Pages

Monday, July 31, 2017

Wayang Update : May - July 2017

Memalukan !

Nak buat entry pasal tengok wayang tapi tak de wayang yang aku gi tengok !

* menangis di hina dan di kecam 

Concession or confinement?

Jadi entry ni adalah entry wayang yang aku nak tengok tapi tak tertengok tengok !

Apa ntah jadi dengan jadual aku, masa untuk berpeleseran agak kurang jadi waktu waktu nak pegi menonton di pawagam macam hilang di telan masa.

Maybe hari tu buzy puasa dan raya, pastu aku ada trip pastu cerita yang best best semua tak sempat di layani.

Alien

Ni movie yang aku sempat tengok di pawagam. Cerita macam tahik ! Tak best langsung. Buang masa je.

Nasib baik Guardians of Galaxy menarik ! Terubat jiwa raga sebab kerah satu family gi menonton.





Budak budak pun suka.

Yang aku tak berapa suka, kalau keluar mesti ada benda lain yang di aim.

Hari tu viral kejap. Anak aku tak terkecuali

Kata hilang stress, aku yang stress

Agak malang dunia movie aku for 2nd Q tahun ni. Banyak missed.

Abang Lanun tak dapat tengok gak

Mummy pun sama.

Transformer pun aku tak tengok. Malu kat orang kampung !

Kekasih hati Gal Gadot pun tak mendapat keistimewaan untuk di tonton

Apatah lagi cerita raja raja ni.

Pastu Spiderman dan macam macam lagi movie yang ada kat wayang. Semuanya tak berkesempatan. Moralnya di sini, hidup ini hanya lah pinjaman.  Masa itu emas. Kadang ada, kadang tergadai sebegitu saja !

* mati lah sesuka hati je berpatah pujanggah

Kena pandai cari masa kalau nak menonton lagi nanti.

Tapi dalam flight hari tu aku sempat usha beberapa movies. Antaranya.. John Wick 2, Great Wall, dan Gifted. Semuanya aku tak sempat layan di wayang sebelum tu.

Kesimpulannya, kalau ada rezeki, bebila pun boleh layan. Tak berapa penting mana pun. Hiks. Online pun buleh cari cuma feel nya tak sama macam tengok di panggung.

Abis satu entry wayang yang memang cuma 'wayang' jer.

Saturday, July 29, 2017

Postcards from Canada - Eastern Canada

Dulu aku pernah buat entries Postcard from Canada tapi belah Western Canada.

Ada banyak lagi dalam draft nak abiskan, macam lama sangat aku bantai one shot kasi entry merepek throwback balance tempat tempat menarik di Canada ni.

Terkenang semasa dulu, hati ku merasa rindu...  

#throwback CANADA

Map Eastern Canada

Dan ni places yang sempat aku jejak kaki di bumi Canada belah sini.

KINGSTON

famous for Queen's University.

NIAGARA FALLS, CANADA

Famous for its waterfall

Niagara

TORONTO

CN Tower

Famous for its Olympic stadium.....

MONTREAL

OTTAWA

Ottawa capital city of Canada

Parliament Building

QUEBEC

Quebec City

for its UNESCO World Heritage Site

Some of the highlights semasa trips ni : 

01. Aku buat 2 kali road trips ke belah eastern Canada ni. Sekali berempat dan sekali lagi ber dua. Sekali pegi time summer, sekali time nak winter. Dua dua waktu ni Canada maintain lawa.

02. Trip pertama makan masa 2 minggu drove all the way from London, Ontario sampai ke Quebec City dan masuk semula ke US ikut Maine.

03. Trip ke 2 makan masa dekat 2 minggu gak tapi sebab berdua penat skit nak drive. Masa tu plan dari Ithaca ke Niagara Falls then nak jengah sampai ke Hallifax ! Tapi on the way tu patah balik semula sebab rasa macam jauh sangat sangat.

