Pages

Tuesday, November 21, 2017

01 - KUANTAN 2017 : Jalan Jalan Cari Makan Kuantan

Dengan kuasa sakti Pintu Sukahati Doremon, kita kini berada di Kuantangggggggggggggg !!!!

Sebenarnya trip lama. Highlight dan muncul di sini dulu.


Memang pegi untuk bercuti, jadi aktiviti santai mantai jer.. Macam dah lama tak ke Kuantan sebenarnya tu yang usha sampai ke sana.

Lihat perubahan bandar Kuantan kini..............

Bangunan bangunan lama

Bangunan bangunan baru

Mall yang ada

Bangunan bangunan yang muncul dengan pembangunan bandar Kuantan ni

Entry ni aku share few tempat yang aku redah semasa di Kuantan dalam misi jalan jalan cari makan !

Kalau nak di ikutkan banyak tempat makan yang menarik dan popular, tapi sebab tak banyak masa. Pegi pun 3 hari 2 malam je dan duduk agak jauh dari bandar Kuantan, jadi usha la mana mana sikit yang ada. Mana tau boleh di jadikan panduan kalau sesapa ke sana !

Sampai di Kuantan kami terus menuju ke Tanjung Lumpur.

Jalan raya di Kg Tanjung Lumpur

Kawasan ni pernah jadi tempat permainan aku masa kecik kecik dulu. Kini dah berubah. Dah menjadi port makan di Kuantan ni. Banyak kedai dan gerai di buka di tepi tepi jalan dan di buka mengikut ketetapan waktu tertentu. Ada yang untuk sarapan pagi. Makan tengahari dan juga makan malam.

Kedai kedai jual hasil laut pun banyak

Salah satu kedai yang popular di sini adalah Ana Ikan Bakar Petai.

Memang diketahui umum untuk yang mencari makanan dan masakan seafood ala tomyam dan pelbagai jenis lauk pauk.  Tapi rasanya di buka waktu petang hingga ke malam. Aku tak try pun sebab tak sempat nak datang makan.

Tapi macam macam la orang kata tak de la sedap mana. Ada orang kata mahal. Ada kata orang selalu ramai so kena menunggu lama. 

Kalau ada kekentalan jiwa untuk melawan itu semua, silalah berkunjung !

Tak jauh dari Ana ikan bakar tu, ada gerai nama dia MokNa !

Mokna ! Tepi kalan je

MokNa ni di buka untuk makan tengahari.

Jadi di sini lah kunjungan kami untuk mengisi perut yang mengilai kekosongan !

Apa ada di sini?

Selain daripada menjual lauk pauk untuk makanan tengahari, ada jugak kuih muih dan pelbagai jenis juadah.

Memang rambang mata kalau sampai sini.

Usha je la gegambar..













Memang rambang mata !

Nafsu makan pun tetiba bercelaru sebab tak tau nak decide mana satu.

Tapi sebab aku lapar nasi. Aku makan nasi jer.

Yang lain makan macam macam. Maklum la.. pegi konvoi ramai ramai ni, selera pun variety. Ada yang nak keropok, ada nak satar. Ada yang nak sotong sumbat.

Makan je lah. Janji bayar !

Kan??

Overall makanan di MokNa not bad. Yang penting banyak choice. Harga pun not bad lah !

Kemaman Station.

Malangnya tak sempat nak try sebab masa sampai tu dah nak tutup

Rest of the trip kami makan di hotel je sebab malas nak keluar.  Tapi sempat la singgah kat gerai etc try try makanan yang ada di area Kuantan ni.

Memang banyak pilihan. Lagi baik tanya orang tempatan, pasti mereka lebih arif dan tahu mana satu yang paling gah dan wajib di serbu !

Putu piring

Satu lagi kedai yang kami sempat singgah di bandar Kuantan ni adalah....

Bukan nama dia kedai GIGIH !.

Nama restoranya Sri Kampung Satu.

Menyediakan banyak aneka masakan tengahari untuk jamu selera. Lauk memang banyak tapi hari tu kami lewat sikit so banyak dah abis.

Terletak di alamat :

RESTORAN SRI KAMPUNG SATU
B-282/2, Jalan Dato Lim Hoe Lek  
25200 Kuantan


Fatin pun ada di sini.

Sekali lagi, kalau nak tau tempat makan yang sedap dan lebih menarik kena try tanya local. Aku pun tak sempat nak explore abis abisan....

Ni je yang sempat. Alhamdulillah.. semuanya tak mengecewakan !

Selamat mencuba !

bersambung..................

9 comments:

  1. Gambo sblm ikang celup tepung sekor tu mende?

    ReplyDelete
  2. Abam Meng skoloh kuantan ke dulu?

    Tempat makan sedap kat Kuantan doksoh tanya saya la. Sebagai perantau, bila balik Kuantan sebulan sekali, makan mok masok je. Ekekeekek

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sekolah kat kuantan pun tapi kuantan adalah salah satu bandar tempat aku membohjan.. tu yang agak familiar skit tu...

      kalu org kampung balik memang makan dumoh la kan..... mok masok lagi sedakkkk

      Delete