Pages

Saturday, December 9, 2017

HAYAKI CAFE, Seksyen 13 Shah Alam

Seksyen 13, Shah Alam adalah kejiranan kecil yang terletak di Shah Alam yang pesat berkembang.

Terletak di kawasan Lembah Klang, kawasan pegangan bebas ini datang dengan pelbagai pembangunan di sekitar kawasan ini. Pusat bandar Kuala Lumpur dan bandar utama lain terletak hanya kurang dari 30 minit dari bandar ini.

Kawasan ini terdiri daripada pembangunan bertingkat tinggi dan harta tanah seperti kondominium, pangsapuri, asrama, separuh berkembar, teres, banglo dan pembangunan bercampur. Kebanyakan harta yang lebih tua adalah kediaman kos sederhana. Antara hartanah yang terdapat di kawasan ini ialah Sri Alam, Pangsapuri Persanda 3, Pangsapuri Perdana, Sri Acappella dan Laman Seri. Kawasan ini juga dihubungkan melalui lebuh raya iaitu Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Guthrie Corridor dan Lebuhraya Utara - Selatan Lebuh Raya (ELITE).

Di sini juga terdapat pelbagai pelbagai kemudahan dan di antaranya adalah Stadium Shah Alam, Stadium Melawati Shah Alam, Litar Go-Kart, Taman Ekstrem Shah Alam, Rock Climbing dan Skate Park, Mahkamah Sukan Jam Futsal, Dewan Multi-purpose MBSA, Istana Bukit Kayangan , Pusat Bahasa Inggeris Cambridge, tadika, Tesco Extra, Pusat Akuatik Darul Ehsan, gimnasium, Kolej PTPL, Universiti KUTPM, Pusat Perniagaan Dunia Sedunia, Kelab Shah Alam Selangor, Universiti Sains Pengurusan, Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Seksyen 13 Sekolah dan Giant Hypermarket Shah Alam.

Apa benda merapek ni? Gila intro panjang berjela. Padahal nak bagitau pasal salah satu tempat makan yang aku sempat singgah makan sewaktu menginap di Acappella Suite Hotel di Seksyen 13, Shah Alam ni.

Ya. Tu je yang aku nak bagitau.

Tempat makan tu nama dia Hayaki bukan Hayati

Sri Acappella 

Sebenarnya masa stayed kat Acappella tu nak makan malam tapi malas nak drive keluar so kami jalan kaki je pusing ke belakang. Ada few kedai, restaurants dan tempat makan.

Tapi kami memilih Hayaki ni sebab kedai ni yang kami jumpa dulu.

 
Hayaki? Kedai Jepun ke ni?

Musykil jugak aku dan jadi tertanya tanya. Kalau jual makanan Jepun sah sah aku tak masuk sebab aku tak tau nak makan apa. Rupa rupanya aku pernah perasan kedai Hayaki ni wujud dah dekat area Uptown Damansara tu...

Memang aku ingat kedai Jepun sebab tu aku tak pernah nak usha !

Kali ni meh kita usha.. Apa benda yang di jual di restaurant Hayaki ni???

Nasi Ulam !

Hah? Kedai Jepun jual nasi ulam??????? 

Ini perkara baru. Harus di bawa ke tengah !

Sebenarnya.. aku pun baru tau yang Hayaki ni adalah kedai Kelantan uols.... !!!

Kelantan terkenal dengan pelbagai hidangan lazat, dari pelbagai jenis nasi menyiram mulut dan kari kepada pencuci mulut yang indah yang terdapat dalam rasa dan warna yang berbeza.

Bermula pada tahun 2003 dari ibukota negeri Kelantan - Kota Bharu, kami di Hayaki mengambil berat tentang kualiti makanan dan perkhidmatan yang kami sediakan. Bersama dengan janji kami untuk memastikan pengalaman terbaik kepada para pelanggan kami, kami bersumpah untuk membawa anda resipi asal terbaik dari Kelantan yang telah dipelihara secara bersemangat untuk generasi.

Lepas pasti yang sahih bukan kedai Jepun, makin teruja aku nak mencuba makan di sini.

Hok aloh..... bakpo dok royak !!!!!

Sebelum tu, usha setting cafenya dulu.............




Seating dia ada yang kat luar. Boleh lepak lepak style mamak. Dan boleh jugak kalau nak makan dengan rasa nyaman beraircond so boleh makan di belah dalam.

Adik waiter... tolong ambik order ! Eh. bukan waiter..

Anak aku ni kalau dapat phamplets ke flyers ke.. jenis suka kumpul.. Pastu bersepah.

Usha menu dia dulu....................

Menu menu utama

Pelbagai nasi nasi

Doh.. nok makey gappo gakkkkkkk

Minumey blambok lana.... Dok reti nok pilih tekok sediri...

Pencuci mulut. Hok alosss.... banyok laaa.. macey macey  

Ado jugok set set promosi.... order skali makey sunggoti

Memang beraneka menu dia. Macam macam ada. Nak order apa pun tak tau...... tapi antara yang ada di sini termasuk lah...

Nasi Kerabu Ayam Percik.
Nasi Ulam.
Nasi Dagang.
Nasi Kukus.
Chicken Chop.
Mango Ice Rock.

Rasanya ni semua menu menu yang popular di sini.

Apa kami order dan makan?

Nasi apa ntah

Nasi dan Chicken Chop Hero

Chicken Chop aku

ABC Princess

Ice Lemon Tea

Roti peanut dan aiskerim. Princess la ni jugak. Makannya tidak.

Sebenarnya time tu tak de lah lapar sangat. Tapi aku saja paksa budak budak turun makan sebab takut malam malam kang dia orang lapar.

Jadi kami makan tak abis. Tak sure lah sebab kenyang atau kurang kena dengan selera. Tapi bagi aku biasa biasa jer...........

Aku rasa makanan dekat Toran Cafe tak jauh dari sini tu sedap lagi ! Tapi makanan dia agak variety so boleh la berkunjung lagi dan order benda lain pulak.

Kos makanan RM 59. Murah gak lah.

Boleh lah mencuba kalau nak makan makanan Klate tanpa perlu kelik Klatey. 

HAYAKI SHAH ALAM
Sri Acappella Serviced Apartments
Jalan Lompat Tinggi 13/33
Seksyen 13
Shah Alam Selangor

Phone: 03-5524 5477
Open everyday 24 hours

More info : http://hayaki.my/
FB : Hayaki Cafe

Branches:
1. Jalan Pintu Pong, Kota Bharu (09-7479825)
2. Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu (09-7471177)
3. Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu (09-7478877)
4. Tune Hotel, Kota Bharu (09-7472677)
5. Platinum Walk, Setapak, Kuala Lumpur (03-4142 2477)
6. Damansara Uptown, Petaling Jaya (03-7732 9912)

Selamat berkunjung !

4 comments:

  1. Hok di KB buleh kiro sedak, aritu ado buko di sek7 shah alam tok sedak apah, malu ambo oram kelatam

    ReplyDelete
    Replies
    1. hok di KB air tangan org dinung buat.. baru authentic.. sapa sini.. silap2 acik acik indo yang masak..

      Delete
  2. tersedak aii bila nama ku disebut...hahaha...Kalau restoren Hayati, aku bagi ko makan free Meng...kepala gajah ko nak makan sekali pun..ko makan la...aji bakhil sanggup membayar nya..eh..dah ke p.ramlee?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermmmmmm mcm ni la kawan kawan. bagi makan kepala gajah.
      creme brulee ada? yang sedap !

      Delete