04. Favourite places di belah Eastern Canada ni bagi aku adalah Quebec City. Cantik dan menarik tempatnya dan banyak influence French pada bangunan bangunannya. Bandar ni juga merupakan one of UNESCO WHS. Yang lain lain pun OK jugak Mostly cities in Canada memang lawa lawa dan lebih lawa dari bandar bandar di States.

05. Masa summer trip ke Niagara Falls, kami stay di Niagara Falls belah Canada tapi crossed boarder masuk belah US. Personally aku rasa Niagara Falls belah Canada lagi lawa dari belah US tapi belah US ada direct access to the waterfall kalau nak berbasah basah and both sides ada Hard Rock Cafes !

06. Sempat la naik CN Tower di Toronto, pegi Stadium Olympic di Montreal dan jengak few Hard Rock Cafes di Canada termasuk Montreal, 2 di Toronto, Ottawa dan sebagainya sebelum most of them di tutup dah. Sekarang cuma ada 1 je tinggal iaitu di Niagara Falls belah Eastern Canada ni.

07. Quebec City semua signage in French. Orang orang dia pun cakap French. Ada sekali berhenti makan, member order seafood fried rice, tapi bila datang nasi goreng ada kepak. Ingat kepak burung puyuh, tapi bila tanya rupanya kaki katak ! ( kodok ). Trauma member aku sampai sudah.

08. Masa summer di Niagara Falls, cuaca panas gila. Sampai tak boleh nak tidur  malam. Sebab rengsa, kita orang bukak peti sejuk dan masukkan kaki dalam tu dan tidur. Baru boleh lena ! 

09. Driving di Canada agak senang tapi kena patuh peraturan lalu lintas. Silap speeding dapat saman. Zaman aku travel dulu semuanya ikut map je. Sesat sesat tu biasa tapi tu lah yang menyeronokkan sepanjang road trip Canada ni. Masa trip ber2 dengan gofreng masa tu, hari hari bergaduh. Hahahaha. Abis trip terus break up. Huhuhuh. Tapi at one time, imbas semula then teringat pasal trip ni terus jadi rindu light light.. 

Moralnya, jangan pegi roadtrip tempat lawa lawa dengan gofren !

10. Canada is one of my favorite country. Dulu kini dan masih lagi. Harap harap dapat berpeluang untuk kembali menjejakkan kaki semula ke sana ! 

Kalau sesapa berkesempatan, aku syorkan Canada to be in your bucket list.

Come on Canada.. seduce me !



Everything you are
Everything you'll be
Touches the current of love
So deep in me
Every sigh in the night
Every tear that you cry
Seduces me

All that I am
All that I'll be
Means nothing at all
If you can't be with me
Your most innocent kiss
Or your sweetest caress
Seduces me

I don't care about tomorrow
I've given up on yesterday
Here and now is all that matters
Right here with you is where I'll stay

Everything in this world
Every voice in the night
Every little thing of beauty
Comes shining thru in your eyes
And all that is you becomes part of me too
'Cause all you do seduces me

And if I should die tomorrow
I'd go down with a smile on my face
I thank God I've ever known you
I fall down on my knees
For all the love we've made

Every sigh in the night
Every tear that you cry
Seduces me seduces me
All that you do , , , .. Seduces me

Friday, July 28, 2017

Sue & Tuya Shell-Out, Subang Bestari

Mencari restoran shell out yang 'Power' di Lembah Klang untuk anda melantak makan sampai lebam?

Tercari cari makanan laut yang extreme dan boleh ratah lauk sesuka hati dengan harga yang berbaloi baloi?

Amboi.........................  Tak takut kena kolestrol ke? Gout?

Tapi kalau anda bebas dari sebarang dukalara di serang penyakit selepas tu, maka anda boleh menuju terus ke tempat ni dan isi perut sesuka hati !

 
Sue & Tuya Shell-Out yang terletak di Subang Bestari

Aku sebenaranya tak faham kenapa semua orang nak pakai nama Shell Out tu? Maybe marketing la kot tapi macam tak syok je semua nak pakai nama yang sama.

Tapi tu hak masing masing, kalau kena saman pun, sure buleh bayar.

Ayuh, Bagi yang teringin untuk mencuba makanan laut tanpa pinggan, boleh cuba cuba makan di Sue & Tuya Shell Out. Ini kerana boleh dikatakan harganya agak murah dan berpatutan. Bahkan ada juga yang dihidangkan mengikut pakej yang diambil yang tertentu mengikut selera dan bajet yang ada.

Umum mengetahui yang shell- out ni biasanya mahal ! Tapi di sini, boleh datang kalau mencari alternative yang masih di kira mampu dengan rasa yang tak kurang hebatnya juga.

Kosongkan perut anda, Pertingkatkan daya keinginan, Pastikan anda benar benar 'Hantu' makanan laut. 

ARE YOU READY?????????

* tala hailer ke kiri dan ke kanan..............

Tu diah... orang berpusu pusu ramainya

Aku tahu tempat ni pun dari pembacaan. Rasa nak cuba jadi kami berkerah ke sana. Lokasi dia agak masuk ntah ke mana mana, tapi guna waze je, anda pasti berjumpa !

Jangan risau kalau tempat dia memang ke arah kawasan yang mungkin berbeza dari kedai kedai biasa, tapi bila dah sampai area ni.. tengok orang. Pasti dah tau kenapa ia nya menjadi tumpuan !

Parking banyak tapi ada sedikit mencabar. Lokasinya terletak di barisan rumah kedai yang mungkin lebih meriah di waktu siang dan di waktu malam memang tempat ni je yang ada di buka jadi tak bersibuk sibuk dengan orang lain.

Dan park kereta buleh masuk dan cari seat. Orang memang ramai masa aku datang hari tu

 
Tapi rezeki kami tak menunggu lama sebab ada seat di lorong lorong tepi
.
Dan duduk, maka di beri menu !

Dimulakan dengan kudapan ringan

Menu utama boleh order ikut selera

Lebih mudah di baca. Katanya menu dia tak kenal erti 'KESIAN'

Dan bagi mengelakkan tercekik, order juga minuman !

Memang masa tu orang ramai gila. Berduyon tiba. Tapi kami dapat seat dan terus je order.

Berbeza dengan shell out yang biasa, kalau tengok menu dia,  ada set ikan disediakan di sini !!!!!

* tolak anak anak ikan ke dapur untuk di siang

Kalau baca harga memang lebih murah dari Shell Out lain yang rata rata menghidangkan makanan dengan harga yang lebih mencabar minda !

Aku order SET A sebab ikan memang bukan best friend. Tapi kat situ pun dia dah cakap, set tu untuk 1-3 orang. Jadi since aku kadang kadang haloba plus anak aku pun kalau makan boleh tahan seleranya jadi kami order 2 set !

Kertas alas siap sedia di bentangkan untuk pertarungan maha hebat di mayapada ini

Yang bestnya menunggu tak payah lama !!!!!

Minuman tiba dulu..... tapi sebelum tu anak anak aku order nuggets la apa benda yang goreng goreng tu.

Dan set pertama datang dan di curahkan di meja hidangan

Udang !

Sotong !

Ketam !

Juga nasi dan hidangan sayur sayuran.

Tapi memang portion dia sikit gila. Dua kali kaut je dah abis. Lagi lagi kalau jiwa memberontak nak makan banyak. Boleh jadi gaduh tak cukup makanan.

Jadi datang set ke 2 tak lama selepas tu.

Baru leh makan dengan puas

Pedas dan berdesip jugak la di buatnya

Tapi kenyang dan kena juga dengan selera

Dan pertarungan berakhir dengan cuma sisa sisa !

Overall, makanan dia not bad ! Pedas tapi sedap.

Service laju. Lokasi agak terpencil tapi tak diganggu. Cuma portion dia tu memang agak sedikit menipu. Kalau satu set tu, 2 orang OK lagi. Kalau 3 orang tu mungkin salah sorang akan berkecil hati.

Kos makanan kami adalah RM 135 termasuk air etc....

Boleh cuba untuk mencari kelainan. Di jamin Halal !

Sue & Tuya Shell-Out
Subang Bistari
No 13-1, Jalan Tasik Raja Lumu,K U4/K,
Section U4, 40150 Shah Alam.

Telefon : 60 17-595 2245
Buka : Selasa – Ahad (5.00 petang hingga 11.30malam)

Emel : sue.tuya.shellout@gmail.com 
Facebook :  suetuyashelloutsubangbestari

Selamat mencuba !

Thursday, July 27, 2017

Santorini, Greece

Salah satu destinasi pelancongan romantis di wilayah Eropah Tenggara ialah Santorini, Greece.

Santorini adalah sebuah pulau yang terletak di gugusan Cyclades, di Laut Aegean. Pulau ini berjarak sekitar 200 km di sebelah tenggara tanah besar Greece. Santorini sebenarnya bukanlah sebuah pulau tapi kumpulan 6 pulau yang membentuk lingkaran. Pulau pulau ini merupakan sisa sisa kaldera gunung berapi yang pernah meletus kira-kira 16 abad sebelum masihi. 

Dari keenam pulau tersebut, hanya 2 pulau yang berpenghuni, iaitu pulau utama Santorini (Thira), dan Therasia. Sedangkan 4 pulau kecil lain, iaitu Nea, Kameni, Palaia Kameni, Aspronisi, dan Christiana tidak berpenghuni. 

Di bahagian tengah deretan keenam pulau ini terdapat lagoon yang berhubung langsung dengan Laut Aegean.


Secara administratif, Santorini termasuk dalam wilayah provinsi Thira, region Aegea Selatan. Pusat pentadbiran pulau ini terletak di Fira (Phira), yang memiliki jumlah penduduk sekitar 15 ribu orang (2011). Selain Fira, wilayah ­wilayah lainnya di pulau ini yang dihuni oleh penduduk dan sering dikunjungi oleh pelancong termasuklah Oia, Karterados, Kamari, Emporio, Firostefani, Imerovigli, Pyrgos, Perissa, Megalochori, Akrotiri, Mesaria, Monolithos, Vlichada, Vothonas dan Thirasia yang terletak di pulau Therasia, dan Athinios yang merupakan pelabuhan utama di Santorini.

Santorini merupakan salah satu destinasi wajib dikunjungi oleh para pelancong seluruh dunia. Pulau ini memiliki salah satu panorama yang cantik di dunia kerana bangunan ­bangunan di pulau ini memiliki senibina yang unik. Apalagi letaknya di tepi tebing, sehingga bersatu dengan hamparan biru perairan Laut Aegea. Bangunan ­bangunan tersebut dibina berdasarkan senireka tradisional khas Cyclades, yang berbentuk menyerupai kubus atau silinder, yang dicat dengan warna putih dan warna­warna cerah lainnya seperti biru muda, merah muda, dan kuning

Pada tahun 2015, Santorini dinobatkan sebagai salah satu pulau terindah di dunia.

Tak sempat nak buat entry aku dah revisit Greece, jadi layan gegambar je lah untuk trip lama sekitar Santorini ni.


