main pool dan ada xBox jugak untuk dia orang.

Aktiviti malam aku lak lepak lepak layan perasaan

Dan view

Malam

Malam

Usha sikit view time siang......




3 hari kat KL tak de lah terperap di hotel je. Konon macam nak buat trip sampingan.

Nak gi Muzium Negara tapi lastly macam malas nak pegi

Nak gi Muzium Di Raja. Pun sama... panas panas jadi malas.

Last sekali apa pun tak jadi. Balik lepak hotel jugak akhirnya.

Dan ada gak cuba cuba gi makan kat luar.

Ikan bakar Jalan Bellamy.

Aku memang tak into ikan bakar ni. So ingat adalah lauk lain

Salah kan diri sendiri sebab datang sini pun lewat. Lauk pun abis. Dapat makan nasi dengan taugeh je. Nasib ada sotong sikit. Ayam ayam semua dah kehabisan ! Tapi OR kata ikan bakar dan sos kat sini sedap. Siap tapau balik makan kat hotel lagi.

Second night keluar makan kat Ali Cafe kat Pantai Baharu. Selalu OK tapi kali ni macam kurang skit rasa lauk dia.

Dan Nasi Arab sesuai untuk bakal Saudagar Unta !

Dah abis 3 hari 2 malam. Masa untuk pulang. Barang macam duduk sebulan.

Terima kasih aloft KL Sentral. Not bad hotelnya

Tapi tak nak repeat dah. Kang gaduh dengan receptionist dia lagi.

Berakhir masa percutian cuti sekolah pertengahan penggal pertama di ibukota

Sampai masa kita kembali berjumpa.........................

Sehingga cuti sekolah yang bakal kembali tiba........................ Selamat menyambung sesi persekolahan untuk anak anak sekelian.

Belajar rajin rajin !

4 comments:

  1. rasa 'kelembuan'..haha..tambah topping wild strawberi, sedap gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah.. tak biasa.
      budak budak tu yang nak makan sangat sebab tengok ramai org beli

      Delete
  2. Replies
    1. nachos.... mcm tu je kat rm30.. boleh la makan makan sambil feeling2 tepi kolam

      Delete