Pages

Monday, August 7, 2017

Trip Menghayati Lelah di Belitung : 01 | Dari Sepang ke Cengkareng

Berikan tepukan gemuruh penuh padu dengan diiringi paluan kompang lagu Sakitnya Tuh Di Sini bagi membakar semangat aku sekarang agar lebih berkobar kobar... !

Ni perihal trip ke Belitung - Negeri Laskar Pelangi.

Dah lama terperam dalam draft, rasa jauh je nak abiskan entry ni sebab lepas balik dari Maldives, Belitung seolah olah terpadam dari ruang fikiran !

* mati la kena hempuk.

Tapi aku tak leh biarkan gambar gambar ni berkulat, jadi aku share jugak lah perihal trip ni sambil sambil tu kongsi pengalaman aku semasa ke sana. 

Negeri Laskar Pelangi

Highlight telah pun muncul satu ketika dulu : Negeri Laskar Pelangi 2017 - Highlight

Dan entry bajet & itinerary berserta mukadimahnya telah juga aku kongsikan sekali cukup untuk memberi gambaran sebenar aku ke sini. 


Sudah ku bilang trip ni adalah rentetan daripada trip tak jadi ke Flores. Sabar Flores, belum sampai waktunya aku mengunjungi mu, namun Flores tetap dalam anganku. Begitu juga Belitung ni. Sejak dulu lagi ia bersemandi dalam satu sudut benak fikiran dan aku berjanji dengan diri sendiri, satu hari aku akan jejakkan kaki ke sana. Dan Alhamdulillah, impian ini akhirnya terlaksana.

Trip ni aku dengan GBS. Macam biasa. usual suspects adalah IH dengan BW !

Lepas kecewa tak jadi ke Flores sebab kekangan masa, trip Belitung yang muncul secara spontaneous ni pun berjalan juga seperti yang di rancang walaupun last minit.

Perjalanan bermula dari Putrajaya Sentral. Lepas waktu kerja, kami semua bergegas ke sana, park kereta dan tunggu ERL untuk ke KLIA 2.

Menunggu keretapi tiba

Tu dia....................

 Tahukah anda, Both the KLIA Ekspres and KLIA Transit use a total of 12 four-car Desiro ET 425 M electric multiple unit (EMU) trainsets by Siemens AG: 

The trains run at a maximum commercial speed at 160 km/h, the fastest speed for rail travel in Malaysia.

Belum sempat nak layan perasaan tup tup dah sampai KLIA 2. Jerit HIP HIP HOOREY !

Gi smoking dulu.... Cukupkan kandungan nikotine dalam tubuh supaya mood kekal ceria dan gembira

Sampai dah solat dulu siap siap

Keadaan di balai berlepas. Kami tak de nak check in so redah jer

Check jadual flight. Oh btw aku sangat sangat teringin nak pegi ke Dhaka.

Gi smoking sekali lagi

Sambil usha usha kawasan sekeliling.... Oh Tanahair ku.. Aku bakal meninggalkan mu. Jaga diri mu baik baik. Kekalkan ke-sunti-nan mu.

Cukup rasa sedih. Masuk ke balai pelepasan untuk berangkat. Gate agak jauh kena menapak.

Tapi singgah dulu beli bekalan rokok. Wajib ni, kalau tak nanti mood tak tentu arah

Tetiba lapar.

Jadi kami singgah makan kat Popeyes dulu. Tak pernah cuba. Tak sedap sangat.

Agak agak cukup masa terus ke gate berlepas.

Penumpang lain yang turut sama menunggu

Aku beli bantal. Konon konon nak tidur dalam flight. Mengada je lebih.

Tunggu flight. Delayed sikit......

Nasib mood baik so aku tak kisah menunggu..... Masuk flight pose pose baca magazine

Flip flip thru

Tak makan pun dalam flight.

Flight smooth je walaupun agak packed. Cubaan tidur tidur ayam tapi gagal.

Cukup 2 jam setengah, akhirnya pesawat mendarat dengan riang nya di landasan Bandara Sukerno Hatta di Cengkareng.

Selamat datang di Indonesia ! Trimas.....

Bandara SHIA di terminal lama.

Aku suka terminal ni.. Gaya klasik terserlah warisanan budaya Indonesia

Selesai semua urusan kastam dan imigration. Kelur terminal dan menimbal nimbal semula.

Perancangannya kami akan bermalam di salah satu hotel murah berdekatan bandara ni. Tapi..........

Semua transport dah abis sebab delayed tu kami tiba lepas lewat malam.

Airport pun dah sunyi dan agak sepi.

Cemana?

Nak jugak ke hotel tu naik teksi tapi tak ada banyak masa. Teksi pun macam mahal je. Walhal katanya macam dekat tapi bila tanya tanya orang memang jauh. Belakang airport sana. Ingat sampai awal boleh la sempat mandi dan tidur di sana kejap. Tapi kalau macam ni, esok sebelum subuh nak datang ke airport ni semula. Teksi belum tentu ada ke tidak.

Akhirnya kami decide nak lepak dan tidur kat bandara tu saja.... Burn lah hotel tu. Nasib murah jer.

Cari port dari hujung sini ke hujung sana di terminal antarabangsa ni.

Ada plak perasmian bandara ni satu ketika dulu oleh bapak Soeharto

Usha usha kawasan dulu

Orang dah makin berkurangan

Lupakan katil tilam dan layanan first class. Tidurlah berbantalkan lengan

Cari je kerusi mana yang kosong dan labuhkan ponggong. Sejuk jugak ekon dia.

Mula mula kami dapat port cantik gak kat hujung hujung. Tak ramai orang dan ada kerusi panjang. Tapi baru nak lelap tetiba datang rombongan makcik makcik pakcik pakcik yang nak gi umrah. Dia orang ramai, sikit sikit dia orang himpit sudahnya kami blah.

Melilau cari port lain.

Pengalaman tidur di airport. Benda yang agak jarang aku tempuhi. Tapi Bandara SHIA ni agak OK dan banyak kawasan untuk tumpang tidur. Orang pun memang ramai tumpang tidur semetara tunggu flight pagi esoknya.

Tidur tidur ayam. Kejap kejap terkejut bunyi tapak kaki orang berjalan.

Detik beralih waktu. Jam bertambah dari satu ke satu. Sampai lah menjelang subuh hari.

Sempat makan di A&W pepagi hari...

 Waktu untuk bersiap siap sebab kami nak kena pegi ke terminal domestik. Ada shuttle ke sana. 

Malangnya shuttle tu pusing ke Terminal 3 dulu baru pegi ke domestik. Lambat pulak.

Siap berhenti lama kat Terminal 3 tu. Driver mati engine dan menghilang !

Eh...... aku dah tak banyak masa ni.  Takut tak sempat nak check in dan naik pesawat !!!!

Cuak, rengsa dan resah.  Satu kampung dah tau aku nak ke Belitung ni. Malu kalau tak jadi !



Di dalam gersang hatiku
Ku merenung dirimu
Hati tersentuh rindu

Yang dalam tak menentu
Dengarkah kasihku
Getar di jantungku
Inikah arti, inikah arti resah hatiku

Bilakah kau datang kasih
Di hari indah nanti
Kan kusambut bunga
Tanda cinta kasihku
Namun hatiku resah
Dan merenung kini
Inikah arti, inikah arti rinduku padamu

Aku turut, aku turut bersamamu
Aku jua, aku jua ingin bersamamu
Aku ingin, aku ingin bersamamu jua nanti
Bagaikan hari-hari dulu lagi

bersambung.......................

11 comments:

  1. akhirnya...smpai gak post Belitung
    tengok gambar A&W kt Airport Jakarta ni, teringat trip aku ke sana awal Jan. tunggu uber bgtau aku kat A&W, smpai 3 biji uber x faham ape aku ckp. ujung2 masa nk balik rupanya kat indo A&W dipanggil awer (bukan aweks)...hmmm padanla sume x faham hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... kalau kat Hitaly orang sana panggil

      A an Daba..... U ilang tak tau gi mana.

      Delete
  2. Replies
    1. pagi pagi ice cubes tak sampai lagi... tu yang tunggu lama tu

      Delete
  3. Lamanya tak naik kapal terbang tak tahu pun popeye dah wujud kat klia2. Sob sob sob.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok jugak tu. aku ni tak pernah tau wujudnya restoran nama popeye ! hehehe

      Delete
  4. Kesian Belitung...sila habiskan entry ni tau!

    Ko nk gi Dhaka buat apa? Ko konfiden ada peminat kat sana kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah gigih ni nak abiskan entry belitung..


      Dhaka tu macam nak kena pegi. nak survey abang abang adesh nak bawak masuk dtg keje sini. hahaha

      Delete
  5. aku pun teringin gak nak gi dhaka.
    cepat gi meng. nanti boleh aku buat panduan itinerari kau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah. nak pegi la ni tapi tiket mahal now now. insha allah one fine day.;

      Delete