Santorini terdiri daripada beberapa kawasan dan wilayah, antaranya : 

1. Fira

Fira merupakan ibu kota dan pusat pentadbiran wilayah Santorini. Secara geografi, bandar ini terletak di pantai barat, wilayah tengah pulau utama Santorini (Thira). Nama Fira berasal dari Thira, nama pulau ini pada zaman dahulu. Rantau Fira terletak pada ketinggian 400 meter, di atas tebing di tepi lagoon kaldera. pemandangan bandar ini didominasi oleh bangunan dan rumahrumah penduduk yang berwarna putih dan berarsitektur khas Cyclades. Di Fira terdapat 2 muzium utama iaitu Muzium Arkeologi Thera dan Muzium Prasejarah Thera. dari pelabuhan Athinios, Fira boleh dicapai dengan menggunakan teksi, bas, atau cable car. Dan untuk mengelilingi bandar ini, pengunjung boleh menggunakan keldai, atau cukup dengan berjalan kaki.

2. Oia

Selain Fira, kota lain yang juga sering dikunjungi oleh pelancong adalah Oia. Oia, atau Ia, adalah sebuah bandar kecil yang terletak di hujung utara pulau utama Santorini. Dahulu kota ini bernama Apano Meria. tetapi hingga saat ini, penduduk tempatan masih sering menyebut kota ini dengan nama Pano Meria, dan penduduk bandar dengan sebutan Apanomerites. Pada masa Greek kuno, Oia bersama dengan Kamari, merupakan 2 pelabuhan utama diwilayah Santorini, yang pada masa itu masih dikenali dengan nama Thera. Sama seperti Fira, bangunanbangunan di

Oia juga mempunyai seni bina khas Cyclades dan berwarna putih. Di bandar ini terdapat Gereja Panagia, kincir angin (Weaving Mill), captain 's house yang dibina pada tahun 1800an, Muzium Sejarah Maritim Thira, dan Serenade Point, tempat yang popular bagi pelancong yang ingin menikmati pemandangan matahari terbenam.

3. Kamari

Kamari, sebuah desa yang terletak di hujung tenggara pulau utama Santorini. Berbeza dengan Fira dan Oia yang terletak di tepi tebing, wilayah Kamari terletak di tepi pantai. Nama Kamari berasal dari nama sebuah arch (gerbang), yang disebut Kamara, yang terletak di wilayah pantai di hujung selatan bandar ini. Gerbang tersebut dibina untuk menghormati Dewa Poseidon. Kerana letaknya di tepi pantai, Kamari terkenal dengan objek wisata pantai, dan yang terkenal adalah Kamari Beach yang mempunyai pasir berwarna hitam. warna hitam pasir tersebut terbentuk dari sisasisa abu gunung berapi kaldera gunung berapi yang membentuk wilayah pulau Santorini.

4. Imerovigli

Destinasi pelancongan terakhir adalah Imerovigli, sebuah desa kecil yang terletak di wilayah tengah pulau utama Santorini. Dari Fira, kampung ini hanya berjarak kira-kira 2.6 km di sebelah utara. Sama seperti Fira, Imerovigli juga terletak di tepi lagoon, wilayah pantai barat pulau utama. 

Desa ini sering dijuluki sebagai "Balcony to The Aegea" kerana mempunyai panorama matahari terbenam yang sangat indah, sama seperti Oia. Rantau Imerovigli juga didominasi oleh bangunanbangunan berarsitektur khas Cyclades yang berwarna putih. Di kampung ini juga terdapat runtuhan Venetian Castle yang dibina pada tahun 1207. Di antara Fira dan Imerovigli, terdapat Firostefani, sebuah desa kecil yang juga sering dikunjungi oleh pelancong.

Santorini at randoms..........





































Selamat berkunjung ke Santorini. Sememangnya mengasyikkan !



I close my eyes to hear your voice
I close my eyes to feel the kiss
And if I stole breath from your own
It was night and now is the morning

I do not care, do not you care
Roads that pull
and the yours and mine
our nowhere go

Close your eyes now it's your turn
Feel pain touched the wound
and if you thought for a moment that you belong
it was night and now is the morning

I do not care, do not you care
roads that pull
and your own, and his own My
our go anywhere

I do not care, do not you care
roads that pull
and the yours and mine
to take us nowhere