Pages

Wednesday, August 9, 2017

Trip Menghayati Lelah di Belitung : 03 | Teluk Gembira & Pantai Penyabung

Memang jauh perjalanan menuju ke Pantai Teluk Gembira tu. Sejam setengah !

Jarak pun lebih kurang 65 KM dari pekan Tanjung Pandan tadi.

Macam lesu lak badan sampai sampai tak dan nak berehat terus je duduk dalam van dan hadap perjalanan yang lama seperti ni.

Perjalanan menuju ke Pantai Teluk Gembira

Pantai Teluk Gembira yang indah merupakan salah satu tujuan tempat wisata Belitung. Pantai ini terletak di kecamatan membalong tidak jauh dari desa padang kandis dan jaraknya sekitar 65 km dari tanjung pandan.

Pantai Teluk Gembira ini memiliki panorama yang indah dengan perpaduan antara bebatuan dan pasir putih serta laut lepas yang biru dihiasi oleh pulau-pulau kecil di sekitar Teluk Gembira. Di pantai Teluk Gembira ini terdapat dermaga penyeberangan yang disinggahi setiap hari oleh perahu yang membawa orang yang mau menyeberang ke Pulau Seliu. Seliu merupakan pulau dengan populasi terbanyak kedua setelah pulau Mendanau (Selat Nasik). - Sumber

Kawasan Pantai Teluk Gembira yang di penuhi dengan pokok pokok kelapa

Pondok usang

Dan kawasan pantainya di penuhi dengan batu batuan

Angin agak kuat dan ombak agak kasar di kawasan ni. Memang tak berapa sesuai nak mandi manda

Ada jugak jetty nelayan. Ada kawasan rehat untuk para nelayan. Mereka tengok kami atas bawah. Pastinya mereka teka kami bukan orang local di sini.

Mungkin sebab faktor cuaca, kawasan Teluk Gembira ni tak berapa nak buat aku gembira mana.

Kalau di beri pilihan aku akan memilih untuk terus sambung tidur ! Ya. Aku masih mengantuk !!!

Pokok Pandan Laut

Kami berhenti lebih kurang 15 minit di sini. Dia orang merayau rayau sampai ambik ambik gambar. Aku cari port lepak jap hisap rokok dan layan mata yang layu.... 

Tanjung Gembira tak berapa dapat membuat aku gembira.

Dari Teluk Gembira kami akan ke pantai seterusnya iaitu Pantai Penyabung.

Harapnya Pantai Penyabung tak sesendu kawasan ni.

Jangan buat mood aku layu terus sebelum berkembang..........................



Hatiku hancur mengenang dikau
berkeping-keping jadinya
kini air mata jatuh bercucuran
tiada lagi harapan

Tiada seindah waktu itu
dunia berseri-seri
malam bagai siang
seterang hatiku
penuh harapan padamu

Kini hancur berderai
Kesedihan berantai
Kuncup di hatiku
yang lama kusimpan
hancur kini sebelum berkembang

Mengapa ini harus terjadi
ditengah kebahagiaan
Kuingin rasakan lebih lama lagi
hidup bersama denganmu

Kuingin rasakan lebih lama lagi
hidup bersama denganmu

Perjalanan ke Pantai Penyabung di teruskan. Jaraknya tidak la berapa jauh dari tempat tadi.

Pantai Penyabung

Di sebelah selatan Belitung, tepatnya di kawasan Membalong, dapat ditemukan beberapa pantai yang indah. Salah satu pantai yang wajib dikunjungi di kawasan ini adalah Pantai Penyabong.

Untuk sampai ke pantai yang memiliki banyak batu-batuan granit indah ini, pengunjung harus melewati jalan tanah yang panjang dan berliku. Pemandangan hijaunya pepohonan dan bukit-bukit dapat disaksikan di sepanjang perjalanan menuju Pantai Penyabong. Pengunjung juga dapat melihat pemandangan Batu Baginde yang berdiri kokoh di pinggir jalan menuju Pantai Penyabong.

Setelah melewati jalan tanah yang panjang, akhirnya dapat disaksikan sajian pemandangan pantai yang dikelilingi batu-batuan granit besar di bagian kanan dan kiri pantai. Berbeda dengan pantai-pantai di Belitung yang memiliki ombak tenang, Pantai Penyabong memiliki jenis ombak yang berbeda. Ombak di pantai ini cukup besar.

Pemandangan pulau-pulau yang berada di tengah laut menjadi sajian yang indah di pantai ini. Salah satu pulau yang bisa dilihat dari sini adalah Pulau Belatuk yang bentuknya memanjang dan ditumbuhi pepohonan yang hijau.

Menaiki batu granit dan melihat laut lepas menjadi hal yang menyenangkan di pantai ini. menikmati hembusan angin dan sejuknya suasana pantai membuat pengunjung ingin berlama-lama berada di pantai ini.

Nama “penyabong” berasal dari kata “penghubung”. Pemberian nama ini berdasarkan batu-batu granit yang berada di sini. Batu-batuan itu saling bersambungan dan terhubung satu sama lain. Sumber

Bot bot nelayan menyambut kami datang

Air lautnya lebih tenang

Banyak batu batu granit di kawasan ni

Batu batu besar di pinggir laut yang khabarnya boleh di dapati hanya di Pulau Belitung je.

Pulau Belitung

Kawasan ni menjadi tempat wisata dan riadah local petang petang. Tapi time ni pagi so tak ramai orang lagi

Mereka datang untuk santai dan makan makan.

Tempat istirehat

Kami pun lepak dan santai santai sambil minum air kelapa. 

Pastu dok borak borak macam macam perkara. Rata ratanya berkongsi pandangan mengenari perbezaan Malaysia dan Indonesia dengan drebar yang mesra alam tu dan jugak couple yang datang dari Jakarta yang turut sama menyertai kami ni.

Selesai minum minum kami pegi usha bot bot nelayan yang baru pulang dari laut

Dengan hasil tangkapan mereka yang turut di jual kepada orang ramai dan juga peraih di sini 

Ketam fresh fresh

Ikan 

Dan tak sah kalau datang ke sini tak naik dan panjat atas batu batu besar yang ada ni. Jadi, yuk !!!

Pantai Penyabung

Kawasan tangkapan ikan

Tenang

Batu batu

Air yang jernih

Laut biru

Kawasan ni agak sesuai untuk mandi mandi

Batu yang terus menyentuh lautan

Agus dan Agung

Bot nelayan

Belah sana ada satu resort mewah Arumdalu Private Resorts. Kalau nak masuk kena bayar tapi nampak memang lawa

Berpanas panasan

Pondok

Masa kat sini kami decided untuk makan tengahari.

Drebar si Agus dah bawak makanan siap siap di panggil nasi kotak. Ada nasi, ayam goreng, tempe dan sambal. Typical nasi orang Indonesia ni yang macam nasi ayam penyet. Tanpa kuah tapi bila makan sedap jugak.

Makan sambil borak borak di temani angin sepoi sepoi bahasa di sini.

Perjalanan di teruskan ke destinasi berikutnya akan melepasi Batu Baginde yang terkenal dengan mitosnya.

Perut kenyang ! Rasa nak tidur tiduran.

Aku sambung tidur tanpa rasa bersalah. Siap ada tarikan bunyi dengkuran. Haks ! Mood masih belum memberangsangkan.

bersambung.................

10 comments:

  1. dalam byk2 gambar tu, gambar ketam jugak yg best...hii...hi...hi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. kalau siap di masak dan boleh di makan lagi best !

      Delete
  2. Replies
    1. Katanya belitung ni lah satu satunya pulau yang banyak bongkah2 batu ni.

      Delete
  3. Kalau makan tengahari ada tambahan lauk ketam segar dari laut tu mesti bestttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. best. makin letih lesu lah badan kekenyangan. makin banyak masa di perlukan untuk terus meniduri diri sendiri

      Delete
  4. berbaloi tak ke sini...sebab movie laskar pelangi? kalau tak, nak repeat lombok jela hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. errrrr.. good question.

      personally aku rasa tak berbaloi sgt unless dah pegi pulau2 lain yang lebih top mcm bali, gili, lombok, even pulau weh atau karimunjawa. repeat lombok 2 kali pun lebih berbaloi tapi................ ok je nak dtg belitung ni. lain padang lain belalangnya... :-)

      Delete
    2. so far tanya org yg dah pergi, mcm tu jugak la jawapannya..ok boleh lengah2 la ke belitung ni..

      Delete