Pages

Tuesday, August 1, 2017

SUMMER IN BALKAN : Budget & Itinerary - Part 1

Lights .... Camera roll.... Action !!



Jangan risau ! 

Dah balik pun. Highlight trip ke Balkan dah keluar di sini : Road To Balkans 2017

Now aku share budget dan itinerary aku pulak.

Balkan? Fakta, Sejarah & Negara Anggotanya.

Wilayah Balkan terletak di Eropah Tenggara dan meliputi luas sekitar 700.000 km persegi. Nama Balkan diambil dari pegunungan yang merentangi dari Serbia hingga ke Laut Hitam.

Negara-negara yang merupakan wilayah Balkan meliputi Albania, Bosnia dan Herzegovina, Bulgaria, Kosovo, Montenegro, Grece, Republik Macedonia, Serbia, dan sebahagian Turki. Rumania dan Slovenia kadang-kadang dimasukkan sebagai negara Balkan, meskipun sebenarnya bukan merupakan bahagian negara rasmi dari Balkan.

Peta negara negara Balkan

Wilayah Balkan dikenal memiliki lingkungan yang kaya dengani iklim pergunungan yang bervariasi, wilayah ini menawarkan berbagai keanekaragaman semulajadi. Sumber alam dari Balkan meliputi anggur, batu bata, lignite, tembaga, mangane, zink, dan bauksit.

Orang Turki dan Greece menyumbang terbesar populasi wilayah ini disusul dengan Serbia dan Bulgaria. Semua negara Balkan juga memiliki sejumlah etnik minoriti nomad, termasuk Roma (Gipsi), Vlachs, dan Gorani.

Balkan dikenal menjadi tempat berlakunya peristiwa kekerasan dalam sejarah, termasuk penganiayaan bermotif agama semasa Perang Dunia II, ketika Gereja Katolik Yunani diperintahkan bergabung dengan Gereja Ortodoks Rumania, serta penindasan minority tertentu, termasuk Gipsi.

Runtuhnya Persekutuan Yugoslavia juga diingat sebagai pemicu perang yang panjang. Pembersihan etnik yang mengiringi konflik memaksa banyak penduduk setempat meninggalkan daerah itu ketika tahun 1990-an.

Tak memerlukan intro yang panjang, trip ni bagi aku sangat adhoc dan aku memang tak de banyak masa nak prepare dan menaakul. Kira main redah je. Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat pulang. 

Jadi di sini, aku share serba sedikit, bajet dan itinerary trip solo aku ni.


Fly dengan Qatar. Aku kureng skit la Qatar ni. Leg room ok tapi makan etc tak hebat mana.


Nak selesa upgrade to Business Class... kena bayar 3 kali ganda

Tiket pun memang aku beli seminggu sebelum bertolak dan Qatar je yang paling murah. Tapi route yang aku nak agak mahal iaitu KUL - DOHA - ATHENS dan balik ikut ZAGREB - DOHA- KL. 

Sudahnya aku ambik je balik ISTANBUL - DOHA - KUL.

01. VISA

Aku sendiri tak plan berapa negara aku nak jejak. Tapi aku ada masa 13 hari cuti yang dah di approvedkan termasuk beberapa hari cuti raya. Jadi aku main hentam je sebab tak prepare apa apa booking tiket dari Malaysia ke apa. Kalau sempat sempat lah, kalau tak sempat aku plan je nanti bila kat sana.

Dan kesemua negara Balkans tidak memerlukan visa untuk semua pemegang passport Malaysia. Dulu Serbia memang perlukan Visa tapi tahun ni ada Free Visa untuk Malaysia sehingga Disember 2017 jadi aku ambik kesempatan menyelinap masuk ketika masih boleh ni.

Sebab plan aku memang nak transit di Doha kejap so aku ada apply visa online thru Qatar Airways walhal sekarang Malaysian pun tak perlu visa kalau nak masuk Qatar. Sebab free aku buat je lah !

Airport Doha

Sepanjang 13 hari menjelajah ke 11 negara, memang tak de masalah besar nak melepasi sempadan. Cuma masa di Macedonia, passport aku kena tahan. Tak tau la kenapa, agaknya orang tu musykil sebab passport aku banyak sangat cop. Dah satu bas kena tunggu !

Masa di Serbia jugak passport aku lama kena ambik sebab dalam tu ada chop Kosovo. Serbia dengan Kosovo ni tak geng, so sesapa yang nak masuk Serbia tapi ada chop Kosovo memang kena aim lah. Nasib baik, aku keluar Kosovo dan masuk ke negara lain dulu sebelum jejak ke Serbia. Kalau direct memang tak di benarkan ! Jadi rancang perjalanan anda.

Immigration antara negara.

Pemeriksaan imigration setiap negara di Balkan ni berbeza beza. Ada yang pegawai dia naik dan ambik passport pastu dia bawak turun pegi chop. Ada jugak yang kita kena turun dan beratur panjang dan dia skodeng usha muka kita sama ke tidak dengan gambar kat passport. Dan ada jugak yang drebar bas yang tolong collect dan bawakkan serta uruskan kesemuanya. 

Jadi bersedialah apa apa keadaaan sekalipun yang penting pastikan passport korang selamat kembali ke tangan ! Tak payah nak kumpul chop. Tak semua immigration tu chop pun sebenarnya. Dia tengok tengok jer.

Ada kes di Bosnia melepasi sempadan Croatia, makcik ni punya passport tak der ! Rupanya tertinggal kat pintu sempadan. Satu hal lak kena tunggu.

Kenapa ada iklan rokok di sini?

Khas untuk perokok perokok tegar. Kalau masuk ikut Greece, allowance rokok adalah 3 kartons ! Tapi jangan risau kalau rokok habis sebab di Balkan rokok agak murah. 

Tu je nak bagitau .......... Hahaha.

02. CUACA

Orang kata kalau pegi Eropah cuaca mesti lah macam di pergunungan kan? Silap ! Tu kalau kau pegi musim pergunungan. Tapi ni time Summer ( Musim Panas ). Pergunungan pun dah rasa macam tepi kawah gunung berapi.

Panaih !!!!

Memang berpeluh peluh lah berjalan di bakar terik mentari. 

Kat Athens panas gila. Rasa macam malas nak berjalan lagi lagi nak panjat Acropolis tu.

Sebenarnya dari kat Doha lagi aku rasa panas gila cuaca.

Tapi yang baiknya.. Siang agak awal. Pukul 5 pagi dah cerah. So biasa awal pagi aku dah keluar berkeliaran dan by tengahari aku akan pastikan aku dalam bas or somewhere berlindung.

Malam gelap dalam pukul 9 malam jadi ada banyak masa nak explore tempat tempat dan destinasi yang aku nak pegi.

Dan yang bagusnya, di negara negara Balkan ni, tap water dia orang boleh minum. Jadi memang boleh jimat la duit beli air. Kadang kadang kat park atau tempat awam memang ada water fountain yang ada sumber air minuman. Jadi selalu lah bawak botol kosong untuk isi air.

Nak beli pun boleh, tapi kalau banyak banyak kali mau abis banyak gak duit beli air mineral jer.

Dan bagi memastikan air aku selalu sejuk. Aku beku kan siap siap so masa nak berjalan tu aku bawak air yang memang sejuk. * curah air ke muka feeling feelijng baywatch.

03. CURRENCY

11 negara dan tak semuanya menggunakan matawang yang sama. Jadi penyelesaiannya???

Tukar lah !

Aku bawak duit Euro dan USD jer tu pun semua baki dari trip trip dulu. Sampai sana ada negara yang pakai Euro tak de hal lah. Tapi negara negara yang pakai currency sendiri tu nak tak nak kena tukar. Tukar pun tak perlu banyak. Cukup untuk keperluan bayar hotel ( tapi biasanya hotel dia orang boleh accept in Euro), atau nak beli makanan atau bayar tambang bas je.

Selalunya dekat station bas sewaktu sampai tu kat kaunter tu ada satu kaunter khas untuk currency exchange. Tukar lah kat situ sesiap.

01. QATAR | Riyal. Aku tukar USD 10. Cukup untuk bayar tambang bas keliling kota. Ada balance lagi.
02.  GREECE | Euro. Perbelanjaan agak mahal sikit di Greece ( dan Croatia)
03.  BULGARIA | Lev. Rate pegged 1 EUR = 1,95 BGN.
04. MACEDONIA | Denars. Rate 1 Euro for 61.35 MKD.
05. KOSOVO | Euro. Harga di Kosovo agak murah. Dalam half harga barang di Greece. Kosovo juga antara negara paling miskin di Balkan.
06. ALBANIA | Lek. 
07. MONTENEGRO | Euro.
08. CROATIA | Kuna. 
09. BOSNIA | Mark. Rate pegged at 1 Euro = 1.95 KM. Biasanya dia orang kira 1 Euro = 2 KM. Aku ada masalah sikit masa kat Bosnia ni sebab nak tukar Euro tak de note kecik. Ada 100 Euro. Semua tak nak ambik. Rasa loser gila berjalan tak de duit. Nak beli apa pun tak boleh. Bank pun tak mau 100 Euro ( sebab aku cuma nak tukar 20 Euro je ). Nasib baik ada USD note kecik, tukar USD jer.
10. SERBIA | Dinar (RSD)
11. TURKI | Lira. Aku tak perlu tukar banyak sebab masih ada baki Lira dari trip dulu.

Matawang Albania Lek.

Matawang Kuna

Biasanya kalau kat negara yang perlu tukar, aku tukar dalam Euro 10 - 30 je ke currency. Dan kalau tak abis duit tu, terpaksa la beli rokok !

Lebih elok kalau ada facility Oversea withdrawal di mesin ATM tapi kena tengok gak, charges tu berbaloi tak dengan duit pengeluaran.

04. TRANSPORT & ACCOMMODATION

Ni dua part paling penting. 

First Transport. Sepanjang di sana macam macam kenderaan aku naik. Train, Bus. Furgon ( mini bas ), Ferry dan apa saja la yang tersedia. Cabarannya adalah perjalanan cross boarder ( antara negara ) agak limited. Satu hari maybe satu trip je. So kalau terlepas memang kena tunggu esok lah. Jadi kena pastikan tahu jadual perjalanan bas/train tu semua dan jadual dia orang ni biasanya memang on time.

Train

Bas

Mini van (Combi - Bawak orang dan barangan)

Station bus di Thessaloniki

Walaupun aku tak de plan khusus, tapi masa di Thessaloniki, aku missed bus pagi tu ke Skopje. Bas seterusnya esok pagi so dari tersadai kat situ lama lama, aku tukar plan ke Sofia. Tu yang itinerary asal aku habis lari ke mana hala.

Satu lagi kena tau, kalau naik bas ( Biasanya di Montenegro, Croatia dan Bosnia). Kalau ada luggage, ada bayaran estra untuk luggage tu. Biasanya 1 Euro ( atau bersamaan dengan local currency ) dan di bayar kepada drebar bas. Bersedia je la dengan duit kecik sebab ada yang nak in local currency pun ada. Merapek beul. Selagi tak bayar ada yang siap bergaduh gaduh.

Pakcik ni salah sorang yang berkira.

Pengtinapan pulak, ada 1 malam dari Sofia ke Skopje aku ambik overnight bus so tidur dalam bas je lah. Yang lain lain memang cari private room. Either aku book sehari sebelum sampai atau walk in jer. Parah jugak masa kat Sarajevo sampai pun dah tengah malam mengagau tak de tempat tuju. Berjam jam berjalan cari hotel. Nasib baik jumpa dan available. Kat Athens masa memula sampai, dekat 3 jam aku berpusing cari Airbnb tak jumpa jumpa. Dah give up dah. Tanya orang semua point ke mana mana ntah. Frust betul. Cam bangang je rasa.

List of hostel/hotel/Airbnb nanti aku share kat bahagian itinerary.

Airbnb di Athens yang buat aku sesat barat. Tapi view lawa nampak Acropolis dari verandah.

Hotel di Kotor, Montenegro. 

Agak mahal dan mewah serta paling best !

Hostel di Mostar. Paling murah. Euro 10 private. Paling baik hati owner dia dan dekat dengan station bus. Highly recommended.

Istanbul. Best gak hotel ni tapi tak de tingkap. 

View dari rooftop memang lawa dan harga tak mahal sangat.

Kalau pegi berdua atau lebih boleh jimat sikit bab penginapan ni. Average rate aku bayar adalah Euro 20 per night.

05. TIPS & RECOMMENDATIONS

Aku share few tips yang aku rasa mungkin boleh membantu sesiapa yang teringin nak backpacking atau pun travel ke Balkans ni. Benda benda ni biasanya common sense tapi tu lah, kadang kadang makan semut banyak sangat jadi lupa atau tak ambik berat.

01. Rancang route anda. Negara yang ingin di lawati. Jadual transport dari satu destinasi ke destinasi yang lain.


Sesiapa yang bercadang ke Balkan ni mesti ada countries in mind yang dia nak jejak. Macam aku hari tu memang nak sekali pulun jer. Memula nampak macam packed gila, tapi sebab ambik kira summer time, siang awal jadi aku boleh plan jadual bila nak explore dan bila nak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Jumlah negara sudah tentu mengikut hari yang ada.

Kalau nak scale down, countryside yang lawa, Bosnia. Coastside yang lawa, Croatia dan Montenegro. Yang lain lain tu boleh jadi persinggahan je pun OK, attractions pun biasa biasa je. Kalau nak tengok awek cantik cantik, Bulgaria macam menarik. Awek Montenegro macam gothic sikit tapi nampak intense ! 

Awek Kosovo

Dari negara mana nak mula pun penting sebab tu akan menentukan flight tiket kita. Tapi sebab aku beli tiket dulu baru plan, jadi belasah je lah. Apa apa pun, kena cepat cepat betulkan apa yang silap kalau agak tersasar dari plan asal. Ada website tertentu untuk check jadual transport especially bas:  BALKAN VIATOR tapi macam tak tepat sangat.

02. Cara jimatkan perbelanjaan. Hotel dan penginapan.



Hotel ni memang hit and miss lah. Ada mahal dan ada yang murah. Hotel di Dubrovnik memang mahal. Begitu juga di Kotor. Jadi kalau buleh elak daripada bermalam dibandar bandar ni. Bosnia hotel lebih murah. Kalau plan OK boleh booking awal tapi biasanya kalau dah ada tiket ke destinasi seterusnya baru book penginapan. Ada dua tiga kali walk in... memang menguji kesabaran lah.

03. Food. Bawa bekal.

Bagi yang kaki bekal. Bawak lah bekal. Bukan susah nak dapat makanan di sana, tapi susah nak dapat makanan yang kena dengan selera kita ( bercakap pada diri sendiri). Kali ni aku bawak maggie 1 pack tu abis !!  Jumpa nasik pun 2 kali je sepanjang 13 hari tu.

* nanges keluar puding jagung.

04. Peta. Offline map. Wikitravel print out.

Aku memang serabai. Tak de apa plan beriya where and when. Tapi aku ada in mind mana aku nak pegi. Sebab aku tak de la beli wifi ke apa dan cuma pakai wifi kalau di hotel atau yang free, jadi aku lebih prefer print out wikitravel each destinasi. Memang nampak tebal tapi tu bagi aku paling senang. Boleh baca bebila nak baca dan boleh flip around dan refer ketika perlu.

Map pulak aku download offline map [ MAPS ME


Peta peta ni susah nak cari yang free unless kat hostel/hotel kalau dapat

05. Bahasa.

Overall, banyak negara English is common. Kurang kurang pun, kalau orang ni tak tau, ada orang lain yang tahu. Dalam banyak banyak negara ni, Bulgaria bagi aku paling payah. Dah lah tak cakap English. Signage semua dalam bahasa dia.


Dan beli tiket pun tak faham tulis destinasi ke mana. Sakit jiwa betul. Langsung tak de courtesy nak tulis dalam bahasa rumi at least tulis nama destination.

Pastu kalau tanya, 

"No English !" 

Buat muka tak bersalah. 

Tapi tak semua orang Bulgaria macam tu. Dekat Bulgaria lah jugak aku jumpa seorang minah ni sungguh sungguh membantu sebab dia tau driver tram dah tipu aku

Belum kira jumpa perkataan pelik pelik.


Burek. Memula nampak nak tergelak. Nampak macam mencarut je. Rupanya sejenis makanan.


Pastu jumpa pulak yang ni ! Aiyooo..... Tapi ni bukan makanan tapi fabrik kain kain.

Ada aku jumpa satu lagi K*n*k tapi tak sempat nak snappy sebab tuan anjing ada kat situ. Signage tu untuk anjing. Tak tau lah apa maksudnya.

06. Standby notes kecik ( Euro or USD) untuk pertukaran.

Ni aku kena di Bosnia. Sebab tak de duit kecik Euro nak tukar. Even bank pun tak nak sebab aku ada note 100 Euro tapi nak tukar Euro 20 je. Nasib baik ada USD. Tapi kira malam sebelumnya tu rengsa jugak la tak de duit nak beli apa apa.

07. Act friendly. Be nice to people but always be extra careful.

Berada di tempat orang kena pandai pandai bawak diri. Lagi lagi kalau travel solo. Tak semua orang yang kita nampak baik tu sebenarnya baik. So far pengamatan aku, negara negara Balkans ni agak selamat even jalan malam malam tapi kalau boleh avoid, elakkan lah berjalan malam di kawasan kurang tumpuan.

Belongings kena jaga baik baik especially passport or duit. Alhamdulillah tak de kejadian kejadian yang tak diingini sepanjang aku kat sana. Apa yang penting kena selalu hati hati !

Di Balkans banyak masjid dan church. Banyak sentimen dan banyak perbezaan dari segi macam macam. Kena ambik tau dos and donts. Fahami budaya, adat dan sensitivity masing masing.

08. Prepare physical and mental. Kaki. Gear.( kasut, buku, alat hiburan ) etc. Banyakkan bersabar. Latih diri sendiri untuk sentiasa belajar.


Jadilah seperti makcik ni. Musim panas bawak topi. Contoh yang bagus.

Trip macam ni banyak berperang dengan masa. Kena kejar sini sana. Nak banyak cover tempat. Physical memang kena fit. Gear pun kena elok. Macam aku, memang jenis main sauk apa semua dan beg pun memang beg travel so aku assume semua dalam tu in-tact. Sudahnya kasut koyak ( ni memang sebab banyak berjalan ). Salah bawak adapter phone dan ada lah few masalah sebagainya. Ni semua sebab tak berapa nak prepare sebelum pegi.

Bila ada benda yang tak kena, banyak la pulak rasa tak best muncul. Jadi kena selalu sabar. Banyak banyak bertenang. U know what to do kan? Belum lagi cerita sesat jalan. Salah jalan. Salah itu ini, tapi memang kena be accountable dengan apa apa jua decision yang kita dah buat atau pilih ( atau salah pilih)


Tapi kalau tetiba tersadai sorang sorang kat tempat macam ni? * aku rasa nak berguling guling tapi tak tau ke arah mana nak di guling !

Kaki pun menjadi cabaran gak buat aku sebab beli kasut baru, macam ketat dan jalan jauh kaki melecet. Pedih tak terperi tapi redah jugak lah.

09. Kembara dengan niat yang baik baik jer.

Aku bukan lah orang yang baik, Tapi aku akan sentiasa mengelak daripada mencetuskan sebarang tindakbalas yang akan menyusahkan mana mana pihak. Pegi tempat orang kena pandai pandai bawa diri. Cuba bertahan walau kadang kadang sakit hati dan sesuatu tu tak kena dengan diri kita. Ada sekali minah ni tumpahkan beer kat seluar jeans aku, dah la tu je jeans yang ada. Ikut hati memang geram tapi baik je aku cari jalan penyelesaian lain daripada aku nak marah dia end up jadi isu lain pulak.

Sebelum keluar baca doa semoga selamat perjalanan kita.

Dan ada sekali di Skopje, aku di temani oleh sekor anjing yang ikut aku berjalan dari mula sampai abis. Baik hati Justin Bieber ni. Tapi ada awek pulak Katy Perry yang suka suka hati je menjilat tangan aku. Dah satu hal kena samak menyamak. Nasib tak kena penyakit merepek.

10. Dan yang paling penting. Enjoy and have fun !

  
.................. kita enjoiceeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee !


Indahnya percintaan
Bersamamu

Terlena dibuai
Kasih sucimu

Rindu yang kualami
Dari hati tak ku sangsi
Luka yang semalaman
Ku noktahkan

Indahnya percintaan
Bersamamu

Bertemu dirimu
Tikaku perlu

Takku mimpikan begini
Dulu takku percayai
Oh kasih

Pertama kita bertemu
Sememangnya ku meragu
Oh salam perkenalan
Yang dirimu hulurkan

Tak pasti pula ku mengapa
Mungkin kerna ku terasa
Perlu mengenal dulu
Hati budi dirimu

Kesabaran ku menanti
Terbukalah pintu hati
Menyambut keikhlasan
Kasih seorang insan
Ku terima
Dirimu yang istimewa

Yang ku pinta yang kuharapkan
Oh bahagia terus berkekalan
Janji mu kan ku ingat ku pegang
Oh sayang

bersambung........

24 comments:

  1. fuhh...x zabarrr nak baca penuh.. bila Meng nak keluar ni? aku nak baca pasal kena jilat ngan tersadai tu..mcm menarik. ihikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah.. bodo betul anjing tu. susah payah lak aku menyamak tepi sungai.

      lambat skit la full entry ni

      Delete
  2. tu dia mencari panas di balkan.

    cantik topi acik pinky tu..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. acik tu Indo .... kesian aku tengok anak dia kena paksa ambik gambar dia mcm mcm posisi

      Delete
  3. Sejuk ati dengor nasihat pakcik meng..tak sabar nk baca full entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasihat untuk diri sendiri sebab aku yang selalu alpa dan lupa.

      Delete
  4. Hi supermeng haha.Saya maybe nak gi balkan winter ni,so saya nak tau,average intercity bus berapa ye biasanya? (eg: dari Bulgaria ke Serbia atau dari Montenegro ke Croatia),sbb saya tgk dah Balkanviator,tapi dia tak tunjuk Price T.T So takleh nk plan out budget :(

    Average biasa berapa eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends on jarak perjalanan antarabandar

      kalau domestic murah skit lah.. avg 10E kalau melepasi sempadan average dlm euro 25. tapi depends jugak lah.. overall tak de la mahal pun. paling mahal 30E tak silap

      Delete
    2. Luv your entry... sangat santai.
      Cdg pun nk g jugak. Rasa nya. Spring wld b nice kan...

      Delete
  5. Good info. Thanks sharing. Sy plan ke sana tahun depan. InsyaAllah

    ReplyDelete
  6. Tk infonya.. bawa botol kosong utk isi air... cdng nak ke balkan bln oct ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau oct dah abis summer. kurang skit panas dan dahaga. tapi ok je bawak botol tu.

      selamat berjuang di balkan. enjoice !

      Delete
  7. Best jalan masa summer, masa siang panjang tapi panas lit² tu memang berkemungkinan akan buat aku meroyan. Thanks for the tips. Dan² Doha xyah visa, melayang dah RM100+ aku aritu tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah. ada pro and cons.. tapi redah je lah...

      visa qatar ni lagi open since sekatan dr negara arab hari tu. nak bagi ramai org dtg melawat negara mereka kot

      Delete
  8. ticket bus beli online atau on the spot..saya plan dari athen nk ke macedonia the ke kotor dan seterusnya ke bosnia..so semua pergerakan tu guna bus kan? cume sekarang nak survey harga dan bagaimana nk beli tix bus tu.. kalau ada online website pun ok juga..klu tuan blh share tips.. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli on the spot atau sehari sebelum.... yea semua guna bus.

      online tu maybe ada tapi tak sure updated ke tak.. try rome2rio.com

      Delete
  9. Menarik sungguh perkongsian saudara. Saya cedok ilmu ya.. terima kasih.

    ReplyDelete