Pages

Wednesday, February 14, 2018

KEMBARA BALKAN - GREECE | 01 ATHENS : Yang Sesat Dan Menyesatkan

Sambungan kembara Balkan 2017. 

Kali ni pengalaman berada di negara Greece.

Penerbangan dari Doha, Qatar dengan pesawat Qatar Airlines....

Penerbangan memakan masa lebih 5 jam dan aku cuma membuta je. Kepenatan jalan jalan di Doha seharian.

Ada makanan di sediakan. Makan malam. Aku jamah jamah macam tu je sebab mengantuk sangat. Sebelum tu dok layan movie, tapi tak sempat abis, movie ke mana aku yang dulu lena.

Perjalanan smooth je tapi sebelah aku ada orang, tu yang lagi rasa bosan.

Sedar sedar dah nak sampai. Pesawat mendarat di Athens Eleftherios Venizelos International Airport melewati waktu tengah malam.

Welcome to Athens !

Sebab tiba waktu dah tengah malam, orang tak ramai. Beratur dan melepasi immigration dengan jayanya. Kena tahan gak dengan Kastam, dia bukak beg dan tanya macam macam. Aku layan layan gitu je lah. Ngantuk !

Tiba tiba nampak sinar cahaya !

 
Nampak smoking room. Belasah menaga dulu.....

Pastu baru keluar dari terminal ketibaan

Aku memang expect sampai lewat malam dan memang dah ready untuk langkah seterusnya.

Dari airport aku kena ambik bas ke pusat bandar sebelum ke penginapan yang aku dah booking untuk malam ni. Sebab dah malam train dan Metro memang tak ader. Option cuma teksi dan express bas dan sebab aku kedek, aku pilih naik bas.

By express bus : X93 to Kifissos Coach Station, X95 to Syntagma Square (subway Lines 2 and 3), X96 to Piraeus (subway Line 1) and X97 to Dafni metro station (subway Line 2) for €6 (€2.50 under 18 or over 65). 

Bus tickets are sold at the info/ticket-kiosk (located outside the Arrivals between Exits 4 and 5), or onboard (ask operator) at no extra cost. Buses, unlike Metro, operate 24 hours a day. 

Express bus X95 runs 3-5/hour and takes a little more than an hour depending on traffic to go from the airport to the final stop on Othonos street along the side of Syntagma Square. Boarding is not permitted at intermediate stops on trips from the airport.

Kaunter beli tiket bas

Ticket bas

Bas tersedia menunggu...

Bas bergerak on time. Ramai jugak penumpang sebab ni mungkin cara terbaik yang ada kalau tiba lepas tengah malam. Kalau siang banyak option sikit untuk ke pusat bandar. Bas dia panjang macam double coach. Rata rata yang naik beg besar besar gila dan beg banyak menghalang walaupun ada tempat isi luggage besar kat belakang. Semua orang muka toya je lepas penerbangan malam. Ngantuk mungkin.

Dalam bas

Sepanjang perjalanan aku layan mata je. Tak tau nak expect cemana sebab kalau ikutkan, laluan memakan masa sejam sampai ke destinasi terakhir bas ni.

Duduk je la dalam bas sambil tersengguk sengguk layan mata.

Jauh jugak la rasa lewat jam 1 pagi akhirnya bas berhenti di destinasi terakhir iaitu di Syntagma Square

Syntagma Square

The Parliament of Greece

Syntagma Square ni kiranya macam Dataran Merdeka kat kl ni.

Syntagma Square (Plateia Syntagmatos, pronounced SYN-tag-mah) is the pulsating heart of the modern city of Athens, composed of the actual square together with the surrounding streets, open areas and assemblage of grand buildings that include banks, offices, top hotels and the old Royal Palace - now the Greek Parliament building.

Syntagma Square is named after the Greek constitution (syntagma) that was proclaimed from the balcony of the royal palace that overlooks the square on 3 September 1843. The former palace has housed the Greek parliament since 1935.

Syntagma Square is a good point from which to begin your orientation in the city - its also much better in appearance than it used to be even a few years ago: the manic Athenian traffic has been re-routed and a concerted effort at beautification has been in place - with some good results. Points of convenience include numerous cafes, restaurants and all the usual fast food outlets, a new metro stop, a host of airline offices, and so on.

The square serves as an occasional rallying place for demonstrations and public celebrations.

Bacaan tambahan : Syntagm Athens

Syntagma Square. Lengang

Turun dari bas aku melilau mencari arah tuju. Ada few teksi tapi aku memang bercadang nak jalan kaki je since rasanya destinasi yang aku cari ni terletaknya tak jauh mana dari situ.

Aku cuma ada peta offline yang aku dah download guna Maps.Me. Harap membantu dalam mencari penginapan aku malam ni. Dua malam di Athens ni aku dah booking AirBnb di sini. Kiranya ni first time aku guna perkhidmatan AirBnb ni sebab cari kat agoda mahal mahal gak harganya sebab last minit preparation. 

Kira sebab ke Athens ni lah aku register AirBnb dan nak mencuba pakai perkhidmatannya. 

Sebelum sampai aku dah communicate dengan host aku kat sini dan aku pun dah bagitau dia aku tiba lewat malam dan dia pun dah bagitau tatacara nak akses ke penginapan dia tu. 

Sekarang, adalah masanya untuk mencari, di mana tempat tu berada !

Melilau lilau di kawasan Syntagma Square. Tak de orang.

 Hellenic Parliament Building — Formerly the royal palace, lining the eastern side of the square and guarded by kilted and pom-pommed soldiers - the evzones (ev-zone-ees). 

Catch the changing of the guards in front of the Parliament every hour on the hour. Their uniforms and walking style is fun to see but make sure you don't stand on the wrong side of them if you want to take a picture. If you accidentally do so, they will knock their gun and, as they are not allowed to speak, someone else from the guard will kindly ask you to change position.

Hotel Grande Bretagne

One of the best hotel dan terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri.

Listed in Conde Naste Traveler's 100 Best Hotels of the World, the Grande Bretagne is not just a luxurious hotel in central Athens. It is an historic landmark that has hosted the world's most well-known dignitaries and has been the scene of some of the most remarkable moments in Greece's history.

Of course aku tak dok situ ! Sebab hotel tu macam klasik, golongan bangsawan macam aku ni tak leh tidur situ. Nanti gatal gatal badan.

* batuk kokol....

Dekat area area Syntagma Square ni ada banyak lagi tarikan tarikan khusus lain seperti muzium, tempat shopping dan bangunan kerajaan lain tapi sebab malam buta, memang tak de nya aku nak explore. Kalau siang lain lah.

Gereja

Numismatic Museum — Situations just north of Syntagma Sq, the building of the museum is one of the most beautiful in Athens, and was built by Ernst Ziller and was used as the residence in Athens of Schliemann. The collection contains thousands of ancient coins and ancient Greek, Roman, Byzantine, Medieval figurines.

Performing art theatre

Laluan

Kalau ikutkan, lokasi AirBNB aku tu lebih kurang 1 KM dari Syntagma Square. So menapak la mencari awal pagi begini.

Nasib baik laluan tak la gelap dan suram dan masih ada lagi orang di jalanan.

Tak nak ! Nak tido jerr....

Di mana.. di mana......

Masalah jalan di Athens ni confusing jugak. Dengan tanda jalan yang tak de dan map aku tu pun macam ntah hapa hapa.

Ada part aku silap masuk lorong. Konon nak short cut, last last anjing menyalak. Bodo punya anjing !  Terkejut aku.

Dan tepi tepi bangunan tengah aku berjalan tu tetiba benda bergerak. Cait ! Rupanya ada gelandangan tidur kat situ.

Masih gigih berusaha....

Ikut laluan seadanya.... Sepanjang jalan tu sempat tanya sorang dua, tapi dia orang macam tak pasti lokasi airBnb aku tu.

Sampai la di persimpangan jalan. Rasa macam dah jauh berjalan.

Tanya pakcik ni. Drebar teksi. Tak pandai English. Dia cuba membantu tapi dia rasa rasa je lokasi tu kat area situ, to be exact dia tak tau. Thenfkss Pakcik !

Pasar basah. Riki riki area ni, tak jugak aku jumpa. Jalan ikut laluan yang ada...

Ada lagi malam malam orang berniaga

Jumpa mamat ni dengan awek dia. Sedaya dia membantu. Suruh aku jalan terus sampai ke bank mana ntah.

Hah ! Jauh gak nak sampai bank ni.

Rupa rupanya memang lagi pelik info yang aku dapat dari mamat tu. Sampai aku dah buntu. Last last tanya kat waiter kat bar. Mamat tu kata aku dah jauh ni, kena patah balik semula kat area tadi.

Damn !!!

Dengan beg. Mengantuk. Letih lesu....... cuba lagi bertahan.

Riki riki tanya pakcik pakcik yang tengah melepak malam malam. Tak pandai English. Dia godek godek hp dia tapi aku rasa macam lagi tak leh dipercaya.

