Pages

Monday, September 18, 2017

MALDIVES ... Syurga Dunia 06 : Senja Di Maafushi

Lepak lepak di petang hari di Maafushi menanti mentari melabuhkan tirainya.

Maafushi

Ada kawasan tambak boleh jalan jalan.

Port yang cantik untuk usha sunset

Dan keseluruhan kawasan Bikini Beach ni.

Lepak petang petang

Aktiviti aktiviti air

Di petang hari

Sinar sang suria

Bertukar jingga

Melabuhkan tirai hari

Sehingga senja menghilang

Dan menggantikan ke malam.

Langit biru

Senja di Maafushi berjaya di nikmati...................... Warna jingga hilang, dan bulan mula menerangi alam.



Malam bulan berendang
Berwarna biru di cermin kali
Mata air memancar
Mengilap mata yang lama kabur

Derita perlakukan
Gerlapan malam
Di kaki gunung bertudung kabus
Syahdu lagu berdendang
Melamar kasih sayup membisik
Membelai sukmaku
Berkurun rindu agak pendita

Berkilau sinar
Maya yang menderu
Membakar bahu musafir
Di lembah duka nestapa

Kini kasih kembali
Sekilas mentari
Sepi di ranting yang amat tinggi
Sekadar menemani
Jiwa tersadai
Di belantara sepi

Merayu pada yang maha esa
Agar dikurnia cahaya
Cinta kekal selama

Abis layan sunset kami singgah gi kedai souvenir jap. Usha usha sikit.

Nampak kedai pun dah tau mahal

Tapi macam tak berapa menarik

Sebab dah nak malam, kami balik ke hotel dulu. Lagipun belum check in pun lagi. Balik mandi dan solat dulu pastu kami plan nak keluar semula. usha usha tempat makan apa semua.

Hotel

Bilik. Luas dan agak selesa

Ada Ali Cafe okeh. 

Dan selesai semua urusan. Dah mandi dan berehat sekejap, kami keluar semula. Kali ni nak cari makan untuk makan malam. Lapar gak ni.

Riki riki dan baca, macam tempat menarik dinner di Maafushi ni adalah di restoran di Stringray ni je. Tempat kami menginap. Tapi kami nak keluar jugak nak usha usha suasana malam dan maybe cari tempat lain untuk makan.

Hotel sebelah. Ada banyak kiosk kiosk yang menawarkan aktiviti di Maafushi ni

Di tepi pantai ada orang buffet buffet. Salah satu yang biasa di offered di sini. Romantik dinner by the beach.

Jalan jalan waktu malam. Agak sunyi jugak malam hari. Tapi ada satu kawasan yang hujung hujung dekat dengan jetty tu macam meriah dengan bunyi muzik yang kuat.

Salah satu mercu di Maafushi

Ada banyak gak yang menawarkan dinner buffet dengan harga sekitar USD10 sorang. Macam banyak choice jugak tapi kita orang tak leh nak decide. 

Masa jalan jalan kat jetty tu baru teringat yang esok kami balik semula ke Male tapi tiket ferry belum beli. Usha usha kawasan jetty tu macam tak banyak info. Nampak ada few kedai dan kiosk pelancongan di buka dan kami gi usha.

Tapi dia orang tak jual tiket ferry awam tu. Dia orang speed boat ticket je kalau nak. Ada jadual untuk hari esok tapi harga agak mahal sikit. Kami tanya dia mana nak beli tiket free awam dan mamat ni baik hati bagitau tempat.

Usha nak gi cari tempat beli tiket. Tempatnya agak ke tengah pulau Maafushi. Dalam kawasan tu ada banyak kedai kedai gak

Cari cari dan tanya orang. Akhirnya jumpa. Ni kedainya, Aachaa. Boleh beli tiket kat sini.

Hard Rocket. Terkejut gak ingat Hard Rock Cafe tadi.

Dah dapat tiket kami usha usha kawasan lain. Rupanya tengah tengah pulau Maafushi tu banyak gak kedai mostly kedai cenderamata yang diusahakan oleh local.

Saja lah masuk dan usha usha.

Harga tak berapa menarik

Nak beli FM kena fikir 2 kali. Harga range USd3 - USD5 sebijik. Mahal tu

Usha usha tempat makan jugak tapi tak de yang menambat hati

Malam hari di Maafushi tak berapa busy. Tak ramai sangat orang berkeliaran

Walaupun kedai kedai cenderamata masih di buka tapi macam tak menjadi tumpuan

Usha lagi tapi sampai sudah tak jumpa apa yang nak di beli

Abis jugak keliling pulau kami merayap malam tu. Tak de apa yang menarik sangat. Tak jumpa jugak tempat makan yang di inginkan. Sudahnya kami decided balik makan kat penginapan sendiri je. Konon kata antara restoran paling mantap di Maafushi ni.

Ala ala candle light dinner. Tapi kami bertiga.

Duduk stay tempat ni kejap je sebab panas tak tahan. Angin tak de. Kami pindah tempat lain.

Order makanan based on menu yang ada. Macam buntu nak makan apa. Siap ada menu Nasi Goreng Malaysia tapi tak tau cemana rupa.

Last last masing masing order apa yang ada.

Kesudahannya semua makanan yang kami order walaupun berlainan tapi semua tak sedap ! Dah lah slow dan lama menunggu. 

Satu meal boleh tahan mahal jugak. Nasi Goreng yang aku order harga lebih kurang USD7. Campur air apa semua, kiranya agak mewah dinner kami malam tu. Tapi rasa hampeh ! Kalau tau tadi, baik ambik je buffet USD 10 kat tepi pantai tu.

Last sekali balik bilik dengan rasa kecewa. Pusing pusing. Golek golek. Masing masing terus lena.

Tak sabar esok. Esok percutian mewah bakal bermula !

bersambung..............

2 comments: