Pages

Wednesday, December 27, 2017

MX4D : Justice League

Jom tengok wayang ! Dah lama tak tengok wayang. Maklum lah busy, banyak undangan sign sign autograph peminat di ceruk rantau kota dan desa.

Rasanya last movie aku tengok dulu adalah Guardians of the Galaxy pastu lama tak pegi. 

Baru baru ni since Star Wars ditayangkan di pawagam aku pun teruja lah. Cari cari masa dan kebetulan budak budak tak de, so gi dating tengok wayang.

Tempat pilihan adalah di MBO, The Starling Uptown Damansara

Dengan semangat membara gi tengok wayang hari bekerja. Time tu hujan lak tu. 

Sampai parked kereta dan terus ke tingkat 5 

MBO The Starling

Aku memang sengaja pilih nak tengok kat MBO kat sini sebab wayang kat sini ada special halls dan additional features yang tak de kat MBO lain. 

Antaranya.............

DOLBY ATMOS, Laser Projection, MX4D dan Auro 11.1 

Di samping tu ada Hall Hall seperti Big Screen, MBO Primier dan MBO Kecil.

Dan aku memang nak try MX4D

Teruja masa booking ticket online tu, tengok ada kosong kat Hall MX4D tu terus booking. Masa sampai gi claim ticket dan terus je masuk ke hall yang MX4D ni sebab dah nak start. 

Tak de masa nak beli air ke popcorn... punya lah tak zabar..................

Claim tiket yang dah di booking online

Excited

Dan tak sabar..... MX4D ni kiranya seat dia macam motion seats. Bergerak ikut scene dalam movie yang kita tengok tu.

Masuk dalam hall tu lepas check tiket, tetiba OR aku tanya.

"Awak kata nak tengok Star Wars kan?"
"Ya lah !"
"Kenapa tiket Justice League?"

Jeng Jeng Jeng....

Tetiba aku rasa macam nak koma dan buat buat mulut berbuih ! Rupanya aku salah beli tiket !!! 

Dang !!!!

Dah lah aku memang tak nak tengok movie tu sebab member aku kata tak best. Lagi pun dalam tu kan aku sendiri berlakon. Aku mana boleh tengok lakonan sendiri. Malu !

Nak tak nak, terpaksa lah masuk......

Pasrah.... ni lah bahana kalau excited nak booking tak check movie apa...

Terpaksa lah tengok lakonan sendiri.. No camera please !!!!!!!!!!!!!

Bingung aku sekejap di buatnya. Patut lah nampak hall tak penuh sebab selalu kalau MX4D theater ni asyik penuh jer... Kali ni tak de orang. Ada 3 orang amoi datang bawak selimut ! Santai abis.

Duduk je lah. Layan.....

"Kau dah kenapa Meng??? Boleh lak silap beli tiket... "

OR aku siap boleh keluar lepas tu dan menghilang.... memang selalu macam tu dan dia akan masuk bila movie tu dah setengah. Biasalah kalau tugas dia cuma meneman dan bukan dia yang nak tengok sendiri movie tu.

Terpaksa aku layan lakonan sendiri... sendirian..

Now nak citer pasal theater MX4D ni pulak.

Macam aku cakap feature utama dia adalah seat ni boleh bergerak.

Seat dia satu geng tu 4 seats altogether... Dan seat ni akan bergerak mengikut scene dalam movie tu ! Macam naik roller coaster gak lah. Tetiba je ke kanan, pastu ke kiri... goyang ke atas bawah. Eh... memula syok lama lama aku jadi pening !

Effect lain, kalau ada letupan dalam scene, tetiba bau belerang kat luar. Kalau tembakan, tetiba flash light suluh ke muka macam real. Angin, asap, air, dan satu benda kat kaki melibas libas akan take turns memperdaya minda seolah olah kita berada dalam cerita tu.

