Pages

Saturday, December 16, 2017

TIPS For The Best Day Ever @ SUNWAY LAGOON

Dengar semua ! 

Aku dah cerita pengalaman semasa di Sunway Lagoon tu. Kali ni nak share tips secara ringkas dan padat untuk sesiapa pulak yang teringin berkunjung ke sana !

Ayuh ! Usah abang membuang waktu.... mari menuju ke rumah bonda taman tema......


Sunway Lagoon....... 


The best day ever begins here.....

01. BELI TIKET ONLINE

Hari selasa  harga tiket lebih murah! Check promotions and Online Deals ! Lagi cantik kalau nak celebrate birthday ! Ada discounted price for 3 and free sorang ! 

Bila anak ajak gi Sunway Lagoon...... dan sebab memang dah berjanji

Dan sebelum dia bertukar menjadi entiti lain....

Check website : SUNWAY LAGOON dan cari promosi ke apa ker.... kalau birthday ambik pakej birthday. Murah skit.

Book online ambik pakej birthday, nanti masa nak masuk, tunjuk ic yang sambut birthday time nak tukar wristband.

Beli kat kaunter pun boleh jugak, tapi nasib tak baik panjang beraturnya.

02. GO ON WEEKDAYS.... Eh.... AHAD PUN OK !

Tiket hari Selasa biasanya murah. Tapi takut tak free kan? Ahad pun OK. Tak ramai mana orang pegi kalau bukan time cuti sekolah. 

Hari minggu boleh pegi

Korbankan waktu istirehat

Demi keriangan berganda untuk anak anak.

Kat dalam tu kalau rengsa menunggu sebab ramai orang. Boleh beat the que.... !

03. GO EARLY ! STAY FIT !

Pegi awal.

Kalau boleh sebelum sphyx ni bukak mata lagi !

Tapi jangan la awal sangat...... Check dulu waktu operasinya

Singa pun belum bangun lagi...

Kawasan Sunway Lagoon theme park ni agak besar. Jadi nak kena menapak dalam tu.. so pastikan korang fit !

Cemana nak fit? Test dulu.. berdiri satu kaki macam ni setengah jam

Atau berzumba dulu dengan tarian Afrika

Tapi tak pe kat dalam tu ada train ni pusing keliling. Boleh la naik kalau malas bebenor nak menapak.

04. PARKING

Tak susah. Boleh parking dekat mall tu je.

Bawah ni....

Keluar parking je terus sampai entrance theme park

05. FOOD AND BEVERAGES

Faham. Faham. Aku faham.

Mesti dalam tu korang bakal lapar. Dah lah tak leh bawak makanan dari luar kecuali makanan dan susu bayi. Tapi jangan risau... ada banyak pilihan untuk mencekik dalam tu...

AWAS ! Lapar cemana pun jangan sesekali korang rembat makanan itik ke angsa kat dalam tu. Jangan tetiba bersemangat waja nak masuk Fear Factors sebab kelaparan.

Kalau terliur tengok peha ayam yang gebu sekalipun... Jangan tangkap dan sembelih !

Cari kedai yang sesuai

Dan beli lah.

Banyak pilihan makanan

Serta minuman

Dan aneka fast food ada di dalam taman tema ni. Sediakan duit je...

06. EMERGENCY/EXTRA EXPENDITURES

Ya.. sediakan duit je. Extra sikit.

Dalam tu ada jual macam macam. Jadi bersedialah emergency cash untuk sewa pelampung dan sewa locker. Belum kira anak nak beli itu ini. Pastu setiap 30 langkah kaki mengadu lapor. Nak beli makanan dan sebagainya...

Jangan rompak mascot mascot ni pulak

Dia orang ni pun pokai rasanya

Macam anak aku mengaruk nak pelampung ni. Kalau tak beli kang jadi patung cendara depan kedai menunggu.

Belum kira benda benda lain yang di jual. Aci tengok je lah... tak aci beli benda merapek aka mainan.

Boleh sewa lockers di sini untuk simpan barang

Sewa pelampung pun boleh

Dan............... game game dalam ni pun memerlukan duit kalau nak 'menikam'. Princess aku mengaruk nak suruh aku tikam, dia tak tau aku ni selalu bab bab menikam ni, gagal !

RIP Mr Wallet

07. PLANNING

Ini penting ! 

Korang ada less than 12 hours  kat dalam tu. Ada 5 theme parks. Ada berpuluh rides. Belum kira waktu menunggu. Waktu meninja di tandas awam. Dan macam macam waktu lagi yang terbuang dan memendekkan masa lawatan. Jadi rancang park mana nak pegi dulu supaya tak de lah ralat tak sempat nak cuba sebab park dah tutup.