Masa tu aku dah nekad, kalau tak jumpa gak, aku cari je lah hotel mana mana tidur. Esok baru cari lagik.  Tak larat dah ni.

Aku masuk satu hotel kat jalan besar tu dan pakcik tu baik hati tolong aku. Dia bagi map yang ada dan dia suruh cari cari kat area yang memula aku jumpa Pakcik Teksi tadi tu.

Jam dah dekat pukul 3 pagi. Berjalan la aku membuta tuli.... Hampa kecewa sungguh rasanya. Tapi kena teruskan jugak mencari.

Balik semula kat area pasar tadi.

Aku memang syak mesti kat area area ni jugak. Tapi tak jumpa bangunan yang mana satu. Dah lah area tu ramai pulak gelandangan tengah tidur. Cuak gak aku kalau kena kejar ke apa. Dalam keadaan letih letih cam ni, memang aku vulnerable sikit. 

Pusing keliling kawasan tu, aku baca setiap sign yang ada, Tup tup...... nampak nombor 14 yang aku cari. Tapi................... depan pintu macam port gelandangan tidur.

Eh... cemana ni. Takkan nak kena langkah dia orang. Kang apa apa, lain lak jadinya.

Lama gak aku duk depan bangunan tu. Hisap rokok dan fikir cemana nak bertindak.

Nasib baik la, ada salah sorang bangun. Ada sikit laluan nak sampai ke pintu utama. Mamat host aku dah ajar cemaan nak cari kunci dan password password yang ada. Sebenarnya dia pun tak expect aku sampai tengah malam, sebab kalau sampai malam dia tak accept sebab dia tak duk situ. Tapi sebab aku dah bayar terpaksa lah dia fikir solusi cemana nak bagi aku selamat tiba.

Bukak pintu grill depan dah berjaya. Ada 2 pintu sebenarnya tapi mudah je lah.

Masuk ke lobby kecik. Naik lif. Lif style lama yang pakai grill tu. Cuak gak aku mula mula.

Sampai kat tingkat yang dibagitau, ada 2 pintu dan ada 2 bilik air kat situ. Sudah. Aku cari nombor bilik aku tapi nombor pun tak tulis. Siap cuba cuba bukak pintu tetiba ada orang menjerit dari dalam cakap Greek.

Aku rasa dia hamun aku kot kacau dia tidur. Nasib tak faham !

Terduduk kejap aku kat depan lif tu. Tak tau mana nak tuju.... tengok gugusan kunci yang ada, baca balik email yang dia bagi. Rupanya kena masuk dalam pintu yang satu lagi guna kunci lain pastu dalam tu baru ada bilik aku.

Fuh !

Sorry bilik bersepah. Gambar ambik kemudian

Bilik basic, biasa biasa je. Aku sorang tak de hal. Selesa juga

Tapi tu lah. Bila fikir balik, punya lah mencabar nak sampai ke tempat ni. First time guna AirBnb, kurang manis lak jadinya. Tapi aku OK dengan tempat ni. Murah gak. Lokasi dia memang baik sebenarnya cuma maybe sebab malam buta. Terbatas lak aku nak mencari. Tapi kalau mamat host tu bagitau aku landmark kawasan ni pasar tu dah cukup. Tak de lah aku lari merata jauh jauh sampai ntah ke mana hala.

Dan view memang  mengancam

Nampak Acropolis dari balkoni penginapan.

Letih lesu hilang bila tengok view macam ni. 

Tak sabar nak explore Athens esok hari. Kena mandi dan bersihkan diri dulu sebelum tidur.

Tengok jam dah pukul 4 pagi !... Kena tidur. Rugi rugi ! Sebelum tidur nak charge hp... check check..

Silap bawak adapter !!!!

"Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh"

* baling spender bergulung ke dinding 

bersambung............................. 

12 comments:

  1. Aduh...lawak la Meng ayat2 yang last tu. Bersepai tak ke lantai?

    ReplyDelete
  2. BEg punya banyak adapter boleh salah? Ekeekek

    Sebenarnya kagum berjalan bawak banyak2 beg tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu beg je... dgn beg camera.. tu dah bongkar brg tu nampak banyak.

      salah adapter sebab main ambik je masa kemas tak check bebetul

      Delete
  3. hemsem hemsem belaka orang orang Greece ni ... terpana aku sekejap :-)

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. kamar beradu seorang artis kan.. mesti lah kena menyerlah

      Delete
  5. Hahaha..hang mmg drama jer kalau travel kan..tapi enjoy hihiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa.. tak leh elak dgn drama mama ni....

      kena jadi pelakon kot

      Delete