Pages

Monday, November 6, 2017

Balkan 2017 : 01 - QATAR

Negara Qatar terletak di semenanjung Teluk Parsi, di bahagian timur Arab Saudi, Timur Bahrain dan Barat dari Emiriah Arab Bersatu. 

Sejak pertengahan 1800-an, Qatar telah melalui perubahan dari sebuah negara kecil kepada sebuah negara berkuasa besar hasil minyak dan gas asli, dan menjadikan Qatar sebuah negara yang mempunyai pendapatan per kapita yang setara dengan negara-negara industri utama di Eropah Barat.

Qatar menjadi ibu pejabat stesen televisyen Al Jazeera dan pantas mendapat minat di kalangan warga asing setelah penganjuran Sukan Asia 2006 dan seterusnya bakal menjadi tumpuan dunia sebagai tuan rumah Piala Dunia FIFA 2022 nanti.


Teluk Parsi


Doha maju walaupun dikelilingi padang pasir

Fakta ringkas mengenai Qatar.

Capital Doha
Government Traditional monarchy
Currency Qatari riyal (QAR)
Area 11,437 km2
Population 2,168,673 (2013)
Language Arabic (official), English commonly used as a second language
Religion Muslim 67% (Christianity and Hinduism both at 13.8%)
Electricity 240V/50Hz (UK plug)
National Symbols: Flag: maroon with white, Animal: Arabian Oryx

Doha adalah ibu negara Qatar. Ia adalah bandar moden dan pesat membangun dan menjadikannya sebagai salah satu bandar utama di negara negara Teluk selepas Dubai. Banyak bangunan dan pembinaan di laksanakan dan melibatkan pelaburan yang begitu tinggi dalam proses menjadikannya seperti apa yang sekarang.


Doha

* Aku singgah di Doha sebab transit penerbangan Qatar Airways. Sepatutnya transit melebihi 6 jam boleh join free Doha City Tour yang disediakan oleh pihak airlines tapi memandangkan jadual tour tu tak tally dengan time aku, so aku figure out sendiri nak keluar jalan jalan di bandar Doha ni.

* As of now, Malaysian tak perlu Visa untuk melawat atau transit di Doha, tapi time aku apply free Transit Visa thru Qatar Airways. Boleh isi online siap siap sebelum berangkat.

* Untuk tour di Doha ni, aku beli Day Pass untuk naik bas dengan route route terpilih di bandaraya Doha ni. Pass tu boleh beli kat airport harga QAR 10 (RM 11)

* Yang kelakarnya, tak de orang pun dalam bas tu kecuali drebar dan dia dengan baik hatinya jadi personal chauffeur aku hari tu jalan jalan keliling Doha ni. Siap dia berhenti dan tunggu aku berhenti ambik gambar dan bagi can aku hisap rokok ! Last last aku lak kena jadi personal photographer dia ! Sapa yang jadi pelancong sebenarnya ntah !

* Personally bagi aku Doha ni memang City Tour je lah yang ada. Kalau nak tengok senibina bangunan bangunan memang boleh la datang. Tapi tak perlu nak spend masa lama lama pun sebab tak de apa. Transit few hour dah boleh gi usha usha keliling. tapi ingat jangan sampai terlepas connection flight pulak ! Doha ni mahal dia boleh tahan................ !

* Jam tangan aku rosak masa dalam flight, so aku memang tak betah tak de jam di tangan. Sampai airport Doha terus cari jam baru. Terbang ongkos !!! Tak de la murah mana pun barang barang dia. Tapi airport dia memang best !

* Salah satu tempat menarik di sekitar Doha dan aku teringin nak usha tapi tak berkesempatan adalah the Singing Sand Dunes.

Usha tempat tempat menarik di sekitar Doha.


Doha ni ada banyak muzium. Salah satu yang tersohor adalah Museum of Islamic Art di mana bangunannya di bina oleh I M Pei. Masa aku datang ni public holiday so muzium tutup.


Bangunan bangunan yang sedang di bina. Ni area yang lama sikit

Walaupun negara berpadang pasir, tapi jalan raya dan tumbuhan di tanam dengan baik sekali di sini.

Sheraton Grand Doha Resort & Convention Hotel

Pencakar langit

Jambatan masih dalam pembinaan

Doha

The Pearl Qatar

Zig Zag Towers

The Pearl Qatar

Lagoona Mall

Pencakar langit di bandaraya Doha

Mall

Modern buildings in Doha along the Corniche

Kawasan jalanan utama di Doha yang dihiasi dengan pokok pokok palm

Dhow. Perahu tradisi yang boleh bawa pelancong berlayar sekitar Perairan Teluk

Westbay

Museum of Islamic Arts on the Corniche

Doha City Center

Oyster and Pearl statue

Doha Bay

Museum of Islamic Arts, Doha

Al-Corniche

Suasana jalanraya di bandaraya Doha

Spiral Mosque - Qatar Islamic Centre

Banyak tempat tempat local shopping yang dikenali sebagai Souk di Doha. Antara yang glamer adalah Souq Wakif. Tapi sebab public holiday, tutup semuanya.

Doha

Teddy bear besar di airport Doha

Doha dari udara

The Pearl, Doha

Sunset Doha

Dan berikutnya adalah fakta menarik mengenai Negara Qatar ni.

01 - Qatar secara teknikalnya adalah negara terkaya di dunia.

02 - Penduduk Qatar mempunyai kekayaan yang ada yang rekod kekayaannya melebihi sebehagian kekayaan penduduk dunia

03 - Tuan tuan tanah dan gedung gedung besar di London kebanyakkannya di miliki oleh orang Qatar termasuk lah Shard, Harrods, Chelsea Barracks and the Olympic Village, as well having a stake in Canary Wharf.

04 - Jumlah imigran di Qatar melebihi 90 peratus penduduk Qatar sendiri.

05 - Jumlah penduduk lelaki melebihi kaum wanita di Qatar.

06 - Qatar akan menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA pada tahun 2022. Ia akan menjadi negara Timur Tengah yang pertama untuk menjadi tuan rumah kejohanan. Disebabkan panas musim panas di sana, Piala Dunia tidak akan diadakan pada bulan Jun atau Julai seperti biasa, tetapi pada bulan November hingga Disember. Terdapat persediaan utama yang dilaksanakan di negara ini, termasuk 9 buah stadium yang baru dibina.

07 -  Petrol sangat murah. Sebuah kereta standard akan menelan belanja sekitar QR 50 untuk mengisi tangki dengan petrol premium.

08 - Qatar mempunyai KDNK per kapita tertinggi di dunia serta menjadi pengeksport gas cecair terbesar. Pendapatan minyak dan gas negara merupakan faktor penyumbang besar kepada KDNK.

09 - Penduduk Qatar adalah yang paling tinggi tahap obersitinya. Banyak orang kaya gemuk la jadi nya.. Hehehe.

10 - Qatar adalah salah satu negara paling selamat di bumi kerana tidak ada sebarang natural disaster direkodkan di negara ini.

Doha Airport yang dikenali juga sebagai Hamad Inernational Airport antara airport dan airlines terbaik dunia


Doha at night

Dari Doha, aku berangkat untuk penerbangan terus ke Athens, Greece.

Sampai Athens tak jumpa cari penginapan yang di tempah. Melilau sampai 3 pagi. Stress sampai ke tulang pipi !

Baru nak start travel, mood dah start tak tentu hala............ ? Pernah?



Pengalaman mengajarku
Jangan mudah meluahkan isi hatiku
Tapi bila ia melamarku
Senyuman ayumu hatiku luas terbuka
Yang kuidamkan musnah
Yang kugenggam terpisah

Aku pernah, jatuh cinta
Kerana cinta diriku merana
Aku pernah bahagia
Kata manisnya buat ku terpedaya

Biarkan aku temankan pilu
Haruskah cinta oh kejam padaku
Uhh yeahh

Kini mula ku terasakan
Degupan hatiku mula rasa oh gelisah
Kehadiranmu ku mengharapkan
Akan menghilangkan kegelapan di hidupku
Kau yang seharus yang pertama
Agar terakhir selamanya

Yang ku lupa, kisah yang lalu
Akan ku gubah oh hidup yang baru... uh yeah...
Kerana aku pernah... pernah yeah...

Kisah yang lama mengajar aku
Agar bahagia hidup bersamamu

Hey hey... Yang ku cinta...

11 comments:

  1. Wahh, abg Meng cerita pasal Qatar..thank you..walaupun sikit, tetap informatif...bersungguh2 baca semua point, smpai no.9, gelak besar kejap😄 no.2 tu, sangsang isang...beyond my imagination...tunggu entri Athens pula 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak tulis full entry tapi mcm tak yakin kerajinan tu ade.. nanti la share gambar lagi dgn mamat teman tapi mesra di doha ni

      Delete
  2. Adventure ke Balkan bermula...best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. citer separuh je dulu... yg lain nanti nanti

      Delete
  3. drebar bas tu org Qatar jg ke? sian dia, selalu bw pelancong, tak pernah amik gambar kot..maknanya sikit % poligami kt sini, wanita kurang..hihi..

    mcm tu lah sepatutnya..pengeluar minyak, harga petrol murah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia org nepal... masalahnya dia punya nak posing mengalahkan model. suruh ambik gambar dia tengah photog dgn slr sebab nak masukkan dlm insta dia..

      pastu ambik gambar dia dgn bas. pastu ambik gambar dia tgh jalan.

      aku ke dia ntah yang pelancongnya

      Delete
  4. Best ah dah xyah bayar visa. Aku aritu kena RM100+ untuk VoA. Anyway, aku rasa bas tu ah yang cleaner airport kat sana bagitau aku. Tapi hampeh kat info counter kata xde tour bus. Pasal tu kot xramai tau kewujudan bas tu hence explain why ianya xde passenger.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang x ramai.. yg naik pun semua pekerja pekerja asing mcm cleaner etc yang nak balik rumah dari airport..

      ramai sgt org kaya kaya.. bas bas dia org tak pandang

      Delete