Tapi macam aku cakap lah.. lama lama pening kepala. Scene tak berpusing tetiba kerusi tu boleh terjungkit. Boleh tahan lak tu dia punya pergerakan. Kalau setakat feel feel nak makan pop corn time movie yang action pack tu lupakan je. Mau berterabur pop corn lepas tu. Kalau bergigi palsu pun kena fikir dua kali takut tetiba tercampak jatuh kat kerusi depan.

OR aku masuk kendian, dia tak tau pasal seat ni, tetiba duduk je seat bergerak. Hah kau ! Nasib tak menjerit kuat tapi terkejut gak lah dia. Rasakan... tu lah pembalasan si pitung bagi yang suka tinggalkan aku tengok wayang sorang sorang !

Cuma ada scene macam tak berapa tally jugak dengan motion seats tu so memang pening kepala lah. Syok kejap je masa  mula mula. Lepas tu dah rasa huru hara.

Tapi aku rasa kalau terbaik duduk kat MX4D Hall ni tengok PENGABDI SETAN !

Mau kena sampuk semua orang lepas tu kat situ sebab effect yang real angin asap air api meletup kebabo ! Semua ada. Siap kat kerusi tu ada speaker kecik, mau nya keluar segala bisikan bisikan ngeri silap silap boleh buat penonton lari....

Anyway as expected, Justice League agak mengecewakan. Kecewa dengan lakonan sendiri rasa macam nak berhenti berlakon je lepas ni.

Tapi experience menonton di cinema dengan kesan khas MX4D ni adalah satu pengalaman yang berbeza.

Bagi aku tengok movie gak lah, kalau movie best, syok jugak. It is an experience. Dan bukan untuk semua movie sebab kalau movie sendu sendu apa kejadah lak kerusi ni nak bergerak tak tentu pasal !

Cuba lah ! Harga tiket RM 30 sorang.

Tak de rejeki nak layan Star Wars

Terjumpa kawan lama. Tapi dah lama friend zone dengan dia.

Abis wayang, kami gerak keluar

Sebab badan bergoyang bergoncang kat 2 jam dalam movie theater tu, perut jadi lapar

Gi Vicchuda.


Makan !

Alhamdulillah kenyang. Tapi still aku tak leh terima cemana aku boleh tersilap beli tiket wayang ni ! Ini semua mungkin perbuatan khianat anasir anasir liar yang mahukan aku menonton lakonan sendiri !

Tapi tak per... aku maafkan mereka... Benda benda macam ni biasa.... 

Ia datang dan pergi. Saya .... 

 
.......pasrah dan berjanji akan lebih memantapkan lakonan saya di masa masa akan datang agar tidak di kecam sembarangan

Sekian !

12 comments:

  1. lama tak tgk movie since ada anak kecik... besntnya MBO Starling mall ni..byk kali liez pergi sana tapi tak jejak lagi kaki ke MBO..nnt kena pergi jugak
    _www.mrsliez.com_

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh la pegi.... boleh rasa pengalaman beza sikit dr cinema yang lain

      Delete
  2. ayat pembalasan si pitung tu tak leh blah hahahaha
    tu filem masa kecik2 dulu tu meng...cite ape tak ingat la

    ReplyDelete
  3. Klakarlah post ni 🤣🤣🤣... terkekek2 sorang2 tngh meeting. Blh pulk slh belik tiket. Tp sya pernah juga... belik tiket online tngk di ioi mall tp p ke alamanda.. mna nk adanya cerita... tiket belik tmpt lain nk p tngk tmpt lain... adeehhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib la kan. kdg kdg excitement terlebih.. sampai tak fokus pd details. tu yang salah beli/salah tempat, nasib tak silap beli citer tamil ke

      Delete
  4. pembalasan si PITUNG? hanya otai otai je tau cita ni.hahaha.ni cohort 4 series ni.hehe

    ReplyDelete
  5. Ishh.. patut tgk Si Buta Dari Gua Hantu dlm panggung nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah.... kang abis wayang ramai yang cedera. ambulance standby siap2

      Delete
  6. Dia akan pakai spek tak utk nampak 3d tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni rasa tak de spek 3D.. sebab seat dah bergegar karang spek terbang ntah ke mana mana

      Delete