Diam diam diam !
Aku mulakan dengan bacaan mantera. Memanggil semangat datang. Bagi yang lemah semangat sila duduk jauh jauh sikit.
Aku mulakan dengan bacaan mantera. Memanggil semangat datang. Bagi yang lemah semangat sila duduk jauh jauh sikit.
Tepuk bantal panggil semangat
Semangat datang dalam mimpi
Aku menepuk bantal
Aku menepuk lagi jasad dan roh
* Pok Pok Pok.... ( tepuk bantal )
Satu badan dua nyawa
Satu jasad dua nyawa
Rindu kasih sayang kasih
Goncangkan jasad dan roh .........
* Pok Pok Pok ....( sekali lagi.. )
Datang lah ke mari !
Semangat datang. Kau ku seru. dengan segala kuasa pencerah dan pemutih.
Go die Que Puteh !
Go die Que Puteh !
* Pok Pok Pok..............
Sambung tidur !
Buat apa penat penat pok pok bantal kalau tak tidur kan?
Buat apa penat penat pok pok bantal kalau tak tidur kan?
Kerajinan tu tak ada, tapi semangat ada sikit sikit, jadi berbekalkan semangat yang tak berapa banyak tu, aku update entry Trip Maldives .... Syurga Dunia.
Welcome to Maldives you all
Intro tak perlu panjang panjang sebab aku dah story sebelum ni. Ada few entries yang berkaitan telah pun muncul di blog merapek aku ni dulu.
Misi mengecapi syurga dunia di Maldives adalah entry yang mana aku share bagaimana aku dan GBS melaksanakan misi untuk mencari penginapan dan Baros. Maldives yang menjadi pilihan akhir yang menjadikan trip kami ini trip wajib di kenang sepanjang zaman !
Semua entries di atas cukup untuk memberi gambaran dan juga panduan kalau sesiapa yang mahukan reference untuk ke sana. So entries selanjutnya ni aku share gambar gambar dan cerita pengalaman percutian kami sewaktu ke negara Maldives ini.
Are you ready????????
Perjalanan trip ini bermula dari Putrajaya Sentral
Flight kami petang nak ke malam. Aku half day keje jadi lepas tengahari hari khamis tu aku dengan IH bertemu di Putrajaya. Parked kereta kat Putrajaya Sentral dan naik ERL ke KLIA 2.
Ya. Percutian nak mewah, tapi naik pesawat tambang murah. Malu tak?
* lari menyorok dalam keta ecoride ni ( tapi mcm tak berapa nak muat je )
Trip ni cuma kami bertiga je, aku, IH dengan BW. MH dengan CP tak dapat turut serta
Mana keretapi ni? Kami dah tak sabar !
Dah datang ! Tapi ni yang belah sana.... Tunggu sat lagi, sampai la yang ke arah KLIA pulak nanti
Dalam ERL. Tak berapa ramai orang. Dalam train lepak je sambil merenung ke luar jendela mengenang nasib diri.
Adakah percutian ke Maldives ini berbaloi? Atau sekadar trip yang bakal di lupakan...............
Dalam berangan berangan, akhirnya sampai KLIA 2 dah.
Hotel Sama Sama dan KLIA
Kira aku dengan IH sampai dulu so kami tunggu BW sebab dia naik bas. See? Nak percutian mewah tapi naik bas jer dia tu. Kurang kurang naik lah Limo kan?
Risau jugak aku travel dengan dia orang berdua ni. Maklum la... dia orang bukan nampak mewah sangat pun. Lain lah macam aku ni..... gigi je tak emas. Kalau tak sebatu orang boleh cam aku memang golongan bangsawan yang ado ado.
* terus rentung kena blast dengan engine kapal terbang sebab riak
Ha Ha Ha.
Tak de lah. Sebelum pegi kita orang memang agak risau jugak. Macam macam di fikir. Masa ni dah booking penginapan kat Baros tu tapi buatnya dia orang tengok kita orang bertiga tak de ciri ciri kemewahan, silap silap kena dera lak kat sana.
Tak pun di cerca sepanjang masa.
Maka punahlah trip nak bermewah dan bertukar menjadi trip malapetaka !
Belum kira dok buat dialog busuk tak sudah sudah.
"You bertiga, kalau datang ke Baros ni sekurang kurangnya beg Tumi atau Samsonite ! Kalau beg plastik macam ni...."
Dush ! Terus dia buang beg beg kita orang. Merana lah tak berpakaian.
Ahaks.. Tu semua benda benda merapek yang kita orang imagine konon konon akan berlaku.
Aku sempat minum dengan IH sementara tunggu BW sampai.
Check jadual penerbangan
Pegi check in luggage kami. Share je, check in 2 beg yang lain angkut atas flight.
Pastu gi surau. Solat jap. Mohon doa supaya kami di terima di bumi Maldives dan tidak di halau dengan rakit
Masa untuk ke pintu berlepas
Dah ready ! Gate jauh hujung sekali...... Beli rokok dulu sebagai bekalan diri di Duty Free.
Semua orang bersemangat macam kami. Semua orang nak gi Maldives !
Pesawat pun dah menunggu. Air Asia X Indonesia
Fight agak penuh jugak. Tapi seat kami di belakang so ada kosong sikit sikit. Tak lah rasa sesak sangat.
4 jam penerbangan di penuhi dengan acara membantu diri sendiri untuk jadi lebih obesity aka makan ! Urusan order makan semua BW dah settlekan. Menu pun dia sesuka hati pilih. Kami makan je apa yang ada.
Sambil sambil baca majalah 3Sixty
Penerbangan agak smooth. Bosan jugak lah. Aku macam biasa layan perasaan sendiri. IH layan movie kat Ipad dia. Sesekali dengar suara BW berborak dengan mamat yang duduk sebelah dia.
Dah nak sampai tu, isi arrival form yang disediakan oleh crew AAX
Dan akhirnya setelah beberapa jam pesawat di ruang udara merentas Indian Ocean, akhirnya pesawat mendarat dengan jayanya di Velana International Airport Maldives.
Airport ini terletak di pulau Hulhule berdekatan dengan pulau Male iaitu ibu negara Maldives ni.
Sampai !!
Airport dia kira atas pulau buatan yang di kelilingi oleh pulau pulau lain di Maldives ni. Kalau siang aku bet view mesti lawa tapi malangnya flight dari SEA biasanya sampai malam dan depart pun time malam dari sana.
Airport ni dahulunya di kenali sebagai Ibrahim Nasir International Airport, Maldives
Welcome to Maldives. Model tidak di kenal pasti.
Ni kat dinding bila dah masuk ke balai ketibaan sebelum immigration. Punya lah ramai orang berhenti nak ambik gambar. So ada pengawal jaga dia halau tak bagi orang berkumpul kumpul kat laluan ni.
Urusan immigration pun agak slow sebab pelancong ramai tapi kaunter bukak tak banyak.
Velana International Airport.
Sebab percutian mewah kami belum lagi bermula so bila sampai ni. keadaan compang camping dan huru hara macam baru lepas berolahraga tanpa perlu sangat bergaya. Tak de orang heran pun. Tapi ketibaan kami di nantikan oleh mamat hotel yang kami dah tempah untuk malam ni.
Urusan tempahan penginapan selain di Baros, IH yang buat so semalam baru kami realized yang hotel yang di tempat tu adalah di pulau lain. Bukan di Hulumale atau pun Male tapi di Villingili. Jadi sebab tak berapa pasti, IH dah berhubung dengan pihak hotel suruh dia orang datang pick up kami di airport !
Dan mamat tu ada menunggu. Mesti dia keji kita orang pelancong bajet. Dah la travel bajet pastu nak suruh pick up pick up pulak !
"OK Fine ! Kita orang memang serabai hari ni. Sila kecam"
Sebaik saja sampai dan keluar dari balai ketibaan tu, benda pertama yang kami buat adalah tukar duit dulu. Sebab duit Rufiya Maldives tak boleh di tukar di Malaysia, jadi caranya adalah bawak USD dan tukar masa di airport Male ni.
Semua orang beratur nak tukar duit. BW yang beratur.... aku tetiba berjaya meloloskan diri buat seketika........
Ke mana lagi kalau bukan menambah nikotine dalam tubuh badan ! Fuh ! Fuh !
Belum abis ambik feel merokok, IH datang cari aku. Dia kata mamat tu dah ajak gerak.
Dia dah belikan tiket untuk menyeberang ke pulau Male
Aku terpaksa akur dan kami masuk dalam ferry yang merentas laut sekitar 15 minit menuju ke pulau Male
Male. Capital of Maldives
Memang nasib baik jugak la mamat ni datang pick up kita orang.
Lepas turun ferry kat Male tu, kena naik teksi pulak. Teksi dalam 20 minit sampai ke pelabuhan lain. Then dari situ naik ferry sekali lagi ke Villingili.
Macam cuak je naik ferry malam malam ni.
Dah lah ferry dia macam kureng skit bab bab keselamatan. Kerusi pun kerusi orang kawin jer.
Nasib baik dekat je. Naik ferry lagi 10 minit. Tapi gelap gelap macam tu, sesekali di lambung ombak, cuak badak jugak kami di buatnya.
Memang agak jauh dan mencabar jugak perjalanan kami hari ni. Tapi sebaik saja sampai di jetty Villingili, tak jauh dari situ kami akhirnya sampai di penginapan yang dah kami tempah.
SeaHouse Maldives TopDeck
Urusan Check in. Cas mamat tu pick up kita orang di airport tu USD 30 !
Hotel penginapan kami di malam pertama.
Hotel dia agak OK. Tapi bangunan tak de lif. Naik tangga tingkat 5. Paling haru, towel dia tak bagi. Aku siap turun 2 kali mintak sebab nak mandi. Sampai sudah dia tak hantar.
Sampai aku lena sendiri. Tertidur dek kerana keletihan.
Hanyut di malam pertama di bumi Maldives ni........ Sepanjang perjalanan malam sejak ketibaan tadi, belum nampak rupa paras Maldives yang di agung agungkan.
Mungkin esok, keterujaan kami akan bertambah !
Teruja aku kehadiranmu
Tiada ku duga
Di saat ini bertemu lagi
Bagaikan mimpi di siang hari
Ku tidak mengerti
Setelah kembali lagi
Mungkinkah ini
Satu masa yang tak pasti
Haruskah ku lalui bersama denganmu
Kau tak mengerti rasa hati
Yang kian sepi tanpa belaian jiwaku ini
Ku tunggu janjimu
bersambung.............................
Apa??? Feri kerusi kenduri kawen???
ReplyDeletetu lah...... cuak je
DeleteFinally, antara entry yg ditunggu2... ikut la meng mentera apa pun nk baca. uishh 2x naik feri mlm2 tu. dgn kerusi camtu. hahaha...
ReplyDeletehahahhaa.... ok selamat membaca... terima kasih
DeleteYezza..akhirnya muncul pon entry yg ditunggu..x kisah lar apa mentera ko meng..gigih jugak ku baca hihihi
ReplyDeletebaca lah time nak tidur... pok pok bantal .. sure cepat hanyutnya
Deletekerusi dalam bot tu memang lawak... hahahhaaaa
ReplyDeletetu lah. lagi lagi naik ferry malam malam.. cuak semacam je
DeleteLove yr writing. so funny lorh!
ReplyDeletethanks for reading
Deletekadang aku rasa stress gak baca entry ko ni meng
ReplyDeletestress sbb nak gelak je
gelak je.
Deletekang tahan gelak keluar kentut. org lain lak yang stress bau dia kang