Pages

Wednesday, December 20, 2017

HOKKAIDO 2017 - Otaru

Otaru adalah bandar pelabuhan kecil  di pesisiran Laut Jepun.

Terletak di bahagian barat Hokkaido tempat ni terkenal sebagai “Pintu masuk ke Hokkaido melalui jalan laut”.

Perjalanan hanya lebih kurang setengah jam dari Sapporo dengan menggunakan keretapi.


Pada zaman dahulu tempat ni adalah tempat industri yang penting untuk perikanan. Masih banyak gudang gudang lama dan bangunan yang lama digunakan zaman dahulu dikekalkan untuk menarik perhatian pelancong.

Keunikan bangunan bata merah Otaru dan sistem terusannya yang jernih yang menjadikan kawasan ini damai dan menakjubkan. Terusan ini menjadi sebahagian dari laluan penting bagi kapal kapal kecil yang bertindak sebagai pengangkutan untuk membawa barangan dari kapal besar ke gudang gudang

So memang kawasan ini menjadi tumpuan pelancong tempatan dan asing yang datang untuk melihat sendiri Otaru Canal dan tinggalan sejarahnya di sini.



























Tarikan utama di Otaru ini adalah Otaru Canal.  

Bermula tahun 1980an terusan ini telah dibaiki dan dikekalkan sejarahnya untuk tarik minat pelancong ke Otaru. Gudang2 berdekatan di tukar menjadi kedai makan dan juga muzium.

Otaru yang merupakan bandar yang mempunyai penuh nilai sejarah mempunyai banyak museum.

Otaru Canal terkenal di Jepun sebagai menjadi lokasi pengambaran filem tempatan serta mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Disini juga terdapat restoran makanan laut seperti King Crab dan sewaktu dengannya.


Berdasarkan review, Otaru lebih cantik dilawati pada musim sejuk. Disini juga diadakan Otaru Snow Light Path Festival yang biasanya diadakan semasa Sapporo Snow Festival pada Februari setiap tahun.

Otaru juga terkenal produk kraftangan kaca dan music box buatan tangan yang cantik dan berkualiti untuk dijadikan buah tangan selain daripada beberapa lagi tarikan seperti jam besar menggunakan wap dan syurga makanan laut yang segar.















Di Otaru ada satu jalan terkenal iaitu Sakaimachi. 

Dahulunya bandar ni berkembang sebagai bandar pelabuhan dan kebanyakan bangunan dibina berkonsepkan barat. Namun kini bangunan bangunan ini dijadikan kedai makan, kedai cenderahati, museum dan sebagainya.

Antara tempat famous boleh lawat di Sakaimachi ni Muzeum Bank Japan, Venetian Glass Art Museum dan Otaru music box museum.

Otaru di hubungkan dengan jaringan train JR dan berhenti di Otaru Station. Perjalanan sekitar Otaru boleh di lakukan dengan jalan kaki sajork.

Jangan lupa singgah di Otaru kalau ke Sapporo. Keindahannya menunggu !



Ku begini seperti selalu
Membilang waktu berlalu
Entah berapa lama aku tak sedarinya
Berapa lama harus menunggu

Aku mimpikan suram cahaya
Bertukar cahaya indah
Semoga tiba hari bersinar ruang hati
Menyuluh arah jalan kembali

Ku tunggu angin perubahan
Barat utara timur selatan
Meniti doa malam dan siang
Teranyamnya semula ikatan
Sayang semua (nya) hanyalah mimpi
Kenyataannya langit dan bumi
Aku di sini engkau di sana
Sayup jauh terpisah
Entahkan kerana sayangku
Ataupun kerana sabarku
Kumenunggu

Airmata dan senyuman
Antara mimpi dan harapan
Adalah rindu semilu menghiris kalbu
Yang terlalu menyanyi
di akhirnya terkorban diri
Menyedari itu aku putuskan
Pasrah segala pada tuhan

Masih lagi seperti selalu
Membilang waktu berlalu
Semoga tiba hari bersinar ruanghati
Menyuluh arah agar kembali

6 comments: