Pages

Wednesday, October 25, 2017

TREE STEAK HOUSE, Sungai Buloh

Gemar makan steak? Mencari steak steak yang hebat dan lazat?

Jom ! Kita terjah ke Tree Steak House di Sungai Buloh ni.

Tree Steak House. 

Lokasinya betul betul jalan besar Sungai Buloh sebelum Kg Paya Jaras.

Aku sebenarnya ada urusan di area Sungai Buloh, dah malam tu perut pun lapar, riki riki macam ada tempat menarik pulak untuk santapan malam hari.

Tu yang nak cuba !

Lokasinya tepi jalan tapi sebab betul betul tepi jalan kena hati hati ! Either miss nak masuk parking atau memang miss terus lah terlajak-laris. Nah patah balik tu memang tak lah kan sebab jalan tu selalu busy !

Tapi kalau berjaya memang banyak parking space kat area belakang. Ada penjaga traffic jugak kadang kadang memudahkan keadaan.

Sekali lagi berhati hati, jalan tu macam lorong one way dan agak sempit. Jangan sesekali datang naik lori balak atau lori tangki !

Dah parking, maka berjalan ke kedai dan ambik port duduk.

Usha garing space dalam kedai.

Banyak kerusi dan banyak section. Insha Allah muat dan ada tempat walaupun memang sentiasa ada orang.

Suka pulak aku tengok hiasan dinding vespa vespa lama ni

Dah duduk, maka di beri buku menu.

Jangan tenung saja. Cepat cepat lah order ! Adik waiter dah berdiri kat tepi meja tak sabar sabar nak menulis.

Buku menu

Menu dia western food lah ada fushion Asean jugak

Burger. Hot Dog

Macam macam lah. Minuman jangan di lupa.

Menunggu tak lama. Tetiba............

Ting !!!!

Air pun sampai

Princess order mushroom soup

OR order sizzling apa benda ntah. Rasanya kambing kot. Aku lupa nak busy body

Tapi nampak macam meriah dengan sos cili.

Anak bujang aku. Spaghetti. Ada extra nugget jugak dia nak.

Aku sebenarnya nak nasi, tapi tak banyar menu berasaskan nasi. Ada brown rice dengan chicken apa benda ntah, aku order yang ni je lah.

Tadaa... Peha ayam tu sikit lagi sama macam peha Beyonce. Bukan size tapi kilat

 Usha usha kat menu dia ada Creme Brulee ! Hebak Hebak !

Order satu.

Now verdict nya.

Food hit and miss. OR kata makanan dia sedap. Aku cakap makanan aku kureng. Budak budak tak leh voting tak cukup umur.

Creme brulee adalah out !

Tapi ada benda yang aku suka dengan restoran ni.

01. Harga dia agak munasabah.
02. Kedai dia selesa. Luas dan bersih. Cuma lokasi tepi jalan tu macam bahaya sangat je rasa.
03. Menu variety kira OK lah. Maybe ada makanan yang signature sedap di sini boleh lah try try cuba.
04. Services dia PANTAS DOWH !!! Zap zap zap. Tetiba air muncul. Zap zap zap.... datang lagi satu makanan. Tak de lah rengsa menunggu.
05. Halal.

Aku rasa agak menarik untuk makan keluarga. Kalau family ramai ramai ke, boleh cuba makan di sini. Cuma bagi aku di luar kawasan jajahan so tak de lah boleh pegi selalu.

Kos makanan RM 111. Kira Okey lah. Recommended kalau sesapa nak cuba.

TREE STEAK HOUSE
Jalan Kuala Selangor, 
Paya Jaras Tengah, 
Sungai Buloh, Selangor.

Waktu Perniagaan: Isnin - Ahad 4.00 pm - 12.am

Cuisine : Asian Fusion, Burgers, Seafood and Steakhouse
Tel/Reservation: 016-3436550 (Sham Shaharir)
016-2690656 (Efiyanti Jaarif)


Selamat makan !

4 comments: