Pages

Saturday, October 28, 2017

MOLTEN CHOCOLATE CAFE, Uptown Damansara

Penyakit kencing manis ataupun (BM = Diabetes melitus; Inggeris = diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

Jadi amalkan gaya hidup yang sihat dan kurangkan makanan yang mengandungi gula yang berlebihan.

Tapi. doktor !

Kalau kawan kawan ajak ke sini?

Molten Chocolate Cafe

Kawan kawan ajak mencari secebis rasa kegembiraan dalam jiwa?

Perlu kah kita tolak?

Jawapanya... Tepuk dada Doktor dan tanya. 

"Nak join ke?"

Ada satu hari kawan kawan GBS ajak keluar melepak borak borak. Sedang elok sebab aku free dan tak buat apa apa. Tapi tak tau nak lepak kat mana, maka usha tempat ni.

Aku memang dah lama aim. Selalu lalu lalang kat Uptown Damansara tu nak jugak cuba tapi sebab menahan diri dari kemanisan hidup yang berganda jadi aku lupakan niat suci tu. 

Tapi kali ni..... kasi jadi !

Everybody loves a good European confectionary – a delectable and rich indulgence that satisfies any sweet tooth. For us at Molten Chocolate CafĂ©, we aim to make the mark of Molten Chocolate here in Malaysia, brought to you by Bordeaux Bakery & Sweet (M) Sdn Bhd, with our irresistible Central European and American flavours of chocolate.

From French crepes to Belgian pastries and waffles, Molten Chocolate’s unique menu is a heaven for chocolate lovers and dessert junkies to cure their cravings for all things chocolate, a cocoa experience they will remember.

Setting dalam cafe

Duduk santai tapi sopan

Ruangan dalaman

Tak best sebab tak de outdoor. Tak leh nak merokok. 

Duduk dan kami di beri buku menu. Order lah dulu.





Rambang mata kan?

Sebenarnya tak tau pun nak order apa. Order based on yang nampak di mata jer... Haloba lak tu nak sorang satu !

Pisau

Air masak kena ada

Air dia orang ni semua boleh tahan

Memang tak de langsung rasa keinsafan

Tak de makanan berat. Ada meal manis manis macam ni je.

Waffle

Sekali lagi sebab nak menggoda

Churros

Churros lagi sekali

Nasib baik gak makanan ni datang satu persatu. So sampai satu korban kan dulu sikit sorang sampai abis. Bila datang yang lain, makan lagi dan lagi.

Tapi yang ke 3 tak muncul muncul ! Lama menanti. Rupanya waiter tu terlupa ! ( sah sah banyak sangtat makan semut yang hinggap kat makanan makanan manis ni !)

Tengok pun tak lalu

Manisnnya meracun kalbu.

Manis sangat sampai satu tahap tu memang cannot go !

Nasib la tak lapar mana so makan pun kudap kudap sopan jer.

Kos makanan RM 105

Cafe dia OK. Service pun padu. Cosy cafe with great ambiance. Mereka ada cawangan di tempat tempat lain jugak. 

MOLTEN CHOCOLATE CAFE
100, Jalan SS 21/39,
Damansara Utama,
47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Website : Molten Choc Cafe
FB :  moltenchocolatecafe/

Atas dasar kasih sayang, aku tak berapa recommend tapi kalau nak cuba boleh, sekali setahun aci ?

6 comments: