Pages

Thursday, January 25, 2018

KEMBARA BALKAN - QATAR | 01 DOHA : Dari Sepang ke Doha

* selam kepala dalam kolah masjid !

Fuh ! Haaah !

Kasi segar sikit benak fikiran yang semakin kebuntuan......................

Aku memang teringin nak abis tulis trip Balkan aku ni, tapi macam kurang berdaya saing. Tapi sebab gambar banyak dan takut terlupa nanti, aku gagahkan diri yang sebesar gajah ini untuk menulis. More to share gambar dan pengalaman je lah. 

Tak mampu nak abiskan laju laju, jadi aku plan sebulan satu negara aku cuba selesaikan.... 

Barang di ingat, trip ni dah lama so maybe same info or kaedah kaedah yang aku guna pakai no longer valid at this time. So kalau nak refer, make sure double check dengan maklumat yang lebih terkini................ Nanti kang, aku pulak di persalahkan.

Jadi, tanpa membuang masa dan keringat, ayuh kita mulakan dengan pengalaman berada di negara Doha, Qatar !

**********************************

Lupa hari, lupa masa dan lupa details nya dah. Tapi subuh subuh syafie aku ingat lagi, aku berangkat ke Putrajaya. Tinggal kereta kat rumah member dan ambik ERL untuk ke KLIA. 

Selamat pagi. Semuanya bermula dari sini............

Hisap rokok sebatang dua. Usha usha orang yang sama sama nak terbang musim musim raya ni then masuk untuk check in. Singgah solat subuh di terminal sattelite sebelum melangut menunggu masa.

Masa pun tiba. Dah bersedia......

Burung besi ni pun dah siap sedia nak membawa penumpang terbang merentas benua.

Aku mintak seat agak belakang dan tak de orang, so aku pose pose mengangkang dengan rasa tamak haloba like macam ponggong nak conquer tiga tiga seat yang ada.

Lama tak naik Qatar Airways ni.... selesa juga tapi somehow aku prefer Turkish Airlines lagi.

Beratur semua..... Awak darjah 3 kena hormat yang darjah 5 ! 

Terbang ke udara

MItsui Outlet Park.....  dan future Moven Pick Sepang... bye bye korang !

Syahdu lak rasanya nak meninggalkan tanahair ku...

Tapi semangat membara untuk mengembara.....

Sepanjang hampir 7 jam penerbangan aku dok layan perasaan je. Tidur bangun tidur semula. Tak berapa lena. Layan movie terkejung lak tengok cerita John Wick ! Memang aku tak sempat layan masa kat wayang hari tu. 

Dan macam biasa, in flight menu untuk mengisi perut yang kelaparan....

Sepanjang penerbangan ada 2 set makan. Satu breakfast, pastu lunch.

Tak banyak songeh aku bedal jer apa yang ada.....

Langit biru peneman sepanjang penerbangan. Cuaca pun OK..... 

Dan dari bentuk muka bumi yang kehijuan bertukar biru lautan dan akhirnya tandus kegersangan, aku pasti yang pesawat bakal mendarat tak lama lagi.

Aku akan transit di Doha selama 8 jam. Banyak masa yang ada dan aku memang gazetkan untuk tour sekitar Doha dengan kesempatan yang ada.

Approaching Doha

Dan Doha Airport

Hamad International Airport, Doha

Selamat tiba di terminal....

Keluar dari pesawat dan ke bangunan terminal. 

Melepasi immigration dan kastam. Masa ni aku memang ambik visa transit ( apply free je dengan Qatar Airways ) Note : Sekarang tak perlukan visa dah untuk transit di Doha ni.....

Maka, selesai leg pertama perjalanan menuju ke destinasi akhir iaitu Athens.

Welcome to Qatar

Seterusnya mana mau pigi????????

Sebenarnya memula aku nak ambik free tour yang di sediakan oleh Qatar Airways untuk pusing pusing sekitar Doha bagi yang transit more than 6 hrs di sini, tapi bila aku study jadual dia, tak match lak dengan time aku. 


Jadi aku plan untuk bergerak sendiri jer...

Keluar dari terminal ketibaan

Tuju ke kaunter kat luar

Aku nak beli tiket untuk naik bas ke bandar Doha

Lupa. Tak de duit Qatar... gi tukar dulu USD10 dan kembali ke kaunter tadi..

Dapat kan tiket... unlimited ride valid 24 hours..

Study routes..... pastikan mana aku nak turun dan perlu naik untuk kembali ke airport semula nanti...

Okey, tiket dah ada. Jadi kena cari tempat nak tunggu bas.

Kena keluar dari terminal dan pegi ke belah tepi.. 

Ada bus station di sini....

Untuk route Doha City ni, ada few buses dan bus bus ni ikut laluan yang berlainan. Kena tahu gak la apa yang nak tengok dan nak pegi mana. Macam aku memula nak naik bas ke city je, pastu mamat tu cakap bus tu terus ke The Pearl Doha. 

Aku tanya makcik Pinoy dalam bus to..

"The Pearl good?"
"Yes.. Everyday I go there"

Dia keje di situ rupanya.

Drebar bas lak warga Nepal...  memula nak borak pun. dia fokus memandu, aku fokus usha kiri kanan sepanjang jalan...............

Jalanraya di Doha. Agak lengang sebenarnya sebab orang masih bercuti raya.

Bangunan bangunan lama

Melintasi Museum of Islamic Arts dan Doha Bay

Dhow boats

Melintasi Al Corniche St...

Info

Corniche - The visual highlight of Doha is Al-Corniche, a long seaside promenade that curves around Doha Bay and affords pretty views of Palm Tree Island and the city's skyscrapers. In the afternoons you will see plenty of locals strolling along the Corniche, often trying to get out of the way of the odd crazy Western ex-pat on rollerblades. It's also a good place for jogging. Cycling is prohibited. If you're looking to have the scenery all to yourself, go on a Friday morning.

There are several parks close to the Corniche which are ideal for families, as well as several statues. Of note is a giant statue of Orry, the Oryx who was the mascot for the 15th Asian Games, which took place in Doha from December 1-15, 2006. On the south end of the Corniche is a large Oyster and Pearl statue and near the Museum of Islamic Art is the Water Pots fountain.


Terus menuju ke kawasan pusat bandar dengan bangunan rekaan lebih modern

Kawasan pelaburan, pembangunan dan komersial

Dengan bangunan bangunan pencakar langit yang gah dan modern

Lengang sebab orang cuti raya

Doha

Dari airport adalah lebih kurang 5 penumpang sama dengan aku. Bila dah masuk bandar dan lepas few times bas berhenti, last sekali tinggal aku berdua je dengan drebar.

Dia nampak aku pegang camera, dia panggil aku duduk kat depan bas dengan dia.

Pemandu bas, aku jadi penumpang VVIP sebab sorang sorang diri jer. Then kami start borak borak.

Pembinaan jalanraya dan jambatan menuju ke The Pearl Qatar.

Aku sendiri sebenarnya tak tau nak turun kat mana. Ingat macam nak singgah area Corniche tadi tu tapi ralit sangat sampai terlepas bus stop. Sudahnya aku ikut je la mana bas ni pegi.

Ziz Zag Towers: Also known as The West Bay Lagoon Plaza twin towers, or the dancing towers, are the highest and largest residential zig-zag twin towers in the world.

ABRAJ QUARTIER - Gateway Towers

Pearl Boulevard

The Pearl Qatar. 

Kawasan yang di bangunkan  sebagai artificial island spanning nearly four million square metres. It is the first land in Qatar to be available for freehold ownership by foreign nationals

Info.

The Pearl Qatar - This high-end, luxury neighbourbood is located on a man-made island off the coast on the northern side of Doha. It is good for walking around the Porto Arabia marina, seeing cruise boats, the Rolls-Royce Motor Cars, Maserati and Ferrari car showrooms, having a meal (no alcohol available (2014)) and looking at the designer clothes shops. 

You can take the water taxi across the Porto Arabia marina. There is a fascinating 'Venice-like community' area called Qanat Quartier, which has an extensive canal system, pedestrian-friendly squares and plazas and beachfront townhouses. There is also a replica of Venice's Rialto Bridge. It is a bit strange as there is almost no one there (2014), and it looks very new, so it feels like being on a film set.

The Pearl Qatar 

Qanat Quartier  

The Pearl Qatar's "Venice-like community" has an extensive canal system, pedestrian-friendly squares and plazas and beachfront townhouses.

The Pearl Qatar

Memang nampak menarik gila kawasan ni. Dia orang replicate dan buat tempat ni jadi cantik cantik.  Cuma agak susah nak access ke semua tempat so kena jadi kaya raya baru boleh merasa nak jalan jalan kat area ni kot.

Memula aku macam nak turun gak, tapi bila tengok jadual bas seterusnya macam lama pulak lagi. Tak berani nak gamble. Stay je lah dalam bas ni.

Falcon Tower is a 22-story high-rise building in Doha,

Dan route bas yang aku naik tu, dia berhenti dekat Lagoona Mall sekejap sebelum drebar dia sambung patah balk menuju ke airport semula.

Lagoona Mall

Zig Zag Tower

Grand Hyatt Doha

Bas berhenti dalam 15 minit.

Cuaca dah lah panas gila. Aku turun jap bas untuk merokok. Pastu tetiba mamat ni dengan bajetnya nak pinjam kamera DLSR aku. Aku ingat memula dia nak cuba cuba ambik gambar ke apa. Dah lah paw rokok aku...

Rupa rupanya, nak sangkut DSLR tu kat leher dia pastu suruh aku ambik gambar dengan hp dia.

"Amboi amboi amboi... Nak antar kat orang kampung halaman di Nepal sana kah?"

Tak cukup dengan itu, tetiba dia request aku ambik gambar dia dari pelbagai sudut, siap beraksi tengah jalan..... depan bas, tepi bas. Gambar dia tengah ambik gambar dengan DSLR, sangkut lagi di leher, oh, spek mata hitam lupa. Reshoot sekali lagi....................... dan macam macam gaya lah. 

So sapa sebenarnya pelancong ntah. Aku ke dia? Tapi ok la layan dia. Tak delah boring sangat aku jadinya.

Salmon Khan beraksi dengan bas... ( sesapa jumpa Salmon Khan ni kim salam dia, aku tak tau cemana nak bagi gambar gambar dari DSLR aku ni kat dia dan aku doakan beliau terus maju jaya di kota Doha )

Panas tak tahan, naik bas kena aircond okey skit. Tapi bas tak bergerak lagi. Belum sampai masanya dia kata !

bersambung.............................

14 comments:

  1. Kat KL pun zig zag tower, cuba Meng cari.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. subuh - Wiktionary
      https://ms.wiktionary.org/wiki/subuh
      Translate this page
      Bahasa Melayu. Takrifan[sunting]. Kata nama[sunting]. subuh. waktu subuh: pagi-pagi benar, fajar;. bada subuh: waktu sesudah waktu subuh;; subuh buta, subuh sepei, subuh syafii: pagi-pagi benar;; solat subuh: sembahyang pada waktu subuh.

      Delete
  3. Assalam..saya nak tanya kalau kita transit lama, plan nak keluar dari airport..terus pergi ke arrival atau pegi ke transit dulu? almaklum tak pernah ada pengalaman transit ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu ke transit dah.. keluar je terus nanti check in semula kat kaunter mcm biasa

      Delete
  4. ok terima kasih abg supermeng.

    ReplyDelete
  5. mcm mn nak dapat visa qatar nanti? kalau stay lama sikit kat qatar. untuk travel .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysian will not require prior visa arrangements and can obtain a visa waiver upon arrival in Qatar.

      Tak perlu visa

      Delete
  6. Tq abey share infonya...mmg teringin nk round the world...InsyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome... insha allah.. ada rezeki sampai la tu nanti.

      Delete