Pages

Thursday, September 14, 2017

MALDIVES ... Syurga Dunia 04 : Male to Maafushi

Balik hotel ingat nak mandi tapi tualanya tak ader ! Isk.

Nak jugak aku gi mengamuk kat receptionist bawah tu, tapi bila fikir macam penat je karang. Dah lah kena turun naik tangga. 

Hisap rokok dulu kat balkoni. Bawah tu ada masjid baru dalam pembinaan

Ni lah nama hotel tempat penginapan kami di Villingili ni.

Ada disediakan juga aktiviti

Harga bilik agak OK lah untuk kami bertiga. Cuma tu lah.. tuala tak sampai sampai. Dari semalam aku mintak, katanya nak hantar. Dia hantar ke mana ntah agaknya.

Kali ni aku turun sekali lagi. Mintak tuala ! 

Dia suruh tunggu nanti staff dia hantar.

Kami dok di bilik layan tengok TV Maldives.

Kalau tengok bilik air hotel ni punya lah advance shower dia siap air keluar dari atas bawah. Tapi tualanya mana?

Dalam pada menunggu tu perut lapar semula. Jadi IH dan BW kembali bersilat untuk memasak

Pastu makan. Pastu kenyang. Pastu tidur lagi satu lapse.

Pastu tetiba pintu di ketuk ! Akhirnya................ tuala sampai jua ! Aku memang lupa nak bawak tuala sendiri tu yang terpaksa tunggu dia bagi. 

Dapat tuala baru lah boleh mandi dengan shower Ferrari tu. Segar tubuh badan. Dah siap semua, kami pun check out dari penginapan tu. Plan kami hari ni nak ke Maafushi. Satu lagi pulau yang terbuka untuk orang awam datang singgah dan bermalam. Bukan private island yang khusus untuk guests semata.

Untuk ke Pulau Maafushi ni, kami kena naik ferry balik ke Male dan dari sana di jetty yang sama ambik ferry ke Maafushi nanti.

Beli tiket ferry di Villingili. Harga tiket murah je tak sampai RM 1.

Ferry ke Male ni datang dan pergi so kira tak putus putus lah dan tak perlu menunggu lama

Ferry sampai dan turunkan penumpang. Then ambik penumpang dari sini humban ke sana semula.

Perjalanan ferry pun cuma 10 minit je. Memang menjadi medium pengangkutan utama untuk bergerak dengan ferry di pulau pulau disekitar Male ni terutamanya untuk orang awam. Tapi tak semua pulau yang ada di hubungi dengan perkhidmatan ferry ni. Dan kalau ada pun, masih tertakluk pada jadual perjalanan tertentu.

Tak sempat nak panas bontot, dah sampai ke Male.

Bandar Male

Kawasan jetty di Villingili Ferry Terminal ( Male )

Sampai sampai je, di terminal jetty yang sama kami beli tiket untuk ke Maafushi. Ferry akan bergerak jam 3 petang jadi kami ada banyak masa gak lah.

Duit Ruffiya

Beli tiket ferry di sini. Harganya MVR 22 = RM 6

Tiket.

Sebab cuaca agak panas, jadi aku dengan IH nak lah gi cari kedai jual air ke apa. So BW tunggu kat situ jaga beg. Pusing pusing kawasan terminal tu tak jumpa kedai orang jual air.

Tapi kat area situ ada kawasan dikenali sebagai Tsunami Monument.

Jalan jalan cari kedai jual air

Tsunami Monument

Baca ni....

Tsunami Monument is located on the south eastern part of Male city. This Tsunami Monument was dedicated for those who lost their lives in the boxing day 2004 Tsunami.

The Tsunami Monument is located on the south eastern part of Male city, on the Boduthakurufaanu Magu. This Tsunami Monument was dedicated for those who lost their lives in the boxing day 2004 Tsunami, originated from Aceh, Indonesia. The sea surrounding of this monument is one of best spot for surfing within Male. The monument is famous not only for its history but also for its uniqueness architecture. The design of the memorial represents different aspects of the 2004 Tsunami in the Maldives which made a lot of Maldivian died; many houses, buildings and businesses were destroyed in that year.

Cuaca panas sangat tak daya nak explore

Monumen Tsunami

The design of the Tsunami Monument represents different aspects of the 2004 Tsunami in the Maldives. Steel balls symbolize the country's twenty atolls. The upwards motion of the design signifies the rising of the waters. The core of the memorial consists of vertical iron rods; each one representing a life lost, with the victim's name engraved upon it. 

Tsunami Monument is a nice open space with the sound of waves breaking all the time. Many visitors go for walks and do excise on this area. There are small vendors selling drinks and local food items for the people who go for a stroll.

Tipu ! Tak de pun orang jual air. Sampai kering tekak aku mencari.

Cuaca panas berdeting

Tak jumpa jugak convenience store, ada nampak cafe so kita orang lepak minum minum kat situ je lah. 

SeaHouse Cafe. Sama macam nama penghinapan kita orang semalam tu. Tapi tak de dapat diskaun apa apa pun.

Lepak lepak minum minum.. tumpang aircond dan wifi

Deco dalam cafe

Masing masing order cake dan minum air jer

Di bangunan yang sama ada poster besar Maldivian Idol ni. Tempat audition ke apa ntah.

Siap pak guard situ panggil kami masuk ke dalam suruh ambik gambar barisan idols.... Nak suruh kami undi? Harap maaf.... ! Kami malas. Lagipun sedap ke dia orang ni nyanyi? 

* ehem ehem..... anak tekak rasa kering.

Dah abis lepak lepak dan tak tau nak buat apa. Kita orang pun blah gi masjid yang terletak di sebelah bangunan ni.

Singgah solat dulu.

Masjidhul Al-Sulthan Muhammad Ibn Abdhullah

Laluan ke dewan solat utama

Kubah

Dewan solat

Selesa jugak masjid di Male ni. Yang penting ada air minuman disediakan percuma. Boleh la hilangkan dahaga. Tempat solat wanita di belah bawah. Ruang wuduk pun di bawah. Di atas dewan solat utama untuk lelaki. Ada je yang tumpang tidur kat tepi tepi tu.

Dah abis laksanakan tanggungjawab, kami bergerak ke terminal ferry tadi semula. Tepat pada masanya ferry dah bersedia untuk bergerak meninggalkan Male menuju ke Maafushi.

Ferry dah bergerak

Suasana dalam ferry. Ada part angin tak masuk rasa panas berkepam

Jangan tak tau, ada jual air dan jajan jugak dalam ferry ni. So kalau lapar dan dahaga buleh beli je

Meninggalkan Male. Goodbye Male.. esok kita jumpa lagi !

Masing masing lepak santai dalam ferry. Ferry agak slow tapi good time to relax dan layan angin Indian Ocean di sini.

Pelayaran sepi.....................



Bagaikan di pelayaran
Ku hanyut kelemasan
Tak siapa menghampiri
Untuk menemani

Puasku mencari ganti
Kekasih yang dah pergi
Tapi sayang ku terusan
Diburu bayangmu

Menangis hatiku
Keranamu
Kerana cintaku satu
Bertahun kucuba mencari
Damai di jiwa
Sayangnya aku kehampaan

Andainya benar kau sayang
Di sini tiada garisan
Membataskan percintaan
Dan kesetiaan
(Terhadapmu sayang)

Sejam lebih ferry mula menghampiri sebuah pulau.

Bot bot besar

Pulau Gulhi. Ferry berhenti untuk turunkan penumpang.

Pulau Gulhi ni ada penghuni. Pelancong pun boleh datang kalau nak bermalam di sini.

Then ferry bergerak semula. Lalu tepi Anantara private resort dan beberapa private island yang lain.

Dan menuju ke destinasi yang kami tujui.... Pulau Maafushi.

Teruja dah sampai Maafushi. Nak usha apa yang menariknya di sini nanti !

bersambung.................

8 comments:

  1. Susah benor nk cr air kat pulau cenggini

    ReplyDelete
  2. Sorg je peserta wanita Maldive Idol tu.

    ReplyDelete
  3. Abang meng, kat maldives sana ada tak pulau2 yg ada private pool? hehe

    ReplyDelete
  4. meng, sebab tak nyempat nak tunggu entry ko, nak tanye, tiket male to maafushi tu boleh beli return tiket terus tak?

    ReplyDelete