Pages

Wednesday, May 17, 2017

Jom Makan Minum Santai : Neka, SS15 Subang Jaya

Jom aku bawak ke satu lagi cafe yang boleh di cuba iaitu Neka di Subang Jaya !

Terletak di SS15, satu row dengan kedai baju Yuna tu... * oh bulan.......... ( tetiba rasa nak pegang kepala )

Ni pun cafe yang aku nak cuba. Dah lama ajak OR dan budak budak, tapi selalu tak dan. Kali ni pegi, aku dengan OR je sebab nak gi tengok wayang. Budak budak tak ikut sebab wayang tak sesuai dengan dia orang. 

So apa yang menariknya dengan Cafe Neka ni?

Jika anda merupakan seorang peminat tegar masakan barat dan masakan Melayu, kami mengetengahkan menu fushion berasaskan kedua-dua hidangan. 

Kunjungi kami.

Tu intro dia kat FB.... so para peminat Tegar ; aku yang dulu bukanlah yang sekarang.................. jom !

Today special !

Makanan mungkin special tapi parking kat area SS15 ni memang sentiasa mencabar ! Kena pandai pandai lah dan ada rezeki dapat la parking dengan mudah. 

Aku datang untuk dinner. Tak ramai pelanggan time tu.

Motto Cafe Neka ni. Makan. Minum. Santai.......  

Usha setting dalam cafe ni !

Ruang tak luas tapi enough to cater pelanggan at one time.... tak de la rasa sesak. 

Deco memamg lawa !

Lighting pun just nice

Siap dengan hiasan bunga di atas meja......

Konsep dia, usha menu, then order dan bayar dulu. Nanti makanan di hantar ke meja.

Pilihan menu

Cari yang selera dengan tekak

Dan jumpa makanan yang di gemari, then pegi ke kaunter untuk order.

Dan kembali ke meja untuk menunggu !

Di Neka Cafe ni ada jugak cake dan manisan manisan ni di jual.

Boleh piluh kalau berkenan

Ada cerita sebenarnya masa aku datang makan kat sini.

Time tu tak de ramai pelanggan pun. Yang ada macam nak beli cake je. Tapi kita orang menunggu punya lah lama ! Tak tau lah sebab apa... nak kata Chef sakit kepala... tak mungkin !

Korang ingat dia ada masa untuk sakit kepala?

Tak de kan? Tapi memang lama.

Nasib air sampai dulu. 

Tart mix and combined... ada beberapa perisa. Biasa biasa je rasanya

Tunggu makanna tak kunjung tiba. Kira bunga la...

Serius lama macam dah give up dah. Sebabnya show wayang dah nak mula !

Berbelah bagi nak stay ke nak blah. Last sekali stay kejap. Sampai makanan tiba.

Aku punya butter rice with roasted chicken.

OR punya butter ice with grilled lamb shoulder.

Pastu bila makan, rasanya pun biasa biasa jer.

Then kami makan tak abis ! Kesian waiter tu terkulat kulat tengok kami blah dengan makanan tak abis. Bukan tak sedap sampai tak leh telan... tapi sebenarnya kita orang dah lambat nak gi tengok wayang !

Hahahaha...

Apa apa pun, aku suka ambience dan deco cafe ni. Makanan dia mungkin boleh di cuba baru dapat tau sedap ke tidak. Tapi yang aku makan tu, rasanya average je.

Kalau datang sini boleh cuba salted egg platters ni. Segala benda di salted egg kan nya. Kolestrol tinggi neh !

Kos makan untuk 2 orang dalam RM 50 lebih kot. Kira OK lah.....  Sekali sekala kalau nak cuba, buleh lah ke Neka Cafe di Subang Jaya ni.

Kalau tak puas hati, keluar dari cafe ni.....baca ni kuat kuat ! Nasib bukan Maki Hamun

Tapi jangan maki orang. Tak baik ! Selamat mencuba..............

Neka Cafe
9-G, Jalan SS15/8B
Subang Jaya
Tel : 03-5613 4484

FB : Neka Cafe
Insta : Neka

Open Tue - Sun , 12 PM - 12 AM except Friday 3 PM - 12 Am
Closed on Monday !

So selamat makan, minum dan jangan santai lama lama sangat. Dan jangan lupa bayar !!!

10 comments:

  1. SS15..kenangan lama...dah byk perubahan..

    ReplyDelete
  2. Salted egg santiang? Apa itu santiang?

    ReplyDelete
  3. sempat lagi buat iklan ala2 Panadol? LOL
    (merujuk pada tukang masak tak sempat rasa sakit kepala)

    Nampak sangat kira bunga..dari tadi asyik tunjuk gambar bunga hahah
    klu akak dah lama main pecah2 kan kelopak bunga
    one for u..one for me...


    ReplyDelete
    Replies
    1. lama sgt menunggu kan.. kena la buat something yg menghiburkan..

      acah acah terhibur

      Delete
  4. neka ni aku dah lama nakpi sebab nak layan salted egg platters tuu...tapi sampai ke hari ni tak pi lagi...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi la cepat.. try dan bagitau kawan kawan apa rasanya. aku tengok rasa macam mahal sgt

      Delete