Pages

Monday, October 9, 2017

HOKKAIDO 2017 - The Highlight

Solo trip to Hokkaido. October 2017.


Misi memburu saat musim bertukar warna ! 

Highlight................... 



Pagi yang sungguh jernih
Membuka pintu
Laluanku
Melangkah ke musim baru

Merenung hari-hari
Yang telah pergi
Tanpa sedar di sini
Ketenangan melewati

Warna-warna
Kuntuman mesra berbunga
Berkembangan
Menjadi hamparan indah

Semalam yang ku temu
Musim berbeza
Haluanku
Seringnya terkeliru

Terasa ku berdiri
Di taman asing
Dalam riuh ketawa
Hatiku tak punya siapa

Tanda tanya
Bermain di minda
Sampai bila
Melangkah dalam gerhana

Hingga musim bertukar warna sejak kau tiba
Hari panas dan kemarau menyusur pergi
Kau membuang segala
Kegersangan yang melanda
Warna-warna pudar
Kini segar

Kini musim telah bertukar wajah lebih ceria
Halamanku luas terbentang penuh cahaya
Ajaibnya rasa
Sejak kau tiba




























































* Who doesn't love Japan?

Aku pernah ke Osaka, Hiroshima & Tokyo (2012), Nagoya, Takayama, Tokyo & amp; Fuji (2014). Dah lama jugak aku mengimpikan untuk jejakkan kaki ke Pulau Hokkaido dan Sapporo tapi tak jumpa masa yang sesuai. Alhamdulillah tahun 2017 ni ada rezeki ke sana dan kali ni buat aku fall in love even more with Japan !

* Trip ni agak tergempar jugak. Aku beli tiket 2 minggu sebelum departure. Kira ni cuti terpaksa sebab few weeks before aku banyak keje on weekend so dapat replacement leave and replacement leave ni kena habiskan within a month. Tu yang aku check tiket dan sedang elok, bajet nak mengejar autumn di Sapporo.

* Trip 6 hari 5 malam aku cuma cover Otaru, Sapporo, Asahiyama, Asahidake dan juga Jozankei. Tak pegi Biei dan Furano sebab kureng sikit nak tengok bunga bunga.

* Misi awal memang nak memburu autumn di Hokkaido tapi I was too early in Sapporo and too late di Mt Asahidake. Lagi malang hujan lebat di Otaru siap kamera aku froze ! Fortunately, Jozankei start to blast autumn colour walaupun belum 100%. Bagi aku, kalau nak usha autumn di Sapporo, late October would be perfect !

* Roughly cost below RM2,700 all in. Belum abis kira lagi detailsnya. Aku tak de beli JR Pass kali ni tapi aku beli tiket JR Train dari Sapporo ke Asahiyama untuk ke Mt Asahidake.

* Aku langsung tak makan kat Jepun ni sebab aku memang tak minat Japanese food. Kali ni aku cerdik skit, berkawan baik dengan Abang Brahim dan bawak instant food ke sana. Boleh lah kenyangkan perut setiap hari. Tapi aku gila makan Hokkaido Cheese Tart kat sana ! Ketagih !

* Aku menginap di hostel with private room. Cuma last day tak de private room so kena tido dorm. Rengsa betul tak leh nak lena. Nasib baik bangkit awal sebab terus ke airport.

* Overall, trip kali ni smooth dan seperti apa yang aku harapkan. Cuma frust sikit Sapporo masih hijau dan belum masuk musim luruh.

* Takde perkara tak best, Japan memang senang nak travel, cuma aku agak geram sebab miss sunset di Mt Moiwa. Bajet timing dah best, tapi sebab tetiba kat 2nd station ramai tourist dari Main Land, lama gila tunggu ropeway. Sampai station puncak dah malam. Sejuk lak tu. Rasa rugi je !

* Tapi ada satu cerita kelakar :

Tiket bas ke Jozankei sekali free Onsen di mana mana hotel kat situ. So aku pegi lah nak try. Sebab tak de pengalmaan, dan aku tak tau procedurenya, aku telah dengan tak sengaja mencuri bakul (dalam tu ada robe, towel etc) kepunyaan sorang pakcik ni. Aku siap dengan tak bersalahnya pakai robe ala ala kimono curik tu siap berterompah feeling feeling Rin Hane Koma. Nasib tak kena karate dengan pakcik tu, kalau tak aku yang koma !

Berulang kali aku mintak maaf dengan pakcik tu, dan pakcik tu berkali kali jugak hait hait dengan aku. Aku rasa dia bengang jugak lah. Lagi lawak bila dia tunduk, punai dia sekali tunduk ! Kesian pakcik tu terbogel tanpa sengaja !

* Some of my references :

Azra - Life of a traveller. Tq Azra | Fuad Travel | Klook - Hokkaido Autumn | Hokkaido Autumn Itinerary
Fb Group di Backpackers Buddies Malaysia (BBM) & Malaysian Backpackers Club
Wikitravel :  Sapporo |  Otaru |  Asahikawa
JR Hokkaido  for timetables and info.

Arigato gozaimasu !!

NEXT :  budget & itinerary......................

29 comments:

  1. Wah, aku baru beli tiket demo sapa doh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila tgk foto scenery hokkaido university tu sayu lak sbb dah dpt offer letter utk further kat situ tp apakan daya... Doa ke ambe deh Meng supaya berjaya gak further study situ (doa musafir cam mu ni makbul.. Hehe)

      Delete
    2. bila nok gi tu???? cuti cuti ke..

      oke aku doakan dpt sambung di situ. tapi sejuk kot tempat tu. kalu aku dok tehey la... asyik nok berhibernasi je karang study pun ntah ke mana...

      anyway. best of luck !

      Delete
    3. wohhh kemahh molek.

      tapi sejuk sejuk aku dok brehi

      Delete
    4. Aku pun xtahu rok ko dok ni. Haha

      Delete
    5. pastikan rock !!!!! aku bet sapporo cun di kala winter.

      Delete
  2. scenery mmg cantik sgt dahh, snow ada autumn pun dah ada walaupun belum colourful semua sekali tapi mmg cantik sgt2 laa view gambar2 yg di ambik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. ya.. lain kawasan musim pun dah berbeza... cuaca pun sejuk... cuma belum tahap menggigil lagi lah.

      Delete
  3. jepun mmg my fav wp baru jejak tokyo & kawaguchi sekali... laki den dah berzikir bila nk repeat jepun lagi hahaha. klu hokkaido aku nak jejak ladang lavender. apepun gambar2 hang mmg kebabommmm, fav aku view time autumn ni. suhu time autumn kat sana sejuk gile ke light2 je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk jugak. kdg kdg 7.. kdg kdg 12.. tapi kena pakai winter coat dah.

      Delete
  4. Sekejapnya dah balik dr jepung. Baru tgk gmbo kat Ig abam Meng. Ingatkan live update.

    ReplyDelete
  5. wakakaka.....punai dia pon tunduk kat ko ek Meng?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sengaja aku tertengok..... pakcik tu lagi malu dgn awek staff situ kot sebab dia terpaksa panggil awek tu dtg since bakul dia hilang

      Delete
  6. haha... baca highlight pun da gelak... walaupun masih hijau tp rasa damai jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best sebab cuaca tak panas... tak de la berpeluh peluh

      Delete
  7. jozankei tu lawa betul
    i is jeles!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kenapa kau tak pegi dulu eh? kata nak repeat 2017 > go go go !

      Delete
  8. subahanallah!! err.. cepat2 update ya.. onegaishimasu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. slow slow. banyak lagi yang tertangguh. tunggu rajin datang bertandang

      Delete
  9. Replies
    1. sejuk... kamera pun battery cepat je abis

      Delete
    2. Aku baru tau battery kamera cepat abis time sejuk/winter...patutla jd camtu kamera aku ms gi seoul winter hari tu...huhu

      Delete
    3. bukan setakat battery cepat abis, kdg kdg dia mcm boleh kena angin ahmar.. tetiba keras... kena balut dgn kain kasi suhu neutral sikit

      Delete
  10. Hahahah travel nko ni kalau takde benda klaka mmg tak sah..

    Ala i is jeles... lom lagi jejak jepun lgsg haa nak solo tak dpt 😪

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti buleh gi satu family...

      anak anak aku pemalas berjalan. susah nak gi adventurous2 nih

      Delete