Pages

Monday, May 22, 2017

Jom Makan : Hameediyah, Kota Damansara

Soalan cepu gangsa.

Jasmin Hamid, Hisham Hamid, Hamid Gurkha, Hamidah Wahab dan Jalil Hamid?

Jawapannya... mereka ada 5, Ha Ha Ha Ha Ha !!!!!!!!

Okey. Tak lawak. Tapi ada satu ni, memang bukan ada Ha je tapi ada Wow !...... Tak lain dan tak bukan. 

Hameediyah !

Sapa Hameediyah ni?


Selera atasan

Hameediyah ni mungkin nama seseorang, tapi Restoran Hameediyah ini begitu popular di Penang sebab restoran ni merupakan antara yang terawal menyediakan Nasi Kandar di Malaysia iaitu sejak tahun 1907. Tag line restoran ni saja sudah boleh menjawab segalanya.

#hameediyah. Sekali kena mesti terangkat...

Kena penampor ke apa tu?

Pastinya yang berada di Penang atau pernah ke sana akan akur yang Hameediyah adalah salah satu restoran Nasi Kandar dan Nasi Beryani yang popular di Pulau Mutiara tersebut. Aku sendiri pernah ke Penang nak cuba nak makan kat restoran dia tapi sebab orang ramai, terpaksa hasrat hati dikuburkan begitu saja.

Tapi kini.......... setelah 110 tahun, mereka akhirnya membuka cawangan Restoran Hameediyah ini di Kota Dame !

Hip Hip Horeeeey....

Lokasinya terletak di Sunway Nexis

Agak lama jugak aku dengar pasal cawangan yang di buka ni, tapi belum berkesempatan untuk ke sana dan mencuba sendiri. Satu hari weekend hari tu kami terjah dan dengan bantuan waze, kami berjaya menjejaki restoran ini.

Nak dapat parking agak bercinta jugak.

Restoran dia terletak dekat dengan MRT Station Kota Dame

Kami datang nak lunch so memang time lunch so ramai lah orang. Parking memang mencabar tapi ada rezeki la cuma kena menunggu sikit.

Usha setting restoran Hameediyah di Kota Damansara ni dulu...

Pintu masuk

Keluasan restoran dia agak terhad tapi ada tempat makan di level atas juga. Kena naik tangga.

Di bahagian luar tersedia gerai gerai yang menyediakan makanan lain

Dan sudah tentu makanan yang menjadi tarikan di sini adalah Nasi Kandar dan Nasi Beryani !

Aneka makanan istimewa ( kari kepala ikan ) dan harga

Ni kalau kena tapi tak pasti terangkat ke tak masa makan, tapi masa bayar memang terangkat kening la kejap kot

Dan meni menu lain termasuk minuman

Pilih lauk pauk dan hidangan mengikut kesesuaian tekak dan wang

"Pilih lah aku jadi teman mu...."

Dan dapat makanan masing masing, duduk la makan dan menjamu selera

Jangan lupa order air

So dah tengok suasana kedai dan setting serta makanannya. Now tengok apa kami makan.

Aku memang aim nak makan nasi beryani. 

Anak bujang aku punya makanan. Dia nak ayam madu

Ni makanan OR aku share dengan Princess

Sekali makan pasti terangkat...

Maybe terangkat punggung blah dan tak datang datang lagi dah ! Hehehe.

Okey verdict. Nasi beryani dia bagi aku sedap. Nasi sedap dan ayam goreng aku ambik pun sedap. Masalahnya bila lauk dan macam banjir berladung dan bercampur campur sampai hilang rasa nikmat dan potong selera.

Pedas pun buleh tahan juga. So ada baiknya, kuah tu, hati hati sikit, jangan sampai dia ceduk dan campur macam macam sampai kembang nasi jadinya. 

Lain lain OK. Kedai bersih. Servis pun kira OK lah. Cuma harga agak high sikit. Kami makan tu dengan air minuman etc dekat RM 60 lebih.

Bukan aku yang kira. Cashier dia yang kira

So tagline terangkat tu memang betul. Terangkat dan blah pastu tak datang datang lagi dah.

Kalau ikut rasa masakan tu memang not bad lah. Rasa yang sama dan mungkin dapat di rasakan di kedai lain juga dengan harga yang lebih berpatutan.

Anak aku nak ais kerim pulak. Ais kerim ni harga dia RM 10 tak silap aku satu !

So kalau nak mencuba tak kisah lah. Sekali sekala apa salahnya. Nak pegi Penang macam jauh sangat.


Hameediyah Lebuh Campbell Penang

HAMEEDIYAH
Unit A-GF-01 Sunway Nexis,,
No 1 Jalan PJU 5/1,,
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Phone:  ☎️. 03-6151 7766. 📱012-316 4294

FB : hameediyah
INSTA : Hameediyah/

Waktu operasi

Selamat berkunjung !

Semoga bertemu jodoh dalam pencarian Nasi Kandar yang hebat dan terbaik di sini.



Jika cinta mampu untuk ku lukiskan
Garisannya penuh dengan pengharapan
Sentiasa dalam doaku
Menyimpan rasa ingin bertemu
Insan yang masih rahsia
Dan teristimewa

Pencarianku kini telah berakhir
Detik bahagia kini telah pun hadir
Sungguh aku percaya
Ketentuan Yang Esa
Jodoh berdua begitulah takdir

Yang terlihat kini hanya anugerah
Dan melafazkan janji yang terindah
Bersedialah menunggu di garis penghujung
Insya Allah ke syurga
Bersatu kasih kita

7 comments:

  1. Meng;

    Mahalnya kepala ikan dia !!!!!!!!!!!!!!!

    Dulu zaman kerja, suka sangant ngan PELITA .... pagi tegh hari, petang, malam makan kat sana hahahhahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelita one of the best nasi kandar la... tapi hameediyah ni sebab kat penang kan, nak gi sana jauh... so since ada bukak di kl ni.. terjah dulu !!!

      apa apa pun ayam goreng pelita memang sedap..

      kau la pelita yang menerangi hidup ku tanpa mu hidup tak bererti....

      * tolak Zur Eda jatuh gaung

      Delete
  2. "Terangkat dan blah pastu tak datang datang lagi dah."

    Kahakahakahakaha!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah kah tu echo

      * sambil berlari ke kenderaan dan memecut laju ................

      Delete