Aku cadangkan kalau dengan family with young kids, masuk ke Wildlife Park dulu dan sudahi dengan Amusement Park so tengahari tu boleh berkubang dalam air dan enjoy water park sepuasnya. Memang penting untuk plan your activity. Rides....apa nak naik dan pastikan tak buang masa queue. Abis kurang kalau budak budak most of the time dia orang enjoy kat waterpark jer.

Fahami map taman tema ni

Wajib untuk kids ni. Lama nak kena spend masa di sini

Kenal pasti tempat mana nak spend most of your time supaya masa dan tempat lawatan dapat di maksimizekan. Barulah berbaloi baloi dengan harga tiket yang mahal tu.

08. SMOKING !

Ni penting untuk para dragons sekelian......................

 Dalam theme park ni memang la tak leh merokok sesuka hati ! Nama pun tempat public. Kena hormat tetamu yang lain.

Jadi tak boleh merokok sembarangan....

Bukan tak boleh. Merokok lah sampai muntah pun. Tak de yang larang. Janji di tempat yang di gazetkan.

09. MAKE USE OF THE FACILITIES AVAILABLE

Walaupun tempat ni tempat hiburan dan orang datang untuk jolly jolly, tapi ada kemudahan untuk rehat dan relaks. Banyak bench, gazebos, khemah dan tempat yang boleh duduk. Kemudahan lain macam surau, tandas, tempat tukar baju, tempat makan semua ada. Jadi gunakanlah sebaiknya.

Tempat rehat

Lockers kalau nak simpan barang.

Kerusi malas untuk yang datang dan nak bermalas malas

Kawasan santai dan istirehat

10. SAFETY FIRST & SENTIASA AWASI ANAK ANDA

Biasalah tempat tempat macam ni prone tu macam macam bahaya. Jadi kena sentiasa berhati hati jangan galak sangat. Orang kata terlebih suka akibatnya duka. Yang penting follow arahan dan instructions dan sentiasa berwaspada. Satu lagi, kalau pegi bawak kids.. kena selalu perhatikan dia orang. Jangan ambik mudah.. Tempat ni banyak tarikan.... sekilas khayal, lain jadi nya.

Bahaya ada di mana mana

Jangan mudah leka..... dan alpa

Sentiasa awasi anak anak anda

Hah. Tengok ni, anak hilang. Kereta sorong je tinggal. 

Nak naik rides pun kena ambik maklum apa yang perlu dan apa sebaliknya. Dan kalau budak budak kena sentiasa di temani ibu bapak atau orang dewasa

11. TOLERANSI

Tempat macam ni ada macam macam orang. Banyak orang banyak kerenahnya. Jadi, kena ready untuk selalu bertolak ansur. Paling penting, patuhi rules and regulations.


Sila patuhi larangan yang telah di tetapkan

Kalau kena beratur.. bersabar lah.. Semua orang beratur.


Ikut etika pakaian yang telah di tetapkan. Dan kalau tengok orang seksi, jangan sesuka hati jamu mata. Hormati lah orang lain.

Kalau badan besar gajah, jangan feeling feeling jadi sang kancil. Jangan tolak tolak orang lain.

Apa yang penting.... sentiasa bertolak ansur. Semua orang datang nak happy happy joy joy. Hafiz Hamidun je tak nak joy !

12. LAST BUT NOT LEAST .............. ENJOICE !!!

Semua orang datang dengan harapan nak enjoy...

Jadi pastikan semua orang dapat enjoy seadanya


Yeay !

The best day ever starts with you ! 

Kalau kita sentiasa waspada, elakkan dari perkara perkara yang boleh merosakkan mood dan perjalanan lawatan. Sentiasa ambil langkah selamat dan buat persediaan yang sewajarnya baru lah semuanya boleh menjadi elok belaka.

Jadi................  Terima kasih Sunway Lagoon ! 

Jangan lupa naik jambatan gantung. Tapi jangan sidai baju basah korang kat situ pulak


Dah last baru nak intro....

Sunway Lagoon Theme Park is the one-stop place for fun, whether you are aged 8 or 80! With over 90 attractions spread across 88 acres, Sunway Lagoon provides the ultimate theme park experience in 6 adventure zones — Water Park, Amusement Park, Wildlife Park, Extreme Park, Scream Park & Nickelodeon Lost Lagoon– Asia’s 1st Nickelodeon Themed Land. Come experience them all by booking your tickets online.

Once you step in, you can spend the entire day here! Explore the various dining options available at the theme park. If you need some place to sleep, we are just next door to the Sunway Resort Hotel & Spa.

SUNWAY LAGOON SDN BHD (211311-A)
3, Jalan PJS 11/11, 
Bandar Sunway, 
47500 Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Theme park tel: +603 5639 0000
Fax: +603 5639 0050
Email: ask_lagoon@sunway.com.my

Theme Park Operation Hours
Open Daily: 10:00am till 6:00pm

Nickelodeon Lost Lagoon Operation Hours
Weekdays: 11:00am till 6:00pm
Weekends: 10:00am till 6:00pm

39 comments:

  1. Entry ini ditaja oleh Sunway Lagoon.

    ReplyDelete
  2. Yeayyyy tq meng for the tipssss...xsabo ni, n yess aku mmg plan nak amik birthday package tuu...numpang birthday member...hehe tp serious la aku last pi 20 thn lps kot, aku byg kecik mcm dulu. Tp br nk tgk map, dh mcm USS plk aku rasa besar dia...kna plan mna nkpi la nnti ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaburkan semua bayangan yang ada... kena try tips berdiri kaki sebelah utk kekal fit di dalam taman tema ni nanti...

      aku belum masuk USS
      sekian !

      Delete
  3. well...... mcm ni kalau 10 tahun pegi sekali... hehehe

    ReplyDelete
  4. Kalau pergi hari Selasa yg Quacktastic Tuesday tu tk ramai ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab hari bekerja kan so tak ramai sgt la kot....

      Delete
  5. Nak tanya, jikalau saya nak makan di dalam theme park, mereka menerima cash tak? Kerana saya akan tengok orang lain ada cakap tentang rubber stripe ? Apa fungsinya? Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. dia accept cash and cards. yang rubber stripe tu mcm cashless band utk beli makanan juga kalau tak nak bawak cash. tapi kena reload siap2

      Delete
  6. harga tiket for adult still rm120 right ? with myKad ?

    ReplyDelete
  7. pergi ni time cuti sekolah ke atau hari biasa je ?mmg dia bukan hari2 ke sunway lagoon ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari hari buka... masa ni bukan cuti sekolah. hari minggu

      Delete
  8. Hi ,
    Pelampung baby boleh bawak sendiri tak ? Atau kena sewa dlm tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya boleh. inflatable kan? tak sure baby punya pelampung ada sewa ke tak. mcm tak de je

      Delete
  9. Kalau kat amusement park tu kan. Kita kena bayar utk every game yg nak main ke ? Ke dah include dgn ticket ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ada yang free yang boleh try. ada jugak yang berbayar pakai token. kena check kat situ

      Delete
  10. terhibur den baca entry ni.. best.

    ReplyDelete
  11. Kalau datang dari negeri lain, nk sewa kat mana ye yang dekat dan murah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya hotel ke? area sunway tu banyak hotel. ada yang murah ada yang mahal. nak paling dekat try Clio Sunway

      Delete
  12. kalau beli tiket selasa tu.. kena beli online saje ke atau boleh beli di kaunter

    ReplyDelete
  13. perlu ke tunjuk ic nak masuk tu? cmne kalau org luar yg takde pasport ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ke org luar tak de passport? ic tu utk dapat harga warga. kalau org luar harga lain. tak perlu passport la kot

      Delete
    2. So member sye yg xde pasport tu leh masuk ke?

      Delete
  14. ni gambar pergi weekdays ke? cam ramai jer beratur tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. weekend... sunday tak silap. x ramai sgt la. acceptable je. dah tak ramai org pegi. banyak arabs jer

      Delete
  15. hahaha lawak la entry ni xD
    anyway sangat2 bagus all the info.
    and thank you for the nasihat. good job (Y)

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum. Untuk perempuan muslimah. Pemakaian macam mana ya? Kalau pakai purdah boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusallam..

      Nak masuk rasanya takde masalah. tapi kalau nak mandi rasanya kena bukak kot. Tak pasti. sila rujuk official website for dressing code.

      Delete
  17. hai nak tanya, ticket boleh redeem bila bila masa ke asalkan dalam bulan birthday ke?

    terima kasih

    ReplyDelete
  18. Hai..nk tanya pemakaian dari fabric cotton blh ke..sesetengah water park material jersi je blh pakai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai baju kelawar tak buleh lah. rasanya yang bersesusian lah. boxer macam kurang manis jugak.

      ahaks.

      sebenarnya tak pasti gak. cuma maybe skrg kena pakai mask.. hahhahaa

      Delete