Pages

Saturday, May 6, 2017

Jom Makan : Willy Satay, Shah Alam

Cinta satay ! 
Bila lagi nak menjadi
Satay Willy ! 
Pandanglah di hati ku ini.

* goreng gitar dengan gigi.... ambik kipas padamkan api.

No ! Bukan nak ajak gi karok. Nak ajak makan satay. Ini satay bukan sebarang satay. Dulu dulu kena pegi Bangi baru boleh rasa, tapi kini............. penduduk penduduk Shah Alam dan kawasan sekitar, anda tak perlu risau lagi sebabnya Willy Satay telah dibuka di Shah Alam, Bandaraya indah dan permai............... ( aku saja tambah yang last ).

"Tapi di mana Meng?"

Siapa yang bijak bertanya soalan macam tu tu? Anda bakal dapat hadiah lidi satay 40 batang !

Let's gone.... Meh aku tunjuk...............!

Willy Satay kini di buka di Seksyen 7, Shah Alam.

Aku rasa macam dah lama di buka cuma aku baru baru ni je ambik tau. Dah tau, boleh la berkunjung untuk mamah satay yang boleh di kira, ranking satay teratas seantero dunia !

Sampai dan parking kereta, terus ke lot kedai yang mana terletak Satay Willy ni.

Ni kedai sebelah. Gambar atas tu gelap sebab dah balik baru ambik.

Cabaran utama datang makan kat sini ialah orang ramai ! Kena tunggu untuk dapat seat dan meja. Padahal aku datang petang, orang belum dinner lagi.

Restoran dia macam food court. Ada banyak gerai yang menyediakan makanan makanan lain selain daripada satay.  Jadi tak de la orang datang boleh makan satay je. Makanan lain pun banyak lagi.

Depan resto buleh tengok orang bakar satay. Tandanya anda di jalan yang benar

Nasi ayam juga ada

Goreng gorengan turut tersedia

Otak otak.... pun ada

Western? Of course.. I tell you... sure got one punya

Banyak makanan ada. Yang tak de? Tempat duduk !!!

Didik dan pupuk la sifat kesabaran yang tinggi sekiranya ingin datang menjamu selera di sini.

Berkat kesabaran, rezeki pasti datang juga. Dapat seat. Boleh duduk dan boleh order.

Sila baca !

Tapi walaupun orang ramai, pekerja dia siap sedia bertugas walau ribut walau hujan melanda. Walau petir walau kilat sabung menyabung adanya. Mereka tetap ambik order dan bekerja dengan kadar sehabis pantas.

Ambik order dulu.

Hidangan yang ada

Minuman juga beraneka

Ni western food by Lekir.

Janji datang nak makan satay kan? Tapi macam biasalah.... 

............... dipersilakan KRU naik ke pentas..

* pasang CD .... Janji Tinggal Janji ! 

Dah rambang mata tengok makanan, bukan nak satay saja, yang lain lain pun nak di cuba.

Hero nak nasi ayam ! Tapi ayam dia sedap.... !

Nasi Kerabu pulak

Otak otak ada atas meja. Seringgit satu !

Minuman dah terhidang

Dan aku memang menunggu superstar malam itu....

Nom Nom Nom. Sedapnya satay dia..... * rasa macam nak wheelie basikal tanda keriangan dapat makan satay

Satay ayam OK. Daging liat sikit

Kena dengan kuah dia. Yummeh

Pastu tetiba ada orang nak makan Kambing Bakar.......  of choss bukan aku. Tapi makan sikit dah tak mahu. Tak sedap sangat katanya.

Abis makan. Kenyang. Selesaikan bayaran dan pulang. 

Kos makan RM 130 kot. Satay tak abis bungkus bawak balik.

Overall puas hati dapat makan satay Willy tanpa perlu ke Bangi lagi. Cuma kedai dia agak tak berapa bersih. Basah dan berminyak sana sini. Pastu barang barang agak bersepah dan tak terurus.

Anyway.... for satay willy ...........  aku tutup mata sebelah hal hal remeh sebegitu. Harga makanan pun standard dan acceptable lah.

Willy Satay Shah Alam
41, Jalan Kristal L7/L,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor,
Malaysia


Waktu operasi :12.00 tghari -11.00 mlm. 

Untuk membuat tempahan, boleh juga hubungi nombor berikut:
0199344322
0193759820
0183537133

Selamat berkunjung !

* lap mulut berminyak

11 comments:

  1. Meng;

    Memang TERBAIK satay Willy nih ... hari tuh pergi kat Kajang ... open space (gerai gerai gitu) ...

    Tapi sperti biasa ramai org mintak derma hahahaha

    Anyway, my Abg Ipar (pangkat jer, tapi dia jauh lebih muda dari I), pun bukak Willy nih ... dia bukak kat Mentari ... katanya tak beberapa nak masyuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Ghaz. Kat Malaysia ni trend mintak derma bagi tisu tu dah merata..kdg kdg yang pimpin org buta tu lagi over.

      Mentari sunway ke? area org susah nak pegi kot.. moga business dia bertambah maju nanti. insha allah

      Delete
  2. Dekat benor dgn rumah aku. Ontah kenapa xpernah smpi seru nk gi walaupun aku suka giler dgn satay...

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung lah.. org lain pegi, balik rumah.. sampai rumah dah lapo balik semula.

      biasalah tu kalau dah dekat sgt rasa tak mencabar je nak pegi eh. hehehe

      Delete
  3. P try satay family kt Meru, Klang plak. Sedap gak.

    ReplyDelete
  4. Order 150 cucuk ayam the day b4
    Bila g amek cakap x bakar lagi
    Da la xcakap sori
    Lain service sini compare to nilai

    ReplyDelete
    Replies
    1. x call dulu ke sebelum gi ambik?

      order byk sgt kot dia tak menang tangan..

      Delete
    2. acu try satay kubur kat jalan sungai merab tu.. sedap gak

      Delete
  5. Dah try dah willy satay cawangan shah alam seksyen 7 ni tapi amat amat mengecewakan kerana rasa sataynya tidak sama dgn satay yg original. Rasa satay daging lembu yg amat liat dan warna satay ayam yg agak kemerahan.biasanya kalqu nak satay daging saya akan teringat satay willy yg lembut dagingnya. Memang takkwn pegi lagi cawangan shah alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm..... tak pe. banyak option satay lain yang sedap sedap dah skrg ni.

      Delete