Salah satu destinasi pelancongan romantis di wilayah Eropah Tenggara ialah Santorini, Greece.
Santorini adalah sebuah pulau yang terletak di gugusan Cyclades, di Laut Aegean. Pulau ini berjarak sekitar 200 km di sebelah tenggara tanah besar Greece. Santorini sebenarnya bukanlah sebuah pulau tapi kumpulan 6 pulau yang membentuk lingkaran. Pulau pulau ini merupakan sisa sisa kaldera gunung berapi yang pernah meletus kira-kira 16 abad sebelum masihi.
Dari keenam pulau tersebut, hanya 2 pulau yang berpenghuni, iaitu pulau utama Santorini (Thira), dan Therasia. Sedangkan 4 pulau kecil lain, iaitu Nea, Kameni, Palaia Kameni, Aspronisi, dan Christiana tidak berpenghuni.
Di bahagian tengah deretan keenam pulau ini terdapat lagoon yang berhubung langsung dengan Laut Aegean.
Secara administratif, Santorini termasuk dalam wilayah provinsi Thira, region Aegea Selatan. Pusat pentadbiran pulau ini terletak di Fira (Phira), yang memiliki jumlah penduduk sekitar 15 ribu orang (2011). Selain Fira, wilayah wilayah lainnya di pulau ini yang dihuni oleh penduduk dan sering dikunjungi oleh pelancong termasuklah Oia, Karterados, Kamari, Emporio, Firostefani, Imerovigli, Pyrgos, Perissa, Megalochori, Akrotiri, Mesaria, Monolithos, Vlichada, Vothonas dan Thirasia yang terletak di pulau Therasia, dan Athinios yang merupakan pelabuhan utama di Santorini.
Santorini merupakan salah satu destinasi wajib dikunjungi oleh para pelancong seluruh dunia. Pulau ini memiliki salah satu panorama yang cantik di dunia kerana bangunan bangunan di pulau ini memiliki senibina yang unik. Apalagi letaknya di tepi tebing, sehingga bersatu dengan hamparan biru perairan Laut Aegea. Bangunan bangunan tersebut dibina berdasarkan senireka tradisional khas Cyclades, yang berbentuk menyerupai kubus atau silinder, yang dicat dengan warna putih dan warnawarna cerah lainnya seperti biru muda, merah muda, dan kuning
Pada tahun 2015, Santorini dinobatkan sebagai salah satu pulau terindah di dunia.
Tak sempat nak buat entry aku dah revisit Greece, jadi layan gegambar je lah untuk trip lama sekitar Santorini ni.
Tak sempat nak buat entry aku dah revisit Greece, jadi layan gegambar je lah untuk trip lama sekitar Santorini ni.
Santorini terdiri daripada beberapa kawasan dan wilayah, antaranya :
1. Fira
Fira merupakan ibu kota dan pusat pentadbiran wilayah Santorini. Secara geografi, bandar ini terletak di pantai barat, wilayah tengah pulau utama Santorini (Thira). Nama Fira berasal dari Thira, nama pulau ini pada zaman dahulu. Rantau Fira terletak pada ketinggian 400 meter, di atas tebing di tepi lagoon kaldera. pemandangan bandar ini didominasi oleh bangunan dan rumahrumah penduduk yang berwarna putih dan berarsitektur khas Cyclades. Di Fira terdapat 2 muzium utama iaitu Muzium Arkeologi Thera dan Muzium Prasejarah Thera. dari pelabuhan Athinios, Fira boleh dicapai dengan menggunakan teksi, bas, atau cable car. Dan untuk mengelilingi bandar ini, pengunjung boleh menggunakan keldai, atau cukup dengan berjalan kaki.
2. Oia
Selain Fira, kota lain yang juga sering dikunjungi oleh pelancong adalah Oia. Oia, atau Ia, adalah sebuah bandar kecil yang terletak di hujung utara pulau utama Santorini. Dahulu kota ini bernama Apano Meria. tetapi hingga saat ini, penduduk tempatan masih sering menyebut kota ini dengan nama Pano Meria, dan penduduk bandar dengan sebutan Apanomerites. Pada masa Greek kuno, Oia bersama dengan Kamari, merupakan 2 pelabuhan utama diwilayah Santorini, yang pada masa itu masih dikenali dengan nama Thera. Sama seperti Fira, bangunanbangunan di
Oia juga mempunyai seni bina khas Cyclades dan berwarna putih. Di bandar ini terdapat Gereja Panagia, kincir angin (Weaving Mill), captain 's house yang dibina pada tahun 1800an, Muzium Sejarah Maritim Thira, dan Serenade Point, tempat yang popular bagi pelancong yang ingin menikmati pemandangan matahari terbenam.
3. Kamari
Kamari, sebuah desa yang terletak di hujung tenggara pulau utama Santorini. Berbeza dengan Fira dan Oia yang terletak di tepi tebing, wilayah Kamari terletak di tepi pantai. Nama Kamari berasal dari nama sebuah arch (gerbang), yang disebut Kamara, yang terletak di wilayah pantai di hujung selatan bandar ini. Gerbang tersebut dibina untuk menghormati Dewa Poseidon. Kerana letaknya di tepi pantai, Kamari terkenal dengan objek wisata pantai, dan yang terkenal adalah Kamari Beach yang mempunyai pasir berwarna hitam. warna hitam pasir tersebut terbentuk dari sisasisa abu gunung berapi kaldera gunung berapi yang membentuk wilayah pulau Santorini.
4. Imerovigli
Destinasi pelancongan terakhir adalah Imerovigli, sebuah desa kecil yang terletak di wilayah tengah pulau utama Santorini. Dari Fira, kampung ini hanya berjarak kira-kira 2.6 km di sebelah utara. Sama seperti Fira, Imerovigli juga terletak di tepi lagoon, wilayah pantai barat pulau utama.
Desa ini sering dijuluki sebagai "Balcony to The Aegea" kerana mempunyai panorama matahari terbenam yang sangat indah, sama seperti Oia. Rantau Imerovigli juga didominasi oleh bangunanbangunan berarsitektur khas Cyclades yang berwarna putih. Di kampung ini juga terdapat runtuhan Venetian Castle yang dibina pada tahun 1207. Di antara Fira dan Imerovigli, terdapat Firostefani, sebuah desa kecil yang juga sering dikunjungi oleh pelancong.
Santorini at randoms..........
I close my eyes to hear your voice
I close my eyes to feel the kiss
And if I stole breath from your own
It was night and now is the morning
I do not care, do not you care
Roads that pull
and the yours and mine
our nowhere go
Close your eyes now it's your turn
Feel pain touched the wound
and if you thought for a moment that you belong
it was night and now is the morning
I do not care, do not you care
roads that pull
and your own, and his own My
our go anywhere
I do not care, do not you care
roads that pull
and the yours and mine
to take us nowhere
salah satu destinasi idaaaman..!! mudah-mudahan one day.. cantiknya ^^
ReplyDeleteinsha allah.. mudah mudahan
DeleteAktiviti terjun apa tu?
ReplyDeleteOh ya. Selekelah, kkapong ambo nih!
Deleteaktiiviti terjun botol... khas utk kaki kaki botol... hahaha saja je dia org tu main terjun2
Deleteputih cantik menawan.
ReplyDeletewarna tema santorini.. putih dan biru
Deletetak pernah tak cantik pemandangan yang diambil hehhe
ReplyDeletememang pegi tempat yang cantik... semuanya nampak cantik je.. pastu semua gambar nak ambik. pastu blank malas nak susun susun dah
DeleteLawanyaaa Santorini..teringat pulak citer The Sisterhood and the travel pants..hehe
ReplyDeletelawa la..... tapi agak ramai sgt pelancong... dan agak mahal